Tuesday, November 06, 2012

CHERATING BAYVIEW RESORT ~ day 1 ~

Assalamualaikum...
 
281012
 
Semasa breakfast Nasi Berlauk tadi, my lil brother Nizam,
Ada bercerita tentang konvoi bermotor bersama gengnya ke Cherating last weekend.
Setelah melihat keadaan Abah yang agak segar dan ok hari ni,
Me bertanyakan kepada Hubby untuk membawa Abah makan angin.
Bila Hubby cakap ok,
Me happy sekali!
Dah lama tak bawa Abah berjalan-jalan.
Keadaannya tidak mengizinkan.
Dia tak mahu berjalan jauh,
Letih katanya.
So setelah kami bersarapan, berkemas pula bilik Abah dan Ma,
Kami pun balik ke Temerloh.
Berkemas kain baju,
Dan terus bertolak ke Cherating.
Berjanji temu pula kami di R&R Gambang,
(Kerana mereka bertolak dari Kuala Krau
Kami bertolak dari Temerloh)
Dan meneruskan perjalanan ke destinasi.
Alhamdulillah,
Abah ok-ok saja.
Tak mengeluh letih atau pun penat.
 
Mr. Hubby ambil 2 bilik di Cherating Bayview Resort ni.
Kali ke- 2 kami tidur di sini.
Kali pertama pada tahun 2004
Setelah pulang dari Pulau Tioman.
Lihatlah gambar pantai di bawah ini,
Hilang rasa penat 3 jam lebih perjalanan!
 

My Ma yang memang sukakan keadaan pantai sebegini. Ada taman bunga bagai.
 
 

Mr. Hubbysedang memilih bilik-bilik.
 
 

Bilik kami
 
 



Okey what bilik di sini.
Bersih dan kemas.
Masa kami datang dulu kami stay di chalet kayu di sebelah sana.
Kali ni dapat bilik batu di sebelah sini pula.
Sebelah jalan mula-mula masuk ke dalam resort ni.
Harga bilik cuma RM160 sahaja untuk satu malam.
Puas hati!
Resort ni berhadapan pantai.
Ada kolam mandi juga.
Tetapi di berhampiran resort ada tanah perkuburan.
Masa nak masuk ke dalam resort ni, sebelah tu kubur.
Me debar-debar je semasa berada di sini.
Mula-mula ajalah.
Berjaga juga sekali untuk menyusukan Honey.
Sekitar jam 3.30 pagi.
Tapi tak ada apa-apa gangguan.
Okey-okey saja.
Me saja yang penakut!
Kalau nak datang buat bbq di sini pun boleh.
Tapi pastikan yang kalian sudah menyediakan semua bahan.
Makanan sudah siap diperap dan sebagainya.
Tuan Tanah tak izinkan uols gunakan bilik untuk menyiang ayam, ikan bagai.
Nantikan berbau hanyir.
So kepada sesiapa yang nak buat bbq tu boleh.
Cuma make sure uols dan siap sediakan semua bahan.
Tunggu nak bakar dan makan sahaja.
Itu saja maklumat tambahan yang me nak bagitahu.
Coz resort ni ok tau?
Buat family day ke, hah memang sesuai dan seronok!
Pantai pun bersih, boleh mandi-manda.
Apa lagi yang kamu mahu?
:-D
 
 

Lega melihat Abah ok-ok sahaja!
 
 

Bilik Ma, Abah dan my lil brother, Nizam dan isteri, Ila.
 
 


Nizam. Sayang adik kakak ni!
 
 

Hubby, Nizam dan Honey,
Bawa Abah ke pantai.
Abah nak mandi laut.
Okeylah tu Abah. Sihat nampaknya tu.
Larat aje berjalan jauh.
Kalau tak melepek saja dekat katil di rumah tu.
 
 

Kami di pantai
Suka amats!
 
 


With my Ma
 
 

Honey dan Nenek.
 
 

Abang Adib dan Kak Ngah.
 
 

Me.
Muka tak bermake-up apa pun coz baru sudah solat jamak Asar dan Zohor dalam bilik tadi.
 
 



Bilik-bilik kami
 
 

 
Dinner malam ini.
Me masak nasi di dalam bilik.
Ikan Siakap tu me bawa dari rumah.
Hubby bawa ke kedai dan minta orang masakkan.
Rasa makanan semua sedap!
Alhamdulillah.
Hubby ke Restoran Intan Makanan Laut
Yang terletak berhampiran.
Kami ingatkan nak tinggal di satu homestay ni.
Tapi bila tengok bilik keciklah pulak.
Jauh dari pantai also.
So cancel dan ambik bilik di Bayview ni.
 
Kenyang kami makan malam ni.
Alhamdulillah!
Nanti daku sambung cerita next entry!
 

No comments: