Posts

Showing posts from March, 2012

OUR FIRST OUTING

Image
Assalamualaikum...

Petang tadi dalam pukul 6.00, kami keluar ke Mentakab Star Mall. Ini dikira our first outing. Hari ni Honey berumur 64 hari. Dah ok kot untuk keluar sekejap dekat area sini. Cer tengok gambar Honey tu, dia ok what? Haha! Dia tengah marah tu. Rimas pakai topi coz topi tu sekejap-sekejap tutup mata dia. Hehe. Sebenarnya kami keluar ada nak cari "barang" sikit. Kalau tidak T dan Honey tak keluar jalan-jalan lagi. Mr. Hubby je sorang keluar cari barang.



Sesampai di mall, T buat kad Pacific dulu. Bayar RM12 cuma. Bayaran itu untuk setahun. Kemudian kami naik ke tingkat atas. Tengok baju. Niat hati nak beli baju baru. Terserempak dengan tiga orang kawan T di sini (pada masa-masa yang berlainan). Borak-borak sekejap. Tak ada baju yang T berkenanlah pulak kat sini (Cis! Padahal tak padan pun uols!) Hehe :-p

Anak-anak mengadu lapar. Nak dinner di Mc'D. So malam ni kita makan Mc'D iye?



Honey tunggu Ummi tengah nak makan ni ye? Sekejap ye sayang?



Ok jom balik. Mas…

CUCUK : 2 BULAN

Image
Assalamualaikum...

Hari ni bawa Honey ke Klinik Kesihatan Simpang Songsang untuk dicucuk 2 bulan. Mujur Honey menangis masa dicucuk saja. Lepas dicucuk terus T menyusukan dia. Alhamdulillah settle bab cucuk ni. Lepas ambik ubat demam (in case), T drive balik. Tq Nurse Suki layan T dan Honey tadi! Hehe. Panggil dia Suki coz mukanya putih comel sweet macam Suki tu tau! Sebijik I tell u!



T check buku Honey ni. Terasa ralat amat coz masa cucuk 1 bulan di Klinik Sulaiman, depa tak buat rutin ini. Catat tumbesaran Honey. Geram lak rasanya. Macam tak reti buat kerjalah uols ni! Dah aku tak tahu saiz anak aku masa umur sebulan. Hilang dah ingatan manis di situ. Ralat amats dong ah! Itu pun aku suruh nurse dia catat berat Honey takut aku terlupa masa nak bayar bil. Hish!



Ini pula catatan Nurse Suki tadi. Terima kasih banyak-banyak Nurse! Anak Ummi semakin membesar! Alhamdulillah. Cuma tengah berjaga-jaga takut dia demam. Kesiannya kalau anak Ummi ni demam. Tak sanggup Ummi nak menghadapinya nanti…

63 HARI

Image
Honey. Today. 63 hari.
Published with Blogger-droid v2.0.4

NOTA CINTA

Image
Assalamualaikum...

Hari ni masa Nur masuk ke dalam kereta (masa T ambil di sekolah tengah hari tadi), dia berikan T surat aka nota cinta ni.



Seriously. Sejurus habis membacanya, I mnangis hokey?



Pagi tadi T ada marahkan Adib dan Nur. Ada benda yang tak kena. Tak berniat nak marah tapi T marah jugak. Benda-benda kecik aje pun. Macam biasa, me lepas marah anak-anak sure menyesal tak sudah. Then menangis. Pas tu agak-agak dah cool sikit, T mgadap diaorang semula. Terangkan pada mereka kenapa T marah. Then minta maaf. Minta mereka maafkan T coz dah marah dan lukakan hati mereka. Masa tu pun mereka minta maaf dengan T coz they ols dah buat salah. T memang bukan seorang Ummi yang baik! Kesian tengok muka they ols lepas kena marah. Ummi memang jahat! Marahkan anak-anak tak bertempat! Tapi T stakat bising mulut aje. Pukul-pukul memang bukan menjadi amalan dan T cuba hindarkan. Kesian wei pukul budak-budak! Depa kecik lagi! Selagi boleh tegur, T tegur. Tak tergamak nak pukul anak-anak tau! Tapi …

HONEY: 2 BULAN

Image
Hari ini
Saye berusia 60 hari
2 bulan
Ummi saye kate
Saye makin comel
Saye makin cerdik
Saye makin bijak
Saye dah kurang meragam
Tetapi sesekali
Saye buat perangai jugak
Ummi bilang
Walau saye buat ape pun
Ummi takkan marah
Sebab saye kecik lagi
Ummi sayang saye lebih
Ummi sayang saye banyak
Sampai jeles abang & kakak
Saye pun sayang
Ummi saye banyak-banyak jugak!



Tadi Mak Long saye datang tau! Dia bawakan saye tilam kecik ni. Colour pink. Saye suke! Nanti saye nak gune. Nak baring tidur. Tq banyak-banyak Mak Long!

HONEY NAIK CAR

Image
Assalamualaikum...

Yeay! Yeay! Saye ikot Ummi naik car lagi hari ni! Nak ambik abang & kakak di sekolah. Tengoklah muka saye yang tersengih-sengih gatal mase nie...



Di depan sekolah. Tengah tunggu Abang Adib & Kak Ngah kite keluar.



Kite ambik gambar dengan Ummi kite tadi sementara dok tunggu abang & kakak.



"Oh aloh Ummi gak. Bolah tu. Ambik sekeping gambar cukupla. Agok-agoklah Ummi pong!"

Ummi kite macam tulah. Suka benar ambik gambar posing macam tu. Posing macam ni. Hehehe...



Kite tidur jek sepanjang perjalanan balik ke rumah tadi. Kesian kite. Cuaca amat panas di luar sana. Tapi kite tak menangis tau! Kite duduk diam-diam aje. Ummi puji cakap kite baik.

Kite baikkan? Betul tak?

AUNTY AYUNI

Image
Assalamualaikum...

230312

Semalam kawan T, Ayuni (http://beautifuluneey.blogspot.com) datang ke rumah. Melawat T dan Honey. Terima kasih ye U. Sudi datang melawat kami dan belikan beg yang cute itu untuk Honey. Honey duduk diam saja tatkala Aunty Ayuni meribanya.



Honey naik car dengan Ummi dia hari ni. Abah ke Kuantan so tak ada siapa boleh hantarkan Abang Adib ke kelas tuisyen. Anak saudara T dah sibuk di kedai makannya so T tak mahu kacau dia. Hari ni dah masuk hari ke 56 T berpantang. So T cubalah memandu hari ni. T ok sihat. Tak ada rasa sakit apa dah. Cuma kena memandu perlahan-lahanlah tadi. Bengkek tension je mana-mana driver yang follow T tadi agaknyalahkan. Haha! Honey ok. Diam je di belakang duduk bersama Kak Ngahnya.



Honey tengah tunggu Ummi nak mandikan masa ni. Mahu wangi-wangi nanti Ummi nak gomol.



Hubby balik dari Kuantan. Beli Big Apple Donuts & T order Mee Hoon Goreng tu coz lapar sangat. Sehari ni tak jumpa sebutir nasi pun. Makanya perutku mula berdendang dondang say…

SEPUPU DATANG

Image
Assalamualaikum...

Petang tadi Sepupu T datang singgah di rumah. Mereka dari Gombak menghadiri majlis kenduri kahwin di Felda Bukit Mendi. T masak nasi manakala Mr. Hubby membeli lauk for dinner di Restoran Selera Timur Tom Yam. Menu malam ini Ikan Siakap Tiga Rasa, Sup Cendawan, Tom Yam Campur dan Puyuh Masak Pedas.



Kelihatan Mr. Hubby sedang mendukung Honey dan melayan tetamu sedang menjamu selera.




Selepas dinner kami berbual seketika sebelum mereka pulang ke Gombak. Tq Kakak & Abang Shahrel. Datang singgah di rumah kami. Untuk Kak Long, good luck untuk final exam nanti dan habiskan buat Master tu ye? Si kembar (lelaki, anak ke-2 dan ke-3) pula sudah habis belajar di Mesir. Tetapi masih belum pulang ke tanah air. Mereka mahu sambung belajar ilmu agama di sana lagi. Anak yang ke-4 (lelaki) belajar di Kolej Universiti SEGi. Yang ke-5 (perempuan) belajar di UIA Gombak manakala yang bongsu (perempuan) baru darjah 5. Fuh! Memang sejuk perut sepupu T mengandungkan mereka. Anak-anak semu…

BERPANTANG VII

Image
Assalamualaikum...

130312

Hari ni for lunch T masak Ikan Selar Bakar, Ayam Goreng, Kicap Manis + hirisan Bawang Merah, Buah Epal Merah, Air Chocolate Dutch Lady dan segelas Air Masak. Cukup. Alhamdulillah. Kenyang membawa sampai ke petang.



Mr. Hubby beli barang dapur di Tunas Manja. Mengikut senarai yang T kirimkan. Walaupun ada barang yang dikirim tiada, Tq B coz belikan apa yang ada ni!



140312

Menu hari ini, Ikan Selar Rebus Bodo-Bodo, Peria Tumis Kering (Oh, pahit maung sekali rasanya!), Buah Oren Sunkist (manis leting!), Air Chocolate Dutch Lady dan Air Masak. Kenyang Alhamdulillah. T masak sekali waktu lunch untuk dinner terus. Senangkan? Tak banyak kerja dah nak masak waktu malam lagi. Lauk anak-anak pula, Mr. Hubby beli bungkus di kedai.



Tengok Roti Gardenia tak berusik di atas meja makan tu. So T putuskan buat Puding Roti. Tak letak Kismis bagai. Diaorang tak suka. Ok, sekejapan saja dihidangkan di atas meja, terus habis dimakan. Bagos betollah!



150312

Kak Long masak Bubur Nasi ni. An…

HADIAH AUNTY EMY

Image
Assalamualaikum...

120312

T dapat parcel daripada my buddy, Emy. Gift untuk my kiddos. Tq so much Emy! You are so sweet!



130312

Honey mula pakai baju yang Aunty Emy beri. Nak g klinik masa ni.



Honey. Pagi ini.




Honey dan Abah. Gambar diambil sebelum Abah pergi kerja tadi.

HONEY BELOM READY!

Image
"Ummi apa ni! Ummi je ready senyum sorang-sorang. Honey ni apa cerita Ummi? Honey mau bergambar jugak sama Ummi!"

"Ooops sorry dear! Ummi betul-betul tak perasan! Hehehe."



"Okey Ummi, macam ni barulah boleh nak snap gambar Honey. Tapi Honey tak bisa buka mata bulat-bulat, besar-besar coz silaulah masa ni Ummi".



T ke Klinik Kesihatan Simpang Songsang hari ni. Nurse dah pesan selepas 6 minggu bersalin, kena repeat buat MOGTT. Nak check ada Diabetes lagi atau tak. Sebab T ada Diabetes sikit masa pregnant baru ni. So T kena ambil darah dan minum segelas air gula. Bacaan sebelum minum air gula, 5.4. Lepas dua jam menunggu, resultnya 5.3. Alhamdulillah. Buat masa ini T bebas dari Diabetes. Tak tahulah esok lusa. Masa hadapan. Kalau tak jaga makan, mahunya kenakan? Tapi mintak-mintak, doa-doa semoga terus sihat tak ada apa-apa penyakit. Insya Allah.

Gambar ni semasa menunggu result air gula. Nurse ajak dengar ceramah pasal pemakanan bayi 6 bulan ke atas.

BERPANTANG VI

Image
Assalamualaikum...

070312

Hari ini menu yang mampu T sediakan ialah Ikan Selar Bakar, Kicap Manis, Ayam Goreng dan berulamkan Daun Pegaga. Daun Pegaga tu kawan T yang beri. Tq Kak Wa! Alhamdulillah.



Berpantang hari ke 40. Goreng nasi untuk dinner. Kesian kat Mr. Hubby. Penat nak kena keluar beli makanan. So T cakap, T goreng nasi ajelah. Depa makan bertambah. Buat Air Teh 'O'. Layan. Cukuplah tu for dinner. Alhamdulillah.



080312

Menu hari ini, Ikan Selar Bakar dan Kicap Manis lagi. Ayam Bakar dan Ulam Daun Pegaga for me. Alhamdulillah.



090312

Berpantang hari ke 42. Tukang urut datang urutkan T tadi. Bersekali dengan bertungku. Badan rasa lagi sedap dan bertambah sihat. Suka! Terima kasih Mak Ngah!

Hari ini sangat sedih coz kawan T berpindah ke Kuala Lumpur. Kak T gonna miss you Fida! Terima kasih di atas jasa baik Fida mengambil anak-anak Kak T di sekolah sepanjang tempoh Kak T berpantang ni. Jaga anak4 baik-baik ok? Balik Temerloh jangan lupa datang singgah ke rumah Kak T ye? Kita …

BERPANTANG 44 HARI

Assalamualaikum...

Hari ini saya sudah mencapai hari ke 44 dalam tempoh berpantang. Tapi itu tiada maknanya kerana saya masih di dalam pantang. Meneruskan pantang sehingga hari ke 100 seperti yang telah biasa saya lakukan sebelum ini. Tiada masa nak menulis atau update blog panjang-panjang, maka saya copy and paste sahaja berkaitan Rahsia Berpantang 44 Hari. Pada saya, tulisannya sudah mencakupi tajuk di atas. Silalah membacanya. Untuk mengetahui apa rahsia di sebalik berpantang selama 44 hari dari tarikh selepas melahirkan bayi.

http://cintaitumisteri.blogspot.com/2010/11/rahsia-berpantang-44-hari.html

Ye, saya sudah sampai ke hari yang ke 44. Alhamdulillah. Saya dan baby Honey sihat Alhamdulillah. Doakan saya selamat berpantang ke hari yang ke 100 nanti!

BERPANTANG V

Image
Assalamualaikum...

Tak ada idea nak masak apa. Ini sajalah. Menu yang senang mudah gini menjadi santapan harian.

270212

Kari Ikan Selar dan Ikan Merah Bakar. Alhamdulillah.



280212

Kari Ikan Tenggiri sahaja for today. Alhamdulillah.



290212

Ikan Selar Rebus sahaja for today. Alhamdulillah.



010312

Masak Kari Ikan Selar saja for today. Alhamdulillah.



020312

Ikan Selar Goreng & Sayur Sawi Tumis Air. Alhamdulillah.



030312

Nasi Putih & Ikan Selar Goreng. Alhamdulillah.



040312

Lunch makan 2 ketul Ayam Bakar yang Hubby beli di Kedai Tok Ayoh di Masjid Abu Bakar. Untuk dinner T rebus Ikan Selar ni saja. Alhamdulillah.



050312

Ayam Perap Goreng, Kari Ikan Tenggiri dan Sayur Sawi Tumis Air. Alhamdulillah.



060312

Ikan Selar Bakar, Sayur Sawi Tumis Air, Kicap Manis, Air Chocolate, Air Masak Beyond Zhulian. Alhamdulillah.