Tuesday, September 18, 2012

TRAGEDI SEPTEMBER


Assalamualaikum...
14912
Plan nak ke Penang last Friday tapi bila tiba 1KM je di Hentian R&R Rawang, kereta telah rosak dan tidak dapat bergerak lagi. Mujur my Kak Long ada follow sekali this trip so tumpang naik her car dulu. Sementara menunggu Hubby ke bengkel, (kebetulan ada seorang mekanik yang nampak Hubby dan tarik our car ke bengkel tempat dia bekerja) kami ke rumah Bapa Saudara di Bukit Beruntung. 3 jam menunggu namun our car belom siap dibaiki lagi. Gear box yang rosak dan sudah tentu untuk membaikinya mengambil masa yang agak lama. Hubby membuat keputusan untuk bermalam di Hotel 77 yang terletak berdekatan setelah menelefon my brother yang tinggal di Rawang. Ok, bermalamlah kami di hotel budget ini (bilik kami jenis VIP berharga RM168.00) Hotel baru. Bilik besar. Luas dan sangat selesa. Ambil 2 bilik. Satu bilik lagi untuk my Kak Long.
15912
Selepas bersarapan di Restoran Sukho Thai bersama my BIL dan Biras, Hubby keluar bersama abangnya, Zaid ke bengkel. Our car tak siap lagi so Hubby's Nephew datang ambil kami di hotel. Tq so much Imran! Then kami ke Selayang. Tukar kereta my BIL yang diparking di situ & kemudian ke NSK untuk membeli barang-barang dapur sebelum ke rumah my SIL, Ida di Symphony Heights, Batu Caves. Sampai di rumah my SIL, T & Biras, Shikin memasak for dinner. Hubby sampai di rumah sekitar jam 10.00 malam. Poor him. Penat dan tensi bila mekanik mintak almost RM5K nak baiki our car. Hubby tak jadi baiki dengannya sebab janji nak settle membaiki at 2pm. Lajak ke 5pm. Dan bila Hubby bagi tempoh sampai jam 7pm, gear box yang dia janji nak hantar 2pm tadi tersalah size pula. So Hubby sewa lori dan hantar our car di bengkel kawan adik T di Rawang. Upah buka gear box, mekanik cina tu mintak RM300.00.
Ok, habis cerita for today! Nak tulis cerita panjang-panjang pun buat mak sakit hati saja ok!
16912
Temankan my kids & anak-anak saudara Hubby mandi di kolam renang (Penuh rumah my SIL kali ini. Dengan my SIL yang datang dari Kelantan lagi. Dengan adik bongsu Hubby lagi. Dengan family my Kak Long lagi. Memang padat dan sendat! Tq tuan rumah, my SIL, Ida. Kami dok berkampung di rumah you!) First time swimming session for Honey! Mandi sekejap saja. Diam je dia dok dalam pelampong tu. Untuk lunch, makan di rumah my BIL.  Thank you Abang Mat, Kak Ma & Co. di atas layanan mesra uols! Kemudian kami ke Rawang. Jumpa my brother nak ambil dokumen-dokumen yang tertinggal di dalam kereta. Hubby lupa nak ambil semalam. Dia tolong ambilkan di bengkel kawannya tadi. Thanks Nizam! Dari Rawang, kami terus pulang ke rumah. Makan dan berehat. Sebelah malam, kami beramai-ramai ke I-City di Shah Alam pula. Pergi pukul 8.00 pm dan sampai di rumah at 1.00 am. Penat, letih dan mengantuk Ya Rabbi!
17912
Selepas bersarapan, kami bersiap untuk pulang. Pinjam kereta my SIL untuk ke Selayang pula. Dan kami keluar ke Kg. Attap. Ingat nak cari Kari Kepala Ikan tapi tak berniagalah pula. Kami ke Bangsar, Restoran Mahbub, tapau Pizza Domino's dan ke Kg. Baru, Restoran MZ Darul Naim untuk membeli juadah for lunch. Selepas lunch, my BIL, Abang Mat dan Kak Ma menghantar kami pulang ke rumah. Dari Selayang sampai ke Temerloh, hujan lebat sepanjang perjalanan. Terima Kasih sekali lagi di atas bantuan Abang Long dan Kak Long. Kalau tak, tak sampailah kami di rumah ni! Hehe...  Memang besar sungguh dugaan kali ini. Baru je ganti gear box pada 11.1.12 dan kena sebanyak RM3K. Tadi mekanik call minta bank in pula RM3K  untuk baiki our car di bengkelnya tu. Okey, esok dah bank in hopefully our car akan dibaiki sebaiknya.
Apa? Beli kereta baru? Insya Allah, kalau ada rezeki lebih iye?
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: