Thursday, August 30, 2012

HONEY : 7 BULAN





Assalamualaikum...

Diari Honey, 7 Bulan
* (28712) Honey tak bangun bf coz dia tido almost 1.00am.
* Menangis je today. Bangun dari tido terus "uwaaaaaa" tak tentu pasal.
* Pergi Pasar Ramadan tapi duduk dalam car saja.
* (29712) Honey tido at 1.45am dan tak bangun untuk bf dah.
* Muka Honey terhantuk di lantai. Menangis. Bergolek-golek atas toto lantas tertidur sendiri ;-)
* Honey dah pandai nak menarik alas meja makan. So no more alas meja di rumah ini.
* Bf dan tidurkan Honey sambil tutup lampu.
* Pergi Pasar Ramadan. Dok tunggu dalam car saja. Honey galak dok tengok lori di sebelah. Ada gambar kartun!
* (30712) Honey tak bangun bf. Tidur lewat.
* Tengok Ketuk-Ketuk Ramadan. Honey suka dengar lagu Dairy Champ!
* Honey start masuk bawah meja!
* Pergi Mentakab. Ke Restoran Rizki Tomyam. Ambik lauk yang me order untuk berbuka.
* Honey tido tatkala kami sedang berbuka puasa.
* Bangun tidur, meneran suara dan menangis. Hamboi!
* (31712) Honey bangun bf at 1.30am
* Honey makan 3-4 kali sehari. Nestum dan Bubur Nasi.
* Honey melasak masuk bawah kerusi jati Betawi.
* Meragam tak mahu tidur. Puas diulit tak mahu tidur juga. Padahal mata nampak mengantuk sangat.
* Pergi Pasar Ramadan. Dok dalam car saja. Honey galak dok gomol muka Ummi!
* Balik dari Pasar Ramadan, Honey tertidur.
* Honey meragam tak mahu tidur. Nak main gurau-gurau saja.
* (1812) Honey mengamok tak mahu tidur. Abah ulit dukung baru dia tido. Itu pun tido sekejap saja! Teran suara kuat dan menangis.
* Baring golek-golek w Honey dan dia terlena sendiri pas me bangun.
* Abah tak bawa Honey g Pasar Ramadan. Honey nanges!
* (2812) Honey tak bangun bf coz tido lewat.
* Honey ralit dok dengar azan Asar masa balik dari rumah my Kak Long  :-)
* (3812) Honey bangun bf at 2.30am.
* Honey lasak dok masuk bawah kerusi. Nak tolong Ummi lipat kain.
* Honey tidur masa kami berbuka puasa.
* (4812) Pergi KL. Stay di Hotel Midah. Hubby bawa sekali staffnya untuk berbuka puasa di Hotel Sunway Putra. Tq big boss!
* Makan bergilir w Hubby. Honey dok diam saja masa kami berbuka.
* Lepas berbuka, cari baju raya Honey di Parkson Sunway Putra Mall.
* (5812) Hobey sukar nak tidur. Meragam. Menangis. Pas Ummi letak Honey di dada dan pasang surah Al-Baqarah, baru Honey tidur.
* Bersahur di cafe Hotel Midah. Bergilir bersahur dengan B.
* Honey ke Mid Valley! Shopping baju abang dan kakak!
* Berbuka puasa di Selayang w adik-beradik Hubby.
* Ke Damansara Damai, rumah my brother. Tidur di sana. Honey galak sengih-sengih main ngan family Pak Tehnya!
* (6812) Honey bangun bf at 2.30am.
* Honey ikut Abah buat kerja di SPNB & Mahkamah Jalan Duta. Then kami gerak ke Aeon 1 Utama. Sambung shopping baju raya Ummi dan Abah.
* Tapau Nasi Arab di Restoran Taj Hadramawt. Honey tunggu dalam car with me, abang dan Kak Ngah.
* Honey mengamok menangis dalam car. Adoi! Mencabar betul rasanya!
* Riba Honey sambil berbuka. Suap Nasi Arab kepadanya juga.
* (7812) Honey bangun bf at 2.30am. Dan bangun lagi selepas kami siap bersahur. Lepas bf terus tidur.
* Honey temankan Abang Adib g klinik. Sengih-sengih bila kakak nurse dok tegur dia!
* Honey mengamok nak berdukung dengan abahnya.
* Honey dok kacau kakak dan abang nak buat homework.
* (8812) Hobey bangun bf at 2.30am.
* Honey mengamok menangis nak berdukung. Haish! Ummi pening betul kalau Honey menangis. Cukup tak selesa. Apa aje yang dia mahu?
* (9812) Honey bangun bf at 12.30 am dan 3.30am.
* Honey bangun masa kami bersahur. Pas bf terus tidur.
* Bawa Honey ke Pos Laju. Nak pos parcel buat Aunty Emy di Melaka dan Aunty Juananya nun di Singapore.
* Honey mengamok menangis dalam car. Nak tidur rupa-rupanya.
* Honey kacau Kak Ngah baca majalah.
* Honey nak perhatian. Dia nak Ummi baring golek-golek dengan dia saja. Tak payah buat kerja lain. Hamboi!
* Honey muntah pas makan nestum. Baru pas bf masa tu. Selepas bertenang seketika, baru Honey habiskan makan nestum semula.
* (10812) Honey bangun bf at 3.30am.
* Hantar kids g school. Balik rumah tengok Honey menangis. Bawa Honey berjalan-jalan sekitar rumah.
* Honey merengek menangis. Selepas mandikannya, baring golek-golek w her.
* Honey start pakai diaper size L today.
* (11812) Honey bangun bf at 3.30am. Kepalanya terhantuk di lantai. Membuas sangat! Puas Ummi pujuk Honey tengah menangis. Bagi minum air masak, dukung dan tidur.
* Honey flu. Hidung berhingus.
* Honey g rumah Hanis Zalikha. Teman Ummi nak ambik biskut raya. Kak Hanis rajin dok dukung Honey. Dia cakap Honey berat! Hehe
* Honey ikut Ummi g PKNS Shah Alam.
* Berbuka puasa dan tidur di Hotel De Palma, Shah Alam.
* (12812) Honey bangun bf at 3.30am.
* Bersahur di cafe Hotel De Palma
* Honey berhingus hijau. Ummi tak bagi ubat pun.
* Honey sporting tunggu Ummi dok pilih tudung di Butik Pearl Haya Shah Alam. Thank you to you too darling Hubby!
* Then kami gerak ke Subang Parade, cari baju kurung untuk gegirls dan baju melayu buat Abang Adib.
* Rehat di Mc'D. Beli Bubur Nasi dan suap pada Honey di situ.
* Beli Nasi Arab di Restoran Taj Hadramawt. Sedap gilos! Honey pun suka makan Nasi Arab!
* Honey meragam nak perhatian. Dok baring bergolek w her.
* (13812) Honey bangun bf at 3.30am. Honey masih flu lagi. Berhingus. Marah ngat dia bila Ummi nak lap hingus dia tu. Menangis dia tiap kali Ummi nak lapkan hingus. Sakit letew!
* Honey dah mula memanjat-manjat today! Panjat kerusi, panjat badan Ummi.
* Honey dapat parcel dari Aunty Emy. Aunty bagi baju kurung dan 2 helai dress for her. Tq so much Aunty Emy!
* Honey buat perangai today. Menangis kuat. Bf pun tak mahu. Ummi dah mati kutu. Pasang video-video nasyid dan dia baru ok.
* Honey masuk bawah meja masa kami berbuka puasa. Nak makan juga letew!
* Honey still berhingus. Ni mesti kes tak pakai baju masa tidur Jumaat lepas. Cuaca panas sangat. Badan Honey melekit-lekit.
* (14812) Honey bangun bf at 3.30am.
* Cik mek ni menangis meragam today. Tension Ummi tau! Tapi bila dengan her abah, dia dok diam-diam saja. Motip?
* Honey nak tidur sangat tapi degil mata. Dok menangis tak ada sebab apa. Entah apa dia nak agaknya. Geram je Ummi tengok tau!
* (15812) Bangun bf at 2.30am.
* Honey cakar pipi Ummi! Adoi! Sakitlah cik nek oiiii! Berbekas di pipi Ummi ok? Haish!
* Balik Kuala Krau. Honey menangis bila tengok nenek. Tersenyum simpul tengok atok! Sebelum nak tidur pun menangis juga. Pas bf baru boleh tidur.
* (16812) Bangun bf at 2.30am.
