Sunday, November 18, 2012

HONEY : 9 BULAN

Assalamualaikum...
Perkembangan Honey Ummi catatkan. Bermula dari 241-270 hari.
(Lewat sikit update untuk 9 bulan ni. Nak masuk 10 bulan dah pun tak lama lagi. Ummi busy sikit)
25912 :
Bangun bf at 3.30am;
Honey tumpahkan water spray di atas lantai;
Honey dah tak mahu makan Nestum mahupun Bubur Nasi Marrybrown. Me masak Bubur Nasi pun dia tak mahu makan;
Makan di restoran kawan. Honey menangis dan merengek;
Beli KFC. Suap Honey makan Roti w Kentang Putar;
Honey tidur di My Home Hotel di Prima Sri Gombak. Ikut Abah ada kes di KL esok;
Honey menangis susah nak tidur. Selepas dipujuk menyusu segala, baru dia tidur.
26912:
Bangun bf at 2.00am, 4.00am dan 6.00am;
Honey mula batuk-batuk;
Honey menangis masa nak tidur;
Honey tarik rambut kakak. Kesian Kakak sampai dok menangis;
Honey berjalan-jalan ke Aeon Wangsa Maju;
Suap Nasi Lemak untuk Honey di Restoran Mali's. Makan aje dia;
Lepas tu Honey makan Tutti Frutti pula. Lambat suap mulalah dia berbunyi bagai!
27912:
Bangun bf at 3.00, 4.00 & 6.00am. Menangis;
Honey batuk, demam dan selsema;
Ke Restoran Evoke. Suap Honey makan Ikan Kembung Goreng kuah Sayur Masak Lemak Putih;
Honey ikut Abah buat kerja di Pejabat Tanah Daerah Petaling. Dok main excercise naik bangun di kerusi tempat menunggu. Honey Honey...
Honey ke Mid Valley pula. Suap Honey makan Roti w Sup Cendawan;
Honey meragam so sekejapan saja kami di MV;
Lepak dalam bilik saja. Honey demam, bersin keluar hingus juga batuk-batuk. Poor my little girl!
28912:
Bangun bf at 3.00, 5.00 & 6.00am. Menangis dan merengek;
Pukul 5.00am tu bangun nak berak. Boleh tu sambil berak dan tertidur-tidur;
Bersarapan di Restoran Evoke. Suap Honey makan Nasi Lemak;
Bawa Honey ke Giant Batu Caves;
Beli Dunkin Donuts. Honey makan banyak!
Then bawa Honey ke Plaza Low Yat. Pusing-pusing cari barang then berhenti for late lunch at Restoran Kopi Club. Suap Honey makan Nasi w Ayam Goreng;
Honey tidur di Hotel Midah malam ni;
Bergerak ke hulu ke hilir budak sorang ni;
Menangis dan merengek. Menangis masa Ummi nak lapkan hingus. Batuk dan demam masih bersisa;
Demam-demam pun kuat makan! Marah kalau tengok orang makan tapi tak suapkan dia. Habislah kau kena "bebel"!
29912:
Bangun bf at 2.30, 4.00 & 7.00am;
Masa breakfast, Chef minta nak dukung Honey. Bila Chef tu cakap pipi Honey tembam, Honey terus cubit pipi Chef yang tembam tu juga! Hehehe;
Bawa Honey ke Maju Junction. Naik car yang letak coins tu. Seronok sangat dia!
Cari baju Honey di Reject Shops, Pertama Complex;
Otw balik rumah, Honey meragam. Menangis, Hidung berair. Bf dan terus tidur;
Honey nak perhatian. Tak mahu tidur. Last-last Abang Adib yang tidurkan dia;
Honey galak dok tengok video dia naik car tadi;
Meragam coz tak selesa. Takut bila Ummi nak lapkan hingus.
30912:
Honey bangun bf at 3.30 & 6.00am;
Suap Honey Roti Bakar w Sup Cendawan. Tak makan banyak pun;
Hidungnya berhingus. Batuk-batuk;
Kak Ngah bawa balik Cucur Jagung yang cikgunya beri semasa kelas tuisyen tadi. Honey makan dua biji;
Baring golek-golek w Honey;
Abah bawa Honey keluar g tapau foods for dinner di Restoran Tawan;
My friend, Fatin datang hantar kad kahwin kakaknya. Honey manja aje dok bergambar dengan Aunty Fatin.
11012:
Bangun bf at 3.30am. Honey menangis punyalah kuat coz Ummi bangun nak g toilet. Adoi! Puas pujuk. Abah pun pujuk dok berdukung;
Suap Roti w Air Milo. Makan banyak;
Abah beli Nasi Ayam. Honey makan sikit saja. Nasi Ayam Kak Mala tak sedap today!
Tak buat kerja rumah apa pun. Honey nak Ummi baring golek-golek w her aje;
Abah g KL. Ada kes di sana esok. Honey tidur molek tak beragam.
21012:
Bangun bf at 1.00, 3.30 & 6.00am;
Menangis tengok Ummi bangun. Ummi nak tutup kipas aje pun. Honey Honey!
Honey hantar Abang Adib dan Kak Ngah g skolah. Honey berdiri dalam car seat tak duduk diam; Masa balik ke rumah, duduk diam saja sambil pegang dua tangannya dan pandang ke wajah Ummi. Lama tu dok tenung muka Ummi. Entah apa yang dia fikir. Olo! Cute sangat kamu ni Honey!
Sampai di rumah, matikan enjin kereta, pandang Ummi dan terus menangis. Takut Ummi tinggalkan dia dalam car! Masuk rumah menangis lagi. Lepas menyusu terus tidur;
Tengah asyik dok tidur, boleh pulak dia menjerit dan menangis dengan kuat sekali. Mengigaulah tu. Entah setan mana yang menegur! Buka ayat Al-Quran dalam tab terus dia sambung tidur semula;
Bila Honey bangun tidur, Ummi suapkan Roti w Air Milo. Then mandi;
Tak lama selepas mandi, dia dok memberak pula. Dia dok di tepi tangga dan bila me tegur "kenapa dok diam aje ni?" Mula dah bau busuk. Ummi tanya "berak ye?" Terus Honey menangis. Hehe, Ummi cakap "Ummi tak marahlah". Terus dia diam;
Honey still berhingus dan batuk;
Honey terhantuk dekat kerusi kayu. Bila check ada tanda kena dekat tepi mata. Sian anak Ummi!
Menangis saja today. Tensi Ummi!
Baru sekejapan tidur, dukung masuk dalam car, terus dia terjaga. Nak g ambik Abang dan Kak Ngah di sekolah;
Baring-baring w Honey. Seronok ngat dia Ummi ada tak ke mana-mana;
Honey bertambah happy bila Abah dah balik dari KL;
Main kejar-kejar dengan Abah, masuk dalam saji Kak Ngah dok tolak.
31012:
Honey bangun menyusu at 3.30 & 6.00am;
Suap Honey makan Biskut Jacob's w Air Milo;
Honey berak today;
Mulut bising. Melasak yang amats!
41012:
Bangun bf at 3.30 & 6.00am;
Makan Biskut Jacob's w Air Milo;
Ke Gombak. Honey makan Nasi Beriani di JM Bariani. Then tidur di My Home Hotel di Prima Sri Gombak;
Honey susah nak tidur coz dah lama tidur dalam car semasa perjalanan nak ke KL tadi;
Dalam car sebelum tidur dok main bergurau w Abang dan Kak Ngah. Siap dok makan Keropok lagi.
51012:
Bangun menyusu at 2.30, 3.30 & 6.00am;
Honey tidur pas Ummi siap iron baju kerja Abah. Ummi tidur sama coz Abang Adib dan Kak Ngah tidur juga;
Honey g Putrajaya today. Abah ada kerja di sini. Abah dan Abang Adib g Solat Jumaat di Masjid Putrajaya. Kami ke Saji berdekatan KKM.T jumpa 2 orang kawan di sini. Minum, boraks. Honey ok saja dan sebelum Abah sampai ambik kami, Honey sudah ketiduran. Mulut tu macam sedang menyoyot puting. Cute je tengok;
Lunch di Medan Selera berdekatan Souq. Suap Honey makan Nasi Ayam;
Bila tersedar Honey menangis coz Ummi korek tahi hidung dia;
Tidur di rumah my Bil di Selayang malam ni. Honey apa lagi. Galaklah dia dok main dengan kakak-kakak Sepupu.
61012:
Honey bangun bf banyak kali. Tak tidur sangat. Bangun nak menyusu aje. Tak menangis pun. Bangun bf at 3.00, 4.00 & 6.00am;
Honey makan Roti Bakar w Sup Cendawan;
Bawa Honey ke Kuala Selangor. Nak cari ikan-ikan segar. Honey dok diam aje naik car Pak Long dia;
Singgah beli Cendol Bakar. Walawei sedapnyer! Honey minum Cendol juga apa? Yums!
Honey lunch dan dinner makan Nasi w Udang Pengantin Goreng. Berselera dia dok makan!
71012:
Honey bangun bf at 2.00, 3.30 & 6.00am;
Honey makan Kuih Baulu w Air Masak. Dan suap Biskut Jacob's w Air Milo;
Bawa Honey ke Dewan Merak Kayangan. Ada wedding kawan di situ. Suap Honey makan Nasi Minyak;
Dah siap makan Honey dok merengek. Terus keluar dewan. Balik rumah. Home suite home!
Honey memberak. Mandikan dia dan baring gokek-golek w her;
Suap Honey makan Roti w Sup Krim Cendawan;
Honey pandai maen peek-a-boo. Dia guna kain pelikat Abahnya. Hehe...
81012:
Honey bangun bf at 3.30 & 6.30am;
Breakfast Honey makan Roti Bakar w Air Milo;
Abah g KL. Esok ada kes di High Court dan terus fly ke Vietnam bersama kawan-kawannya yang sama belajar di UIA dulu. Honey nak ikot Abah juga g KL. Adoi!
Hubby call dari KL. Honey galak dok dengar suara Abah;
Honey berak today. Purata guna diapers 4 ke 5 kali sehari.
91012:
Honey bangun bf at 2.30, 3.30 & 6.00am;
Hantar Abang dan Kak Ngah pergi sekolah;
Breakfast suap Honey Roti Bakar w Sup Cendawan. Honey suka makan. Makan banyak!
Honey dah pandai menegur orang. "eh eh" dok panggil Abang dan Kak Ngah.
101012:
Honey bangun bf at 3.30 & 6.00am;
Hantar Abang dan Kak Ngah g sekolah;
Balik rumah baring tidur w Honey. Then Honey bangunkan Ummi. Tampar muka Ummi suruh bangun! Adoi budak ni!
Suap Honey makan Roti Bakar w Sup Cendawan Potage. Makan banyak!
Suap Honey makan Nasi w Ayam Goreng;
Honey tepis Kak Ngah. Tak bagi Kak Ngah tidur di atas bantalnya.
111012:
Honey bangun bf at 3.30 & 6.00am;
Honey ikot Ummi hantar Abang & Kak Ngah g sekolah;
Suap Honey makan Roti Bakar w Kaya dan Air Milo;
Baring tidur w Honey. Ambik Abang dan Kak Ngah kat sekolah;
Dinner suap Honey makan Nasi w Ikan Talapia Goreng. Makan kenyang sampai sendawa. Alhamdulillah!
Honey berebut dengan Kak Ngah nak kiss gambar Abah dalam tab. Bising suara dok "membebel" pada Kakak!
121012:
Bangun bf at 3.00am. Adik lelaki T datang rumah. Tersengih-sengih tengok Pak Uda dia! Tidur semula at 4.00am;
Bangun menyusu lagi at 6.00am;
Hantar kids ke sekolah. Honey nak duduk atas riba Ummi masa Ummi nak drive. Adoi cek mek ni! Tak nak duduk dalam car seat. Me menyanyi baru dia diam;
Mandikan Honey. Suap Honey makan Nasi Lemak;
Lunch suap Honey makan Roti Bakar w Sup Cendawan Campbells. Makan banyak. Lambat suap mulut bising dok marah. Lepas makan menangis. Bf dan terus tidur;
Nenek, Mak Su dan Pak Teh Honey datang rumah coz my dad warded at Hoshas. Honey happy je dok senyum-senyum manja.
131012:
Honey tidur at 1.30am. Bangun semula at 2.00am. Menangis;
Bangun bf at 4.00 & 6.30am;
Bawa Abang Adib dan Honey sekolah Agama untuk ditemuduga. Semasa ditemuduga, Honey tidur dalam car. Mujur tak meragam tak menangis!
Ke Hoshas melawat my Abah. Honey duduk dengan her Pak Teh dan Mak Tehnya;
Nak dekat-dekat habis waktu melawat Honey menangis so call my Abang turun cepat. Me tunggu di lobi hospital;
Sampai rumah siap-siap for lunch. Tadi singgah ke Bukit Angin beli lauk-pauk;
Saudara Hubby datang ke rumah beri kad jemputan kahwin anaknya. Honey malu bila ditegur oleh saudara Hubby. Terus sambil merangkak tu berbaring letak pipi di lantai. Dan kemudiannya, kalau sesiapa tegur pun dia akan buat begini. Nak-nak kalau orang tu dia tak kenal. Olo olo olo malu letew!
Dinner suap Honey makan Bubur Nasi Knorr;
Honey tidur awal tonight. Mujur tak meragam.
141012:
Honey bangun tengok Abahnya dah balik. Teruja galak gitu. Sengih tersenyum-senyum;
Breakfast suap Honey makan Laksam. Dan kemudian dok diam memberak di tepi tangga. Hehe merah muka dok meneran!
Malam keluar ke Restoran Tifa. Tapau makanan for dinner. Honey menangis tak mahu duduk beriba w me dalam car. Nak duduk dengan Abahnya di dalam kedai;
Suap Honey makan Nasi w Ikan Talapia Goreng;
Dan suap pula 2 keping Biskut Jacob's cicah Air Teh 'O';
Honey mula buat suara macam kucing, suara dari anak tekak. Gatal-gatal je tersenyum;
Kuat menyusu badan. Tak bagi susu botol.
151012:
Bangun bf at 3.30 & 6.30am;
Suap Honey makan Laksam;
Me dan Honey temankan Ma ke Temerloh. Ke bank dan cari barang sikit. Honey diam tak merengek;
Suap Honey makan Nasi Ayam;
Lepas bangun tidur, suapkan Honey makan 3 keping Biskut Jacob's w Air Milo;
Sebelah malam ke The Store. Beli barang dapur groceries. Honey dok diam je Abah dok dukung.
Belikan Honey Bubur Nasi Mc Donald;
Honey dah pandai angkat ke dua belah tangan minta didukung. Yeah!
161012:
Bangun bf at 3.30am;
Suap Honey makan Roti w Sup Cendawan;
Ke KL. Abah ada kerja di sana. Mula-mula ke KL Sentral, SSM & ke Court Jalan Duta. Then ke Restoran Garuda Emas untuk late lunch. Kami bermalam di Prescott Inn. Honey diam tidur je dalam car tadi;
Honey galak dok main ngan "Talking Tom".
171012:
Honey tak bangun menyusu langsung! Penat barangkali;
Suap Honey makan Puding Roti;
Lunch di Restoran Sari Ratu. Suap Honey makan Nasi w Kuah Sup;
Honey tunggu Abah buat kerja di Mahkamah KL. Then ke Subang Jaya. Last sekali ke Hospital Sg. Buloh. My Sil baru lepas bersalin. Tinggalkan Honey bersama Abang dan Kak Ngah di lobi hospital. Mujur tak meragam menangis coz baru sudah tukar diaper di tandas hospital. Honey memberak;
Dari hospital terus pulang ke rumah. Singgah di Restoran Tawan. Dinner di situ kerana hujan lebats amats!
181012:
Bangun bf at 2.00 & 4.00am;
Honey menangis. Menyusu dan tidur;
Sebelah malam bawa Honey ke TF di Temerloh Mall. Malllah sangat pun! Hehe, kedai kecik aje. Honey dok dalam troli. Diam tak meragam. Mata meliar memandang orang;
191012:
Bangun bf at 3.30 & 6.00am;
Ambik kids di sekolah. Honey tidur time pergi sekolah dan balik rumah;
Honey memberak. Busuk!
Me dan Kak Ngah demam. Tak larat tapi tetap kena bangun nak menyusukan Honey.
Honey kuat pula nak menyusu daku dok demam ni. Adoi sabar ajelah!
201012:
Bangun bf at 2.00, 3.30 & 6.00am;
Abah dan Abang Adib ke KL tengok bola Piala Malaysia;
Suap Honey makan Nasi w Ikan Talapia Goreng plus Kicap Manis Kipas Udang;
Honey menyakat Kak Ngah yang tengah demam dan tidur;
Me demam tapi masak tetap masak, mengemas rumah tetap berkemas. Apakah? Awat rajin sangat ni Ummi?
Honey menangis-nangis. Tensi Ummi tau! Aduhla kenapaan maunya menangis saja kamu Honey?
211012:
Honey menangis tak mahu menyusu;
Honey mula bersin dan keluar hingus. Badan panas dan batuk. Me bimbang;
Suap Honey makan Roti Bakar w Sup Cendawan Campbells,
Suap Honey makan Nasi w Ikan Talapia Goreng w Kicap Manis Kipas Udang;
Buat Puding Roti. Suap Honey makan Puding Roti;
Abah & Abang Adib Honey dah balik dari KL. Honey suka Abah dah balik;
Honey meragam dan menangis. Tidur sekejap-sekejap. Badannya panas  :-(
221012:
Honey bangun bf at 2.30, 3.30 & 6.00am;
Hubby g KL. Ada kerja nak jumpa client di sana. Honey menangis merayu nak ikut;
Honey menangis tak berhenti. Mahu berdukunglah pulak! Macam-macamlah!
Honey boleh berdiri sendiri. Tapi sekejap-sekejaplah;
Abah sampai di rumah dekat Maghrib. Honey happy dan galak tak mau berenggang dengan Abah. Angkat kedua belah tangannya minta didukung;
Suap Honey Nasi Panggang yang Hubby beli di Restoran Al-Amin di Greenwood.
231012:
Bangun bf at 3.30am;
Suap Honey Roti w Air Milo;
Honey dah baik dari demam dan batuk. Alhamdulillah;
Malam g dinner di Secret Recipe. Suap Honey makan Nasi Goreng tapi Honey tak mau. Pedas agaknya. Berair mata. Suap Honey makan Brownies. Then belikan Honey Nasi Lemak.
241012:
Bangun bf at 3.30 & 6.00am;
Honey meragam tak bagi Ummi buat kerja rumah. Dok baring golek-golek saja bersamanya.
Honey manja dengan Ummi dan Abah. Tak boleh Abang dan Kak Ngah datang pelok cium kami. Dari jauh pun dia akan datang nak pelok cium kami juga. Sambil mukanya senyum-senyum gatal dok bertempek dengan kami. Amboi! Nak bolot kami sorang-sorang awak saja ye Honey? Tak mau share kami dengan Abang dan Kak Ngah iye?
251012:
Bangun menyusu at 3.30am;
Berkemas baju nak balik beraya di Kuala Krau. Honey meragam menangis;
Baring saja w anak dara tuan puteri Honey ni. Tak buat kerja apa pun. Apa pun tak boleh!
Bersiap-siap nak balik to my kampung. Singgah berbuka puasa sunat Arafah di Tifa Tomyam. Alhamdulillah! Kemudian terus balik ke Kuala Krau;
Honey manja dengan Pak Su, my adik ipar. Tak mahu dengan her Mak Su. Siap angkat tangan hulur suruh Pak Su dukung. Mak Su nak ambik dia boleh palingkan mukanya tu! Amboi! Bila Pak Su tegur, dok baring letak pipi ke lantai. Malu!
Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Emy Omar said...

Honey is growing so fast...bila la nak dapat jumpe Honey lagi ni