Saturday, December 29, 2012

VIETNAM ~ DAY 1 ~

Assalamualaikum...
 
291112
 
Akhirnya kami sekeluarga
Bersama staff-staff Hubby
Terbang tinggi bersama Air Asia
Ke Vietnam sana
Perasaan cukup teruja
Seronoknya tidak terkira!
Kenangan ke Bandung tahun 2009 kembali terimbau...
 
Me duduk meribakan si Honey
Yang mengelekek ketawa setiap kali kapal terbang bergegar
Dek kerana terlanggar awan
Hailah anak!
Tak tahu takutkah kamu?
Di sebelah me, ex-staff Hubby
Si cantik Zuraidah
Yang di tepi tingkap
Si manis jelita Kak Anis
Honey menangis sekejap coz tak duduk dekat her Abah
Tetapi selepas menyusu
Terus dia terlena
Sehingga sampai ke Vietnam
Mujurlah tidak beragam bagai!
 
 
 
 
Fly with Air Asia to Vietnam
 
 

Lunch kami, Nasi Bukhara dan Mineral Water
Yang telah ditempah awal oleh Hubby.
 
 

 
Setelah mengharungi perjalanan selama hampir 2 jam.
Kami pun tiba di Vietnam!
Oh yes, syukur Alhamdulillah.
Selamat tiba ke destinasi impian!
 
 

 
Bekas air Chatime tu berfungsi sebagai "cebok"
Ketika kami masuk ke dalam tandas
Di Air Port
Ah! Mujurlah ada cebok untuk membasuh apa-apa yang patut.
Aduhai!
 
 

 
Me ajak wanita Vietnam ini bergambar bersama.
So sporting walau gambar diambil berulang kali.
 
 


                                                          Hubby dah ambil taxi di sini.
Posinglah barang sebentar.
 
 


 
Mereka menggunakan kereta Innova sebagai taxi.
Kami menaiki 2 buah Innova untuk ke hotel.
 
 

 
Kami yang baru tiba di Thanh Thu Hotel.
Hotel yang ditempah awal melalui online oleh Hubby.
 
 

 
Paper mereka.
Ketika menunggu untuk masuk ke dalam bilik.
 
 

 
Bilik kami yang selesa di tingkat 4
 
 





 
Errr...
Tidak cukup 6 Juta Dong untuk bershopping ye kawan-kawan!
Ianya memerlukan lebih dari itu!
Bershopping sangat-sangatlah heavennya di sini.
Me rasa tak mau pulang balik ke Malaysia!
Ah Parok!
Ngeeeee....
 
 

 
Toilet.
Janji bersih saja.
 
 


 
Bersiap-siap di sebelah malam mahu keluar dinner.
Sejak masuk ke bilik sesampainya di hotel,
Kami memerap di dalam bilik saja.
Duduk berehat-rehat.
 
 

 
Pembaca berita di Vietnam
 
 

 
Di lobi Hotel Thanh Thu
 
 

 
Kami dinner di sini.
Tempat port Hubby dok makan sebelum ini,
Semasa Hubby ke Vietnam bersama kawan-kawannya pada bulan 10 yang lalu.
Restoran kepunyaan Haji Halim yang peramah dan baik hati.
 
 

 
Makan besar.
For me rasa lauk-pauk mereka sedap.
Boleh diterima dek tekak.
Berasa.
Me makan berselera saja.
Makan begini Hubby bayar lebih kurang RM150.00
 
 

 
Haji Halim yang memakai baju bercorak batik itu.
Sedang berbincang untuk mengikuti Mekong Tour.
Oh yes!
 
 

 
Motosikal kenderaan mereka yang utama.
Takut seh nak melintas jalan.
Mereka memang tidak akan berhenti memberi kita peluang untuk melintas.
Pandai-pandailah kamu mencari ruang untuk melintas jalan.
Phew!
 
 

 
Perut sudah kenyang.
Kami berjalan-jalan di pasar malam berdekatan hotel.
Ben Thanh Night Market.
Bershopping serba sedikit.
Rambang mata juga ok?
Walau setakat shopping di pasar malam.
 

 
Hasil shopping pada hari pertama berada di Vietnam.
 
Vietnam Day 2,
Will coming soon.
Thank you for now.
 
 

1 comment:

Pen Biru said...

sy pegi sna 20hb.balik 25hb.juga jumpa p.cik halim.