Friday, April 27, 2012

CUCUK HONEY : 3 BULAN





Assalamualaikum...

Hari ni Honey berusia 91 hari. Bawa Honey pergi cucuk di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Honey menangis semasa me baringkan dia di atas riba. Ha! Dia dah tahu dia nak kena cucuk! Dia berhenti menangis tatkala nurse sudah mencucuk. Me terus bagi breast feeding. Alhamdulillah dia ok. On the way nak balik ke rumah dia tidur saja.

Perkembangan Honey di dalam usia kini:

* nak ikut abah kalau abah siap berpergian

* suka mendengar bunyi-bunyian

* merengek minta didukung pabila ada orang yang menegurnya

* memberi reaksi pabila orang mengusik. Seperti tersenyum bila orang memuji dan masamkan @ cebikkan bibir bila kak ngah usik dia "honey botak!"

* masa mandi tak pernah menangis. Mulut ternganga suka sambil dok melonjakkan badan

* tengok orang makan, dia dok jilat bibir. Apa yang me makan, suap juga sikit padanya

* suka "berbual-bual"

* suka tengok langsir. Di mana-mana tempat ada langsir dia akan tengok langsir, "menegur" langsir dan tersenyum-senyum

* kuat breast feeding

* rutin bangun menyusu at 3am dan 6am

* dalam 3 bulan ni adalah dalam 5 kali Honey menangis sambil keluar air mata. Aduh kesiannya anak ummi!

* diam saja keluar berjalan naik car

* so far 6 kali berjalan keluar waktu malam. Alhamdulillah Honey okey tak menangis meragam

* nak tidurkan dia tepuk-tepuk saja atau tak pun letak je atas tilam, terus dia tidur

* bila berdirikan dia, dia bend her knee and bergerak ke kiri dan ke kanan sambil tersenyum-senyum gatal ;-)

* bila record aksi dia, diam je dok tengok camera :-* say somethingla sayang!

* setiap kali selepas bersin atau sendawa, Honey akan berbunyi "aaaaaa". me rasa macam dia sebut Alhamdulillah ajer :-D

* 1st trip berjalan jauh. Ke Port Dickson at 71 days. Alhamdulillah. Okey tak meragam

* paling rancak "berbual" dengan Abang Adib dia

* mula nak terbalikkan badan nak meniarap semalam, 90 hari

* semalam tunjuk kat dia rakaman dia dan abah. Jealous ok coz tengok abah dia dok pelok cium dukung baby dalam rakaman tu. Merah muka dengan tangan kaki bergerak coz jealous abah layan "baby" lain. Malam tadi pun tidur abah ulit. Merajuk tak nak pandang muka abahnya bila abah nak dukung. Hamboi! Penjealous benar kamu Honey! ;-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 23, 2012

KECEWA

Rasa kecewa yang teramat. Sangat. Rasa dikhianati. Bukan sekali. Malah sudah berkali-kali. Sampai aku dah naik lali. Meluat pulak rasanya di hati. Dah berjanji tak mahu buat lagi tetapi janji cuma tinggal janji. Janji yang tak pernah kamu tepati. Cuba jangan dengar cerita sebelah pihak saja. Be fairlah! Mulut tu kalau bercakap, menuduh, mengutuk bukanlah main sedap lagi. Cuba tanya me depan-depan. Face to face. Me tak de hal nak jawab. Ni main cerita belakang apa kes der?

Selama ni aku dok buat baik pun kamu kutuk. Apa pun kamu tak sebut. Itu dah buat baik tu. Sekarang aku rasa nak buat jahat pula. Boleh? Kan? Tak pernah puas dengan apa yang telah aku buat. Aku bagi. Bukan nak mengungkit. Bukan nak berbangkit tapi kalau dah over sangat, melampau begini, aku sudah tidak tahan lagi. Apa yang kamu rasa nak buat selepas ini, sila. Jangan segan-segan sebab aku dah tak ambil peduli. Aku rugi? Apa aku kesah pun!

Hati ini hampa dan kosong. Pabila teringatkan perbuatan kamu, kamu dan kamu. Bendanya tidak seberapa. Ibarat cuma sepatah ayat. Kamu karang seperenggan. Perenggan demi perenggan. Menzahirkan sebuah karangan yang maha dahsyat untuk dibaca. Tetapi akhirnya, yang disalahkan, siapa lagi kalau bukan aku. Aku juga yang kamu nampak buruknya!

Sesekali terlintas difikiran, kan bagus kalau selama ini aku tidak berbuat baik kepada kamu. Tidak perlu menabur budi seperti selalu. Aku bukan minta balasannya. Cukup sekadar ingat dan hormatlah orang yang telah membantu kalian selama ini. Ini tidak, lagi kita dituduh dikutuk tanpa henti. Sedarlah diri sebab aku dah mula sedar sekarang. Aku seorang yang sangat bodoh bergelumang dengan permainan kalian ini.

Aku mahu tarik diri. Jangan diganggu aku lagi. Full stop. Titik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 16, 2012

JUMPA CIKGU

Assalamualaikum...

14412

T ke sekolah anak-anak. Ada perjumpaan dengan ibu bapa untuk pelajar darjah 4 dan darjah 5. T ke sekolah dengan Nur dan Honey. Adib pula ke Perpustakaan Temerloh. Ada kuiz alam sekitar di situ. Mr. Hubby ke bengkel baiki ekzos kereta T. T di sekolah dari jam 8.10 pagi hingga 11.30 pagi. Mujur si kecil Honey tidak meragam. Tidur saja dia. Menyusu pun cuma sekali sahaja. Alhamdulillah. Senang jaga Honey!



Ibu Bapa dijamu dengan Nasi Lemak dan Mineral Water selepas mendengar laporan anak-anak juga ceramah motivasi yang sangat best. Kelakar tak boring! Tq Cikgu Wati coz tolong ambilkan makanan. Siap tebuk straw lagi for me. First class punya layanan ok?. Terhadap aku yang tidak berdaya ini. Y? See the next picture. Haha!



Honey tidur saja dia. Lepas makan dengan Kak Ngah, g kat meja Pengetua dan penceramah keibubapaan tadi, En. Nan. Say tq to them sebelum balik ke rumah. Penat memang penat. Dengan hujannya sebelah pagi hari Sabtu tu tetapi kami berjaya menempuhinya. Seronok berjumpa kawan-kawan di sekolah. They ols dok tegur Honey baik sungguh tak meragam. Senyum je Ummi Honey mendengarnya!



15412

Lunch. Family Abang Ipar datang berkunjung ke rumah. Tq Pak Long belikan dua pasang baju untuk Honey! Nanti Honey pakai tunjuk gambar dekat Pak Long dan Mak Long ye?

Friday, April 13, 2012

INSTAGRAM

Assalamualaikum...

Sudah agak lama me tak update blog. Tak ada cerita menarik pun selepas pulang bercuti dari Port Dickson Ahad lepas. Sehari-hari me cuma melayan twitter, facebook dan yang tengah in, Instagram. Mak ai! Melayan gambar-gambar cantik begitu membuatkan me begitu teruja sekali!

Siapa-siapa ada akaun Instagram mehla bagitahu. Search for me ya? "honey_madu". See you there!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 11, 2012

WW: BBQ



Family Day Haji Ismail bin Ahmad & Hajah Mariam binti Rani @ Institut Latihan Fama Port Dickson pada 7-8.04.2012.

Thursday, April 05, 2012

DINNER

Assalamualaikum...

Dinner tadi Mr. Hubby belikan Ikan Siakap Masak Tiga Rasa, Sup Ayam dan Cendawan, Ayam Masak Kicap, Daging Masak Merah, Sayur Kailan dan Telur Dadar. T cuma masak nasi dan buat Air Oren Sunquick sahaja.

Kenyang Alhamdulillah.

Good night. Selamat malam sayang. Bawa aku ke dalam mimpimu. Ececececece...


** sedang menggilai instagram sekarang. Jatuh cinta sudah. Sedalam-dalamnya! **


Published with Blogger-droid v2.0.4

HOUSE OF STEAMBOAT

Assalaualaikum...

Malam tadi keluar dinner di sini. Area Chatin, Mentakab. Si kecik Honey tidur sahaja sepanjang kami dok makan. Bagus sangatlah tu baby!



Banyak pilihan makanan untuk dipilih. Ambik sikit-sikit dulu. Nak makan lagi baru kita g tambah pulak ye? Tak baik membazir. Sian kat makanan tu semua.



Kelihatan anak saudara Mr. Hubby (bertudung putih), kawannya dan my kids sedang menyiapkan makanan.

Let's makan-makan!



Kenyang Alhamdulillah. Sedap. Makan puas hati. Semua ni tokey caj RM48.00 sahaja. Mr. Hubby dan Adib makan sambil layan tengok bola. The Red Warrior menang tu lawan dengan kelab bola Indon. Syabaslah cik abe wei!

KENA BULI

Assalamualaikum...

Pada suatu petang, budak kecik ini telah dibuli oleh Ummi dan Kakaknya. Manakala si Abang cuma memandang tersengih-sengih.

Tetapi si kecik ini cool saje. Tak menangis walau terus-terusan dibuli.Cuma tak duduk diam coz tak selesa dok pakai tudung tu. Tengok tudung pun dah senget-benget dibuatnya. Hehe.

Ini saja hasil terbaek yang sempat Ummi dia snap. Mata tu booooolat sangat!



Ummi sayang budak mata bulat ni! Makin tembam debab. Ummi suka!

Tuesday, April 03, 2012

MY BIRTHDAY CAKE

Assalamualaikum...
Chocolate Indulgence Cake. Thank you so much my darling hubby!
wajah-wajah kesayangan hamba...

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Happy Birthday to me. Menjengah ke usia 33 tahun pada hari ini. Syukur Alhamdulillah. Masih diberikan nikmat untuk terus hidup. Masih mampu bernafas tanpa sebarang sekatan atau halangan. Tubuh badan yang sihat tanpa adanya sebarang penyakit yang menjengah (Sehingga ke detik ini. Esok lusa di luar pengetahuan me pula), dikelilingi oleh insan-insan tersayang, keluarga tercinta. Si suami pujaan hati pengarang jantung belahan jiwa, anak-anak-anak yang Ummi kasihi, serta keseluruhan ahli keluarga me yang besar jumlah ahlinya, kawan-kawan di alam maya dan tidak lupa sahabat-sahabat sejati yang berjanji untuk setia hingga ke mati. Betapa bertuah diri ini hidup dikelilingi kalian. Membuat hidup me bahagia tidak pernah suram. 

Semoga hari-hari mendatang, akan lebih membawa kebahagiaan dan kejayaan. Di dunia. Juga di akhirat sana. Bukan untuk diri sendiri malah me doakan untuk semua sekali.

Terima kasih di atas ucapan kalian. Setiap tahun tidak culas untuk mengucapkannya. Mendoakan yang baik-baik dan menyayangi me seikhlas hati. Tidak terbalas rasanya budi. Di atas tulus ingatan yang telah diberi. Me sangat-sangatlah menghargai. Kalian akan sentiasa me ingati. Abadi bersemi. Di lubuk jiwa yang paling dalam. Itu sudahlah pasti sekali!

Bicara ini me akhiri di sini. Sehingga kita bertemu lagi. Jaga diri. Hiasi peribadi. Semoga hidup kita lebih diberkati oleh Ilahi.


Salam seribu kali sayang,

Wati


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 02, 2012

TETAMU VIP SAYA

Assalamualaikum...

Family Abang Ipar dan kenalannya datang singgah di rumah tadi. Me cuma buat air saja. Makanan semua Mr. Hubby beli. Kesian tetamu minum petang dan dinner makan makanan yang ditapau sahaja. Sorry ye Abang Long, Kak Long? Kalau pergi rumah mereka, apa yang Kak Long tak masak. Semuanya special dan sedap hokey? Malu pulak rasanya me tadi tau! Habih guano? Cik Honey dok merengek manja (mengada) minta perhatian Ummi dia. Mulut tu ternganga muncung je nak menyusu! Haish kamu ni Honey!

TUNAS MANJA

Assalamualaikum...

Semalam, 01042012, kami ke Tunas Manja. Cari barang dapur sikit. Tapi lepas ni malas dah kot nak keluar mana-mana. Sian baby Honey. Tak selesa nampaknya dia. Honey tak menangis, cuma keadaan sekeliling tu. Tunggu besar sikit kot kalau nak dibawa berjalan.



Ayam Panggang for lunch. Seekor RM18. Beli di depan Taman Awam Kubang Gajah. Sedap. Manis-manis cicah Sos Black Pepper.

Alhamdulillah.



Kasut anak-anak yang dibeli di BATA tadi.

KAD MERAH JAMBU

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, 31.03.2012, T dapat kad pink ni dari Nur. Pen hitam tu pun dia bagi jugak. T suka menulis. Ari tu ada pesan dengan B nak pen jenis gini, tak nak pakai ball pen macam selalu coz tak sesuai dengan kertas yang T nak pakai tu.

Ok. Senyum. Tak perlu kata apa-apa :-)





I love you too, Nur!