* Balik semula ke Temerloh. Selepas Zohor, keluar cari barang raya sikit. Teros beli juadah berbuka di KFC coz Hubby berbuka di Hotel Seri Malaysia today bersama client dan staffnya.
* Honey tidur selama 2 jam. Dapatlah me berkemas kain baju nak balik raya di Kelantan. Good girl Honey!
* Abang Ipar dari Melaka datang singgah di rumah. Adib ikut depa sekali balik Kelantan. Honey melilau dok cari mana Abang Adib dia dah pergi. Hehe.
* (17812) Honey cerdik je bangun. Tak menangis. Dok berbual dan panjat-panjat Ummi. Baring-baring w her pas Subuh tadi.
* Balik Kelantan!
* Singgah di Mc'D Kerteh, beli Bubur Nasi dan suapkan Honey.
* Ada masa Honey tidur, ada masa Honey berjaga. Ada masanya Honey menangis. 8 jam perjalanan balik kampung ko! Maunya dia tak boring! Sian anak Ummi coz tak dapat nak membuas!
* Sesampai di kampung Honey tidur. Lepas tu apa lagi, semua orang verebut nak dukung my Honey! Bulehlah Ummi relax sikit ;-)
* Aunty Suzana bagi Honey sepasang baju for Honey. Brooch mutiara yang dibeli di Sabah for me. Tq so much Su Na!
* (18812) Honey bangun bf at 3.30am.
* Pas iron baju-baju raya, baring golek-golek w Honey. Abah g bengkel tukar tangki air kereta yang dah pecah. Belah petang baru masok dapo nak siapkan juadah berbuka.
* (19812) SELAMAT HARI RAYA! Raya pertama for Honey! Honey pakai Baju Kurung yang Aunty Emy belikan. Baju Kurung yang Ummi belikan for her besaq skit B-)
* Honey bangun tido bangun tido aje. Menangis time lapar, nak tukar diaper dan nak tidur saja.
* (20812) Honey beraya di Kuala Krai today. Rumah sepupu Abah.
* Menangis dalam car. Buat nestum for her. Pas makan teros tidor.
* Bunyi mercun kuat tapi Honey tak terjaga dari tidur pun. Good girl!
* (21812) Me dan Biras tolong angkat Emak Saudara Hubby yang demam tak bermaya. Hantar ke Hospital Pasir Putih. Oleh sebab lambat balik coz nak tunggu Adib juga jumpa doktor (kena beguk), Honey menangis di rumah. Honey merajuk coz tengok kakak sepupu pakai cantik-cantik naik car tapi tak bawa dia. Amboi! Nak berjalan saja kamu ye Honey? Masa Ummi balik, Honey dah tertidur. Bangun-bangun terus terkam ko Ummi. Nak mengadu nasib letew!
* Honey pandai hisap straw. Minum air kotak Milo.
* Abah bawa Ummi dan Honey ke Pantai Bisikan Bayu, Tok Bali dan makan Maggi Ketam di Cherang Ruku, Pasir Putih. Abang dan Kak Ngah tinggal di rumah Tok Ayoh.
* (22812) Balik ke Temerloh. Singgah beli makanan di Kemaman. Juga berhenti makan di Kuantan. Beli Bubur Nasi Mc'D di Indera Mahkota for Honey. Dia makan banyak!
* Sampai rumah Honey menangis dan meragam. Penat sangatlah tu!
* (23812) Honey bangun bf at 2.30am.
* Ke Hospital Temerloh melawat staff hubby. Then balik ke Kuala Krau. Honey tak boleh berenggang dengan Ummi.
* Ada kawan T datang beraya. Honey jealous tengok Nenek dan Kak Ngah dukung baby kawan T. Hamboi hamboi!
* (24812) Honey bangun bf at 2.30am.
* Honey dok sengih-sengih tengok Pak Teh. Nak ikot Pak Teh naek carlah tu!
* Honey merengek menangis today. Abah tak ada g baiki car di Temerloh. Sedang molek Abah balik, Honey baru tido. Tunjuk baiklah kunon!
* (25812) Bangun bf at 2.30am.
* Balik semula ke rumah. Home sweet home!
* Honey melasak. Suka duduk melutut.
* Sweet je tengok Honey time nak tido. Dia ambil bantal pinknya, pelok dan terus tertidur.

No comments: