Monday, November 26, 2012

HONEY : 10 BULAN

Assalamualaikum...
241112
Diari Honey, dari 271 hari ke 300 hari. 10 bulan sudah!
261012:
* Honey tak bangun menyusu pun. Tidur lena saja.
* Hari Raya Aidiladha today. Selepas mandi, suap Honey makan Nasi Daging. Menyusu dan tidur.
* Honey tak buat perangai pun today, bangun tidur, makan, main-main aje.
271012:
* Honey bangun menyusu at 4.00 & 6.00a.m
* Honey manja w Pak Lang dia, my Bil. Padahal jarang ketemu tu. Berdukung dan tertidur di atas bahu Pak Langnya.
* Adik lelaki baru sampai dari Rawang dan Honey dok melasak main dengan anaknya, Nawfal. Dok usik ambik ball Nawfal. Main rebut bolalah pulak! Masing-masing tak mahu mengalah.
* Suap Honey makan biskut Cracker w Air Milo.
281012:
* Bangun bf at 3.30 & 6.30a.m
* Balik ke rumah dan berkemas baju mahu ke Cherating pula.
* Honey jatuhkan my tab atas lantai masa dia tengah duduk. Me pura-pura menangis dan guess what? Honey datang dekat me, lentokkan kepalanya atas riba sambil tersenyum-senyum! Sangat comels ok?
* Tapau Kuih Akok. Honey makan sebiji.
* Ambik bilik di Cherating Bayview Resort. Honey bawa Pak Anjang, Atok & Nenek makan angin.
* Bawa Honey ke pantai.
* Melasak di dalam bilik.
* Senang Honey lena tonite.
291012:
* Bangun menyusu at 2.30 & 4.00a.m
* Turun ke pantai bawa Honey. Honey teruja dok mandi laut dengan Abang & Kak Ngah.
* Lepas tu bawa Honey mandi di kolam renang pula. Balik ke bilik, mandi, menyusu dan terus tidur.
* Dekat sejam lebih Honey tidur dan bangun masa nak check out bilik.
* Suap Honey makan Nasi Lemak.
* Honey tidur semula dari Cherating sehingga sampai ke rumah. Letih benar gamaknya tu!
* Anak Saudara Hubby datang bawa Vanilla Slice dari Selayang. Honey makan juga.
* Abah bawa Honey jalan-jalan ke Pasar Malam. Me tunggu dalam car. Honey menangis tak mau duduk dalam car w me. Nak ikut Abahnya juga.
* Honey makan Nasi Lemak tonite.
301012:
* Bangun bf at 3.30a.m
* Bawa Honey timbang berat badan di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Hari ini Honey seberat 7.51kg.
* Habis ditegurnya orang dalam klinik tadi. Dok panggil "eh, eh" pada orang. Nak cakap apalah agaknya tu!
* Beli KFC a.m Breakfast. Suap Roti w Telur Hancur pada Honey.
* Menyusu dan terus tidur. Bangun tidur dia berak pulalah!
* Ambik kids di sekolah. Honey baru tidur 5 minit dan bila dengar Ummi buka pintu dan ambil kunci, dia terus tersedar.
* Abah balik dari KL dan belikan Dunkin Donuts dan Marry Brown. Honey makan juga.
11112:
* Honey bangun menyusu at 3.30 & 6.00a.m
* Honey tidur lama so Ummi ada masa nak melipat kain.
21112:
* Bangun menyusu at 3.30 & 6.30 a.m
* Bawa Honey ke sekolah Kak Ngah. Ambil buku rekod dia.
* Ke Ipoh. Dan terus ke Sungai Petani rumah my Sil. Honey ok saja di dalam perjalanan. Nak dekat sampai Sungai Petani dok menangis merengek. Dah lama sangat duduk dalam car. Bosan nak membuaslah tu!
31112:
* Bangun menyusu at 3.30 & 6.00a.m
* Suap Honey makan Nasi Goreng.
* Ke Masjid Abdullah Fahim di Bertam, Pulau Pinang untuk majlis akad nikah anak sepupu Hubby. Honey dok dengan Abah. "Tawaf" satu masjid budak kecik ni! Mujurlah tak menangis.
* Honey ok saja berdukung dengan siapa-siapa pun.
* Usai majlis makan di Dewan ILP, Kepala Batas, kami gerak ke Padang Kota. Honey belanja Tok Ayoh & famili makan Pasembor di sini. Honey tumpahkan my Cendol Pulut. Ummi ralit dok berbual lambat suap pada dia. Ha, kan dah tumpah pun!
* Dok bergambar di Padang Kota dan terus ke Sunway Carnival Mall pula.
* Dinner di D'King Sungai Petani. Honey Ummi suapkan Nasi w Sup Sayur.
* Sampai rumah my Sil Honey dah lena tidur pun.
41112:
* Honey tak bangun menyusu pun.
* Keluar dari bilik air at 6.15a.m Honey dah menangis coz Ummi tiada di sebelahnya. Bagi menyusu dulu then barulah me bersolat Subuh.
* Suap Roti w Air Teh 'O' & tiba-tiba Honey buat aksi menggeleng-geleng kepala. Semua orang tegur, "kenapa tu Honey?" Macam-macamlah dia!
* Selepas bersarapan, kami ke Kepala Batas. Pusing-pusing beli Kuih Talam Lapis. Suap pada Honey juga.
* Kami berkumpul di Masjid Abdullah Fahim sebelum ke Dewan ILP. Honey dok "tawaf" satu masjid lagi. Suka-suka dia saja bergerak sana-sini. Selesai bersolat jamak di sini kami ke dewan untuk majlis bersanding pula.
* Bergilir makan. Suap Honey dulu dan my Sil tolong jaga Honey pula. Sudah makan dan bergambar, kami pun pulang ke Kuala Lumpur.
* Singgah di R&R Berhala Gantang. Suap Honey makan Jagung Manis w Air Masak.
* Dinner di Restoran Vicchuda, Damansara. Suap Honey makan Nasi w Sup Ayam & Telur Dadar.
* Bermalam di My Home Hotel di Prima Sri Gombak.
* Meragam sebelum nak tidur. Aduhailah anak!
51112:
* Honey bangun menyusu at 5.00a.m
* Honey tidur masa kami g breakfast di Old Town. Ummi makan sambil dukung Honey di bahu. Tak mahu beriba. Menangis. Hubby tiada g settle kerjanya di KL.
* Check out bilik dan teman Hubby makan di Restoran Tat Nasi Ayam. Pekerja dia salah dengan masa ambik order dan silap hantar makanan. Me membebel sekejap dekat Hubby. Tak puas hati coz tadi dah beria tanya masa ambik order. Bila Honey nampak budak lelaki tu lagi, dia pun sama dok membebel cakap "eh! eh!" dengan nada yang agak kuat. Hamboih!
* Suap Honey makan Nasi Ayam. Makan banyak juga.
* Balik rumah Honey nak makan juga Durian Musang King yang Hubby beli di LPT dekat area Lanchang tadi. Makan seulas. Sedap je nampak gaya dia dok makan.
* Honey suka buat bunyi-bunyian. Marah semua orang. Membebel letew orang tak layan dia!
* Ambil botol air dan baring. Minum air masak. Kadang-kadang je minum pakai botol susu coz dia tak reti hisap puting. Memang dari umur 6 bulan bagi dia minum air masak guna gelas terus. Lagi puas rasanya dia dok teguk air tu.
* Sebelah malam, susp Honey makan Nasi Ayam lagi.
61112:
* Bangun menyusu at 5.00 & 6.15a.m
* Baring golek w Honey tak buat kerja apa pun.
* Suap Honey makan Laksam. Habis tiga ketul Laksam dia makan. Suap lambat Ummi kena marah dengan budak kecik ni. Haip!
* Honey senang je tidur selepas menyusu. Bagoslah!
71112:
* Hobey bangun menyusu at 3.00, 5.00 & 6.00a.m
* Sambung tidur lepas kids g skolah. Honey pun sama.
* Bangun tidur, mandikan Honey. Lepas mandi dia memberaklah pulak. Ok Ummi, sabar iye?  :-)
* Dok panjat pagar di tangga sambil memberak. Tersenyum-senyum malu bila me g tegur dia, "berak eh?" & bila me buat tangan (kipas tangan di hidung) cakap "busuknya, busuknya", dia pun buat tangan juga. Hehe sangat comel!
* Dah basuh bersih tukar diaper, baring-baring manja w me.
* Suap Honey makan Nasi w Kuah Lemak Putih.
* Honey suka berdiri dan duduk. Tak dapat-dapat lagi nak snap gambar dia dah boleh berdiri.
* Honey tengah tidur tapi bila dengar Abang dan Kak Ngah balik dari sekolah, terus dia bangun.
* Dok tegur Abang dan Kak Ngah naik ke tingkat atas, "eh, eh!"
* Buat perangai. Padahal dah mengantuk sangat tapi tetap nak main bergurau. Pas bf kali ke berapa entah barulah dia tidur lena.
* Bawa Honey ke masjid berdekatan rumah. Ada ceramah by Ustaz Azhar Idrus. Orang ramai sungguh! Dua jam di sana dan Honey mula merengek-rengek. So balik rumah terus.
91112:
* Bangun menyusu at 5.00 & 6.00a.m
* Breakfast di KFC. Honey banyak dok makan Scramble Eggs.
* Balik rumah dok baring-bergolek w Baby Honey.
101112:
* Bangun bf at 5.00 & 6.00a.m
* Breakfast di Gerai Mok Nab. Mok Nab beri Honey RM10.00. Hehe, terima kasih Mok Nab!
* Singgah di KFC Drive thru. Tapau food. Bawa Honey main mainan jap dekat situ.
* Ke Cowboy pula cari barang sikit. Honey ok je senyap dok berdukung dengan abahnya.
111112:
* Honey bangun menyusu at 4.00 & 6.00a.m
* Otw to Cameron Highlands. Singgah di Restoran Lemang To'ki di Bentong. Suap Honey makan Lemang.
* Honey tidur dari mula mendaki naik ke atas. Mujurlah!
* Di Cameron Highlands kami tidur di Rosa Passadena. Honey melasak masa mula-mula masuk ke dalam bilik.
* Dinner suap Honey makan Nasi Goreng Cina. Ummi Honey makan Stimboat.
* Masuk bilik, bersihkan badan Honey, salin baju, bf dan tidur. Then dia bangun semula. Terus kacau Kak Ngah yang tengah tidur. Tarik rambut Kak Ngah dan panggil "eh,eh!"
121112:
* Today hari ulangtahun perkahwinan Ummi dan Abah Honey. Yang ke 13 tahun ;-)
* Honey bangun menyusu at 3.00a.m
* Honey galak dok menari geleng-geleng kepala.
* Pantang dengar muzik sikit terus kepala digoyang-goyang. Tak kira music slow atau tak. Asal berbunyi aje pun. Marilah bergoyang. Marilah bergoyang. Hehe Honey Honey...
* Air sejuk so tak mandikan Honey pagi ni. Malam tadi pun. Ummi pun gigil kena air. Haish!
* Breakfast suap Honey makan Nasi Goreng w Air Masak.
* Masa me makan, matanya liar memandang orang. Ralit sangat dok perhatikan orang.
* Selepas breakfast, kami check out bilik at 11.00a.m then ke Big Red Strawberry. Honey galak dok main mainan car, motor yang kena masukkan coins tu.
* Suap Honey makan pancake w Mineral Water.
* Ke Smoke House. Honey tidur dalam car w abahnya. Ummi dan Kak Ngah keluar g ambil gambar.
* Hujan lebat so Hubby tak mahu pusing-pusing cari bilik. Terus ambil bilik di Casa De La Rosa yang terletak berdekatan Smoke House. Adik-beradik Rosa Passadena hotel ni.
* Honey apa lagi, dok membuas di dalam bilik yang besar ni. Tak leh nak control dah. Aduyai! Itu ini nak ditariknya. Itu ini nak dibukanya. Beberapa kali juga percubaan nak masuk ke dalam bilik air tetapi telah digagalkan oleh kami. Hish! Budak ni memang tak tahu apa erti penat tu tau!
* Selepas bersolat jamak Zohor dan Asar, kami keluar makan di Brinchang. Honey tertidur semasa kami makan. Dok dalam dakapan Ummi.
* Sudah makan, kami ke Pasar Malam Brinchang. Mujur Honey tak buat perangai. Dok berdukung dengan abahnya.
* Masuk bilik at 7.00p.m. Mandikan Honey. Suap Nasi Goreng Cina, menyusu badan dan tidur. Tidur setengah jam, bangun menyusu dan terus tidur sampai ke pagi. Masa ni around 9.00p.m.
131112:
* Honey bangun menyusu at 2.30a.m
* Bangun pagi Honey memberak. Busuknyer sayang!
* Honey meragam masa kami tengah dok makan. Merengek menangis. Honey tak bagi Ummi makan banyak-banyak sebenarnya tu...
* Lepas check out kami ke Ladang BOH nun di atas puncak bukit. Honey senyap je dok dukung dengan Abah. Ikut je orang bawa ke mana. Tak meragam.
* Turun dari CH, kami terus ke Ampang. Lunch di Restoran Pelita Nasi Kandar. Abah belikan Honey Nasi Ayam Linda Onn.
* Tunggu Hubby dan kawan-kawannya melawat kawan yang accident di KPJ Ampang Puteri. Kami dok tunggu dalam car coz Honey ketiduran. Adalah dekat 40 minit dok tunggu dalam car dan bila Hubby datang Honey masih tidur lagi.
* Dari Tol Gombak sampai ke rumah, Honey dok tidur saja.
* Honey dok bertepuk ke dua belah tangan masa dengar lagu dari drama Adam & Hawa. Wah! Anak Ummi dah pandai bertepuk tangan!
141112:
* Bangun menyusu at 3.00 & 6.00a.m
* Bangun tidur, melasak sekitar bilik. Sambil buka pintu almari kabinet tv, Honey sebut "abah, abah".
* Honey memberak.
* Tidur baring bergolek saja dengan Honey. Tak buat kerja rumah pun.
* Suap Honey makan Bubur Nasi. Hubby beli di kedai berdekatan rumah. Honey suka makan Bubur Nasi ni. Kena dengan selera dialah tu. Banyak dia makan!
* Dok menjemur kain dan Honey seboklah nak menolong sampai dah merangkak ke luar rumah pun. Itulah kesannya bila tak ditutup pintu grill.
* Memanjat pagar di tangga sudah menjadi kebiasaannya. Nak-nak bila tengok Abang dan Kak Ngah menaiki tangga ke tingkat atas.
* Merengek dan menangis. Selepas menyusu terus tidur.
* Last minute plan nak ke USS tapi tak boleh coz Honey belom ada pasport.
* Honey tidur dari pukul 9.00 p.m dan tak bangun-bangun dah.
151112:
* Bangun menyusu at 2.00 & 6.00a.m
* Lunch di Restoran S.Z. Rahmah. Suap Honey makan Nasi w Ayam Goreng.
* Ke Tf, Temerloh Mall nak beli barang dapur. Honey asyik dok peluk bear.
* Mujur tak buat perangai, dok berdukung dengan her Abah.
* Suap Honey makan Nasi Bubur dan memberak kemudiannya.
161112:
* Bangun menyusu at 4.00 & 6.00a.m
* Suap Honey makan Roti Canai.
* Suap Honey makan Bubur Nasi dan memberak kemudiannya.
* Ummi buat Aiskrim Strawberry. Suap pada Honey. Makan aje dia. Me lambat suap mulalah marah dan "membebel".
* Honey tidur at 9.30p.m selepas menyusu badan.
171112:
* Honey bangun menyusu at 3.30a.m.
* Tidur, baring golek-golek w Honey. Tak buat kerja apa.
* Honey dok busy menghisap ibu jari kaki. Hok aloh!
181112:
* Honey tidur at 2.00a.m. Layan tengok Running Man w me, Abang dan Kak Ngah.
* Baring tido golek-golek w Honey. Tak buat kerja apa pun.
* My Bil singgah di rumah dari Kelantan nak balik ke Melaka. Honey galak dok menari sambil geleng-geleng kepala bila sepupunya pasang lagu via his handphone. Amboi anak dara Ummi ni!
191112:
* Honey tidur at 1.30a.m.
* Bangun menyusu at 3.30a.m.
* Ke sekolah ambik result UPSR Abang Adib. Orang dok bertepuk tangan, dia pun bertepuk tangan juga!
* Abang Adib Honey dapat 5A! Syukur Alhamdulillah!
* Honey memberak. Too smelly ah!
* Dok memanjat tangga panggil Abang dan Kak Ngah turun ke bawah main bersamanya.
* Suap Honey makan Nasi, Ikan Siakap Goreng dan Sup Kosong. Makan banyak dia malam ni! Sedap dan kena dengan seleranya.
* Honey suka dengar lagu Masterchef Malaysia dan drama Adam & Hawa. Mata ralit memandang skrin tv.
201112:
* Honey bangun menyusu at 3.30 & 6.30a.m.
* Ambik gambar Honey di studio. Nak buat Pasport Honey today. Mujur tak meragam. Gambar cantik molek!
* Lunch di restoran kawan T, Honey ok aje bila kawan dan pekerjanya dok dukung dia. Dok bertepuk tangan dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Semua orang dok gelak tengok aksi dia. * Suap Honey makan Ikan Goreng w Kuah Masak Lemak Putih. Suap Cekodok juga.
* Buat pasport Honey untuk 5 tahun. Bayar RM150.00. Sementara nak menunggu pasportnya siap, kami makan dan minum di Restoran Secret Recipe dahulu.
* Suap Honey makan Kek Tiramisu.
* Nak dekat balik, mulut bising. Merengek dan menangis.
* G ambik pasport Honey dan terus pulang ke rumah.
* Balik rumah, mandi.
* Melasak dok panjat kerusi kayu.
* Memberak di sudut tangga. Lama dok diam di situ. Me dah tahu dia mesti tengah memberak. Port dia berak di sini. Hehe. Jauh dari orang ye Honey? Me tegur dia "berak eh?" Tersengih-sengih dok kenyit hidung.
* Tukar diaper, bf dan terus tidur.
* Dinner Honey makan Nasi w Kuah Sup.
* Kak Ngah tunjuk gambar-gambarnya semasa kecil w me dan Hubby. Honey sangat jealous ok? Mulut marah-marah dok "membebel!" Menjerit tak suka! Agaknya dia fikir Ummi dan Abah milik mutlak dia agaknya.
* Dok main di dapur sorang-sorang. Main tin-tin susu.
* Terlepas naik tangga coz pagar tak ditutup. Bila me nak g ambik, lagi laju dia mendaki.
* Dok naik tangga lagi dan turun perlahan-lahan aje.
* Honey ralit dok tengok video Ice Age 4.
21112:
* Honey tidur at 12.25a.m.
* Bangun menyusu at 3.30 & 6.30a.m.
* Baring golek-golek w Honey.
* Honey buat bunyi guna lidah, "cap, cap" selepas bf atau masa tengok orang dok makan sambil menjilat bibir. Hamboih!
221112:
*Bangun bf at 3.30 & 6.30a.m.
* Suap Honey Roti Bakar w Sup Krim Cendawan. Makan sampai sendawa kenyang.
* Keluar beli nasi for lunch dan ke rumah my sister. Masuk rumah muka tu merah jer. Dahlah pakai baju warna merah. Kesian Honey kepanasan.
* Pintu pagar di tangga tak boleh tak ditutup. Laju je dia dok daki naik tangga!
* Malam g dinner di kedai my sister. Kak Long masak untuk raikan kejayaan Adib dalam UPSR. Suap Honey makan Nasi w Telur Dadar.  Sementara me makan, Honey duduk w her Mak Long.
* Honey tidur dari kedai makan sampailah ke rumah.
231112:
* Bangun menangis at 1.00a.m. Mengigau agaknya tu. Bf dan sambung tidur.
* Honey lasak tidur malam ni. Merata-rata dia pergi.
* Breast feeding at 3.30 & 6.30a.m.
* Suap Honey makan Laksam.
* Buat bunyi mulut dengan lidah "cap, cap".
* Order Durian Crepe dan Cheese Tart dengan seorang kawan. Suap Honey makan juga.
* Honey memberak. Port di tepi tangga. Kuat buang air kecil today. Purata guna diaper sehari 4-5 keping.
* Masa nak basuh berak Honey, dia sebut, "nenek, nenek". Dia boleh jugak sebut "nak, nak" kalau nampak my handphone atau my tab.
* Laju dok naik panjat tangga. Dok panggil Abang dan Kak Ngah turun.
* Menangis tak mahu duduk. Nak berdukung-dukunglah pulak!
* Lepas menyusu, terus tidur.
* Bangun tidur terus dok menggeleng-geleng kepala dan tersenyum-senyum.
* Terlepas naik tangga lagi. Bila Abah suruh Kak Ngah ambik terus dia angkat tangan tuju pada Abah dan mulut bising "membebel". Amboih! Bukan maen lagi awak ye? Teruja sangat nak naik ke atas tu.
* Suap Honey makan Nasi w Ayam Bakar.
241112:
* Mak Su dan Pak Su Honey datang rumah nak bawa balik my Abah dan Mom. Malu-malu je bila Pak Su nak ambik dukung dia.
* Honey tidur at 1.30a.m. Dok layan Running Man juga dia. Hehe...
* Honey 300 hari today. 10 bulan sudah! Syukur Ya Allah. Anak Ummi sihat tubuh badannya. Semakin cerdik dan melasak. Syukur Alhamdulillah!
* Honey ikut Ummi ke kenduri kahwin kawan Ummi di Kg. Guai, Temerloh. Suap Nasi w Ayam Goreng padanya.
* Balik rumah dok baring golek-golek w Honey sayang.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: