Wednesday, May 30, 2012

HONEY : 4 BULAN

Assalamualaikum...

Honey sudah menjengah ke usia 4 bulan. Alhamdulillah, Honey sihat dan semakin membesar. Sudah boleh dibawa "bergurau" mahupun "berbual". Keletahnya kekadang membuatkan me tersenyum ketawa. Ada saja aksi barunya setiap hari yang mencuit hati ini. Rasa nak beranak ramai pun tak apa kalau dapat anak cerdik tak banyak kerenah gini tau! Hehehe... Adoiyai...

Apa yang Honey dah boleh buat menjenguk ke usia 120 hari?

* tak meragam sangat tatkala dibawa berjalan ke lost world of tambun (5.5.12) dan gold coast morib resort (6.5.12). Merengek nak menyusu saja. Dalam kereta pun tidur saja. Tak susah mana menjaga kamu sayang!

* honey dah pandai sembur air liur (7.5.12). Jangan bagi rambut ummi botak sudah iye? ;-)

* honey dah mula tidur secara mengiring (8.5.12)

* pantang letak atas tilam, nak berbalik badan aka meniarap saja kerjanya (9.5.12)

* honey baik-baik saja tak meragam temankan ummi ke spa ;-) (10.5.12)

* tersengih-sengih lepas bf. Perut kenyanglah katakan!

* dah pandai mencebik bibir (11.5.12)

* dah boleh bagi respon gelak sampai keluar bunyi "hahaha" bila diagah terutama diagah oleh abangnya, adib (11.5.12)

* akan cepat lena bila dipasang zikir

* dah pandai gelak kuat-kuat (12.5.12)

* honey suka bergurau tau. Tersengih tergelak kalau orang dok agah-agah dia

* honey memang tidur secara meniarap kini. Dan memang tidur lena. Kalau tidur secara terlentang, mudah terkejut dan terus terjaga.

* 18.5.12, honey menangis mengamok. Masa tu ummi tengah dok masak. Kesian abang dan kakak dok pujuk dan dukung

* 19.5.12, honey memberikan sokongan padu kepada pasukan kelantan melawan sime darby fc. Galak sungguh dia dok "menjerit" aka mengekek-ngekek. Alhamdulillah, kelate meney walau dengan hanya jaringan gol penalti ;-)

* honey dah boleh berguling-guling badan 360 darjah (19.5.12)

* 20.5.12, kuat honey dok mengekek gelak tatkala diagah abang adib. Sambil mengerakkan badannya ke kiri dan ke kanan, terlompat-lompat kau!

* 22.5.12, dah mula letak honey di atas tilam nipis di atas lantai. Takut honey jatuh dari atas tilam tebal tu

* 23.5.12, seluruh tilam dijelajah honey. Nak bergolek baring atas lantai mozek sudah ini budak. Sangat-sangat aktif!

* 24.5.12, bawa honey check up di klinik kesihatan simpang songsang. Honey sudah seberat 6.18kg. Nurse tegur "honey datang bulan depan untuk cucuk 5 bulan ye?" and you know what? Honey menjawab "aaaaaa". Ha! Iyekanlah honey! Sakit awak tau kena cucuk nanti! Hehehe...

* 25.5.12, ke kuala lumpur. Tidur di rumah my sil. Mak ayah mertua dan adik -beradik hubby berkumpul. Pesan kat honey "tak payahlah bangun menyusu, ummi nak tidur" dan memang honey tak bangun menyusu pun! Bangun at 5.45 pagi pada 26.5.12 tu saja. Gerak ummi solat subuh tu ;-)

* 1st time bawa honey ke mid valley. Mujur tak meragam. Tidur saja dia. Time nak bf, ummi ke toilet. Ada bilik cantik untuk bf dan tukar lampin honey.

* pergi rumah my bil di selayang, honey sakan dok berbual dengan mak long, pak long, abang dan kakak sepupu. Merengek time nak bf saja.


* honey dah boleh memegang barang seperti baju dan bear (gambar di atas). Juga dah masukkan jari-jari ke dalam mulut untuk dihisap

Me dah jarang update blog. Dok upload gambar di instagram aje. Berpaling tadah sudah!

Search for me honey_madu at ig ye! XD

Thank you and good night!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

SPA LE JASMEEN

Assalamualaikum...

Last week, 10512, me ke Spa Le Jasmeen. Bawa Honey sekali. Pergi dalam pukul 10.30 pagi dan pulang ke rumah sekitar jam 3.00 petang. Eh! Lama tu! Apa yang me buat berlama-lamaan di spa ni ye?

Inilah dia spanya. Cantikkan suasananya? T rasa tenang yang amat setiap kali berada di sini. Itu yang selesa duduk lama-lama tu. Tuan punya spa yang baik, ramah dan gojes tentunya, Reena dan juga staffnya Anna yang melayan T dengan penuh mesra sekali. Bukan mesra pura-pura ok? Anna yang dok melayan Honey ketika me tengah bersauna. Tq so much Anna di atas layanan yang telah diberikan! Nak tahu lebih lanjut tentang spa ini, You ols boleh lihat di blognya, http://lejasmeenspa.blogspot.com atau cari di Facebook, Le Jasmeen Spa.







Ini adalah bilik untuk rawatan sauna. Ia dipanggil ”Sauna Herbs”. Ada kerusi di dalam kelambu putih ni. Dok relax santai sensorang. Tenangnya dok melayan perasaan sambil diiringi alunan muzik instrumental.



Selepas bersauna selama 30 minit, me berehat sebentar sambil duduk menyusukan Honey. Dan sambung membuat rawatan melulurkan badan pula selepas menidurkan anak daraku itu.



Miss Honey yang ketiduran selama Ummi berlulur badan :-D



Selepas berlulur satu badan aka body scrub selama 30 - 40 minit, (Anna menggunakan campuran limau nipis dan serbuk kulit kayu manis, which is sangat baik untuk membuang lelemak degil di badan, terutama tubuh badanku ini :-p), me bermandi susu aka milk bath pula. Suka pada baunya! Duduk beremdam di dalam bathtub ini selama 20 minit. Badanku semerbak harum bersih mewangi sesudah dibilas air bersih. Ececececewah! Eh! Betullah tu! Cewah cewah apa pulak! Mana ada me tipu! Betul! Kulit rasa bersih saja. Lembut gebu! Awwww!

Selepas mandi, me menyusukan Honey yang sudah mula berjaga. Kemudian bergegas ke sekolah untuk mengambil Nur. Adib balik lewat coz ada kelas tambahan. En. Suami yang ambil Adib pula di sekolah. Kemudian me balik semula ke spa untuk membuat rawatan facial pula.



Rawatan terakhir, buat facial. Facial Treatment Pearl Collagen With Eye Treatment Mask. Lepas buat facial selama satu jam lebih ni, ku sapu kulit pipiku. Aduh! Gebu amat dong! Hehe... Poyo ajer ah kamu ni Wati! But credit to you Anna! Next month Kak T g buat treatment lagi eh?



Miss Honey yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada Ummi selama Ummi membuat rawatan. Tq anak Ummi! Ummi sayang sayang sayang bangat sama Honey!



Sekarang bulan Mei, Spa Le Jasmeen ada buat promosi tau! Apa lagi, buatlah temujanji sekarang! Gerenti uols berpuas hati okey!

By the way, T dapat mangkuk sup ini sempena hari ibu semasa membuat rawatan di sini. I like! Thanks again Reena!



Ooops! I tak ada sebarang kepentingan dok promote spa no hokey? Sekadar nak berkongsi cerita saja. Benda baik memang bagus kita share samakan?

Thursday, May 17, 2012

MAIN MASAK-MASAK!

Assalamualaikum...

Hari ni first time memasak dalam ertikata sebenar semenjak bersalinkan Honey. Masak pun menu yang ringkas sahaja. Nak kejar masa buat kerja rumah, layan Honey, ambik my kids di sekolah lagi. So menu hari ini ialah Ikan Siakap Masak Stim, Ikan Selar Goreng, Sambal Kerang, Air Lemonade, Buah Lai dan Buah Pear. Makan bersama sekeluarga. Salah satu petua untuk mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga ni tau! Alhamdulillah. Kenyang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 16, 2012

FRIDGE MAGNET

Assalamualaikum...

T memang pengumpul pelekat peti aka fridge magnet ni. Salah satu benda wajib yang dibeli tatkala berpergian selain daripada t-shirt dan mug.

Arakian ceritera pada suatu hari, my anak bujang, Adib yang baru balik dari Perpustakaan Temerloh (yang telah menyertai Kuiz Alam Sekitar pada waktu tersebut) telah memberitahu T untuk menanggalkan kesemua fridge magnet ni coz katanya magnet tu boleh meresap ke dalam makanan yang disimpan di dalam peti ais dan akan menyebabkan kanser. Ada juga T terbaca yang mana fridge magnet ini akan menambahkan cas aliran elektrik. Dan akan memberikan kesan kepada peti ais tersebut.

Setelah berfikir panjang dan sementelah tak lama lagi Honey bakal "melasak", T suruh saja Adib tanggalkan fridge magnet tu. Tapi tak semua. T hanya lekatkan fridge magnet "over the sea" sahaja. Ingat nanti nak beli papan yang khas untuk T tampalkan kesemua koleksi fridge magnet ni.

Uols macammana? Jom berubah!


Published with Blogger-droid v2.0.4

SELAMAT HARI GURU!

Assalamualaikum...

Selamat Hari Guru buat warga pendidik. Jasa murni kalian akan dikenang sampai bila-bila pun. Mulianya diri kalian mengajar anak-anak bangsa tanpa jemu dan ragu. Ibarat lilin, rela membakar diri demi kebaikan anak-anak murid. Sekadar ucapan terima kasih tidak memadai. Namun yang pasti, namamu teratas Cikgu! Penghormatan yang besar diberi. Semoga cikgu-cikgu terus diberkati Ilahi. Amin.

Terima Kasih. Ikhlas dari hati ini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 14, 2012

44? 60? 100?

Assalamualaikum...

Me dah habis berpantang. Hari ini dah menjengah ke 108 hari. Berpantang anak ke tiga ini tidak seperti berpantang anak-anak sebelum ini. Me "melasak" (buat kerja rumah dan berjalan jauh) juga dah mula makan bermacam-macam selepas menjengah hari ke 60. Kalau dulu boleh bertahan minum air berais selepas 100 hari, sekarang hari ke 60 air berais sudah selamat dibalun. Tetapi tidaklah secara kerap. Berpada-padalah. Me beringat juga. Tak tahan maaaa. Cuaca too hot lately!

Makan pun sama. Tak ada berpantang dah cuma yang berunsurkan bisa, tajam dan sejuk me belum sentuh. Aaaah! Sangat teringin minum air kelapa muda sama itu gulai tempoyak ikan patin. Tunggu setahun baru berani makan. Tapi atas orang-orang kot cause ada yang dah makan even anak belum cukup setahun lagi. For me biarlah dulu. Masih boleh bertahan ni. Kalau dah tak tahan, me makan aje! :-)

Honey semakin membesar aka melasak. Dah boleh mengekek gelak ketawa bila ditegur atau diagah, main sembur air liur, "berbual", meniarap sambil mengangkat tinggi lehernya, menangis merengek kalau tidak hiraukan dia, menjilat bibir bila tengok orang tengah makan. Segala yang berkaitan dengannya, menjadi keutamaan me sekarang. Kak Ngah kadang merungut, "ummi tak sayang nur lagi". Abang Adib cool saja. Me sehabis boleh akan melayan mereka sama rata. Sayang mereka semua. Tak lebih tak kurang. Bila dijelaskan kepada nur, dia faham. Dah boleh ummi harapkan dia untuk basuh, angkat, lipat kain. Masak nasi, basuh kasut sekolah, jaga riba adik. Buat homework tanpa disuruh, tolong ummi itu dan ini. Adib pun sama. Tahun ni nak exam UPSR so perhatian yang lebih perlu tertumpu kepada dia juga.

Me sentiasa berdoa semoga dapat menjadi isteri dan ummi mithali kepada suami dan juga my kids. Semoga dipermudahkan segala urusan. Begitu juga me doakan buat kawan-kawan semua.

Honey nak menyusu ni. Me kena stop membebel sekaranglah. Ada masa rajin, blog bakal berupdate.

Jumpa lagi!


Published with Blogger-droid v2.0.4