Saturday, December 29, 2012

VIETNAM ~ DAY 2 ~

Assalamualaikum...
 
301112
 
Good Morning with love from Vietnam!
 
 

 
Breakfast at Restoran Melayu
Makan Nasi Lemak, Roti Canai, Mee Hoon Goreng dan air,
Berharga lebih kurang RM95.00
Harga makanan mahal kerana kedai halalnya sedikit sahaja.
For me makanannya berasa.
So thanks to Hubby yang support makan, minum, bilik penginapan, tiket kapal terbang
Dan semuanya iye?
 
 

 
Mee Hoon Goreng dan Air Kopi yang sangat sedap!
 
 

 
Tq so much big boss!
 
 

 
Selepas breakfast,
Kami berjalan kaki menuju ke Pasar Ben Thanh.
Misi hari ini mencari kain cotton.
Gambar ni me dah siap bershopping.
Tak menang tangan dibuatnya.
Sudah shopping me masuk berehat di dalam bilik.
Honey nak menyusu, tukar diaper dan tidur bagai.
Hotel Thanh Thu di belakang daku itu.
 
 

 
Dalam banyak-banyak kain ini,
Percayalah,
Cuma satu kepunyaan daku.
Sebenarnya kain untuk anak-anak daraku.
Cukuplah sepasang untuk buat baju kurung mereka.
Me punya Hubby dah belikan pada kunjungannya sebelum ini.
Yang lain-lain,
Me buat buah tangan.
Khusus buat mereka yang tersayang.
Nak beli banyak-banyak tak boleh coz
Ambil 100kg saja untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Next trip may be!
Shopping untuk diri sendiri pula...
 
 

 
Lunch kami.
Nasi Goreng Tom Yam.
Berharga sekitar RM97.00.
Selepas makan, kami berehat di dalam bilik sahaja.
Petang baru keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Gambar-gambar ada diupload di facebook.
 
 

 
Pekena 2 gelas Kopi Ais dan Kuey Teow Sup di Kedai Makan Hajah Basiroh.
Terletak di hadapan hotel.
Oh! Sampai sekarang daku terkenang-kenang.
Rasa air dan makanan yang sungguh lazat!
Kedai ini menjadi tumpuan ramai pelancong,
Terutamanya dari Malaysia.
Semua berhimpun makan di kedai kecil ini.
 
 

 
Selepas makan,
Berehat barang sebentar di dalam bilik,
Kami pun ke Ben Thanh Night Market.
Sambung berjalan-jalan dan bershopping lagi.
 
Ini merupakan malam ke - 2 kami minum Air Kelapa di satu stall ni.
Malam ke - 2 Makcik tu bagi diskaun coz kami dah beli malam tadi.
Rasa Air Kelapa yang manis.
Segar lagi menyegarkan!
 


 
Beli Donut dengan kakak cantik ni.
Donutnya sedap dan gebu.
Harganya berpatutan.
Honey suka makan Donut kakak ni.
Yummy!
 
 

 
Ikut hati mau shopping semua.
Tetapi apakan daya.
Duit dah tak ada!
Oh sedih!
 
 


 
Nasi Campur yang dibeli di Kedai Makan Hajah Basiroh.
Yummy sedap sekali!
 
 

No comments: