Saturday, December 29, 2012

VIETNAM ~ DAY 3 ~

Assalamualaikum...
 
11212
 
Pagi-pagi lagi kami sudah bersarapan.
Beli bungkus sahaja dan makan di dalam bilik.
Harga makanan beserta minuman sekitar RM92.00.
Ada misi for today after breakfast.
Projek baek punya!
 
 

Me pakai selipar ini for Mekong Tour.
Selesa amats!
 
 

 
Singgah di Phuong Nam.
Melihat bagaimana gambar kaca daripada kulit telur ini dibuat.
Kreatif dan cantik hasil seninya!
 



Kami seramai lebih kurang 30 orang menaiki bas ke Jeti ini.
For Mekong Tour.
Bayaran untuk seorang RM80.00.
Sangat berbaloi sekali mengikuti trip ini.
Perjalanan dari Bandar Ho Chi Minh ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Pemandangan indah di kiri dan kanan jalan raya sangat-sangatlah cantik.
Terutama di kawasan sawah padi.
Mengagumkan sekali!
 
Sesampai di jeti,
Bot sudah menunggu kami.
Menaiki bot menyusuri Sungai Mekong.
 
 

Dalam 20 minit lebih kurang,
Kami singgah di tempat pertama ini.
Di sebuah pulau yang indah.
Minum Air Madu.
Manis dan sedap sekali.
 
 


 
Tempat ke 2 yang kami singgah,
Untuk makan buah-buahan pula.
Sambil diiringi nyanyian dan petikan gitar yang telah disedia khas.
(Tip jangan lupa diberi iye?)
 
 

Tanpa merasa penat,
Meneruskan perjalanan di dalam cuaca yang panas terik.
Mujurlah panas.
Kalau hujan, susah pula mahu berjalan ke sana-sini.
Terima Kasih Ya Allah.
Cuaca berpihak kepada kami.
Seronok berjalan-jalan di tempat orang.
Bukannya selalu peluang ini diperolehi.
 
 

 
Kak Anis manis.
Sedang menanti giliran untuk menaiki perahu kecil.
 
 


 
Cuak saja rasa di dalam hati.
Menaiki perahu sekecil ini.
Kami naiki seramai 5 orang satu perahu.
Pengemudi perahu seorang di depan dan seorang di belakang.
Bimbang takut Honey terjatuh di dalam sungai saja.
Tetapi bila dah menaiki perahu ni,
Rasa takut sudah tiada lagi.
Coz mereka sebaik mungkin,
Menjaga keselamatan kita.
Rasa cuak hilang.
Seronok dan teruja pula dirasai.
Jika boleh mahu mengulanginya lagi!
 
 


 
Honey ok.
Senyap saja memeluk Abahnya.
Seronok Ummi melihatnya.
Hilang gusar di hati.
 
 

Dalam 15 minit menaiki bot,
(Tip jangan lupa diberi iye?)
Kami pun naik ke dalam bot yang mula-mula kami naiki tadi.
Ke destinasi seterusnya.
Ke pulau yang lain pula.
 
 



 
Di sini tempat membuat Candy Kelapa.
Ini yang kami rasa candy panas-panas.
Candy Durian.
Sedap!
 
 
Shopping Candy Kelapa di sini.
Biskut Kelapa juga.
 
 

Ini pula pondok Kerepek Kelapa.
Kenyang dok makan saja ikuti tour ni.
Hehehe...
 
 




 
Okey.
Now mari kita naik kereta kuda pula.
Jangan lupa dihulurkan tip juga kepada mereka.
Panas terik cuaca masa ni.
Membahang rasanya kepanasan.
 
 


 
View yang cantikkan?
Now tibalah masa untuk pulang ke bandar.
 
 

 
Air Kelapa diberikan seorang satu.
Buat penghilang dahaga.
Tour yang amat best sekali!
Sesampai di jeti, ha apalagi!
Kita shoppinglah lagi!
 
 

 
Sesampai di Bandar Ho Chi Minh,
Kami ke Restoran Champa.
Haji Halim menjamu kami makan tengahari pula.
Actually masa ni around 4.00 p.m
Maka makanlah kami beramai-ramai.
Lauk-pauk yang sedap.
Makan bertambah janganlah malu.
Perut kenyang suka hati.
Balik ke bilik merehatkan diri.
 

 
Hasil bershopping di tour tadi.
Buah tangan buat mereka yang dekat di hati.



Adib makan Nasi Bungkus yang dibelinya sendiri di Kedai Makan Hajah Basiroh.
Menonton perlawanan Bola Suzuki AFF.
Masa ni Malaysia menentang Indonesia jika daku tidak tersilap.
 
 

 
Okey.
Habis perlawanan bola,
Kami ke Pasar Malam pula.
Ben Thanh Night Market.
Berjalan kaki di tempat yang sejengkal cuma.
Malam terakhir kami di Vietnam.
Bila mungkinkan berkunjung ke sini lagi?
 

Beli lagi Telekung buat bonda di Malaysia.
Serbuk Kopi dilupa jangan!
 
 

 
Late dinner.
Beli lagi Kuih Donut dengan kakak cantik semalam.
Malam ni kami beramai-ramai makan Kuey Teow Sup.
Berserta Kopi Ais yang sedapnya tidak terkira.
 
Malam yang terakhir,
di dadamu,
Ho Chi Minh City...
 
 

1 comment:

Anonymous said...

kalau kat temerloh, sg pahang tu buat tour macam you pergi tu agak2nya okay tak?