Tuesday, July 31, 2012

HONEY MELASAK

Assalamualaikum...
Iye, Ummi sudah boleh menerima kenyataan ini. Honey semakin melasak. Masuk bawah kerusi, jelajah hampir ke seluruh ruang tamu, menjilat lantai dan perabot bagai dan terkini memecahkan tangkai mug yang diletakkan di atas lantai. Nasib baik tak luka apa. Ummi tinggal sekejap aje pun nak menjemur kain di belakang rumah. Haip!
Apa-apa sajalah Honey. Ummi bersedia menghadapi. Just bring it on! Buatlah apa sahaja asal jangan memudaratkan dirimu. Melasaklah semahumu!
Ummi sayang anak Ummi ni banyak-banyak-banyak!

Published with Blogger-droid v2.0.6

11 RAMADAN

Assalamualaikum...
Menu bersahur dan berbuka puasa today. Apa yang sudah kami sekeluarga makan hari ini.
Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 30, 2012

HONEY MENGEMOP LANTAI

Assalamualaikum...
Honey membantu Ummi mengemop lantai today. Kelihatan licin dan bersih permukaan lantai jubin di ruang tamu ini ye tuan puan. Terima kasih ye nak!
Haish kamu budak kecik! Hamboi! Tak lama lagi pandai pulak dok kutip bendasing "puap boh daley mulok tu" (makan segala benda yang dijumpai di atas lantai). Semalam dok tarik dah plastik pengalas meja makan, (Ummi dah buang dah masa sahur tadi plastik dan kain alas meja tu)  today ini pulak aktivitinya.
Puas Ummi kutip dan g basuh tangan dia. Ada habuk melekat di tangan. Nanti dok hisap jari-jari tu pulak.
Sokmo kena alert dengan pergerakan dia sekarang. Ummi tak leh lalai langsong! Tugas baru menanti Ummi. Day by day, ada-ada saja peel kamu Honey!
Haip!
Honey madu Ummi...

Published with Blogger-droid v2.0.6

10 RAMADAN

Assalamualaikum...
Untuk bersahur, me masak Nasi Goreng dan buat air Teh 'O' saja. Juadah berbuka beli di Restoran Rizki Tomyam di Mentakab. Menunya Ikan Siakap Black Pepper, Ikan Tilapia Bakar, Tomyam Campur dan Sup Ayam. T cuma masak nasi dan buat Milo Ais Tabur dan Sirap Limau. Buah Kurma dilupa jangan.
Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 29, 2012

MENARIK TERTARIK

Assalamualaikum...
"Nampak gayanya Ummi tak boleh berhias rumah bagai dah Honey ye?"

Published with Blogger-droid v2.0.6

9 RAMADAN

Assalamualaikum...
Bersahur tadi T cuma goreng Telur Mata Kicap dan Nuget Tempura Ayamas untuk Mr. Hubby dan Adib. Me dan Nur makan Cereals saja. Untuk berbuka, anak saudara Mr. Hubby datang dari KL dan bawakan set Nasi Minyak. Wahai birasku, Kak Ma, Mak Long to my kids, sedap sungguh rasa Nasi Minyakmu. Buat daku terkenang-kenang saja di saat ini. Ayam Masak Merah, Kurma Daging dan Kari Tulang yang sangat enak lagi power! Sesungguhnya makan sepinggan adalah tidak cukup!  wawawawa  O:-)
Mr. Hubby pula tambah beli Ayam Pusing, Kuih-Muih dan Air Blue Barley di Pasar Ramadan Temerloh. Me tambah buat Air Oren Sunquick. Alhamdulillah.
Rezeki kami anak-beranak hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.6

8 RAMADAN

Assalamualaikum...
28712
Juadah bersahur, T cuma masak nasi, Kari Ayam dan Telur Dadar. Untuk berbuka puasa, kami cari di Pasar Ramadan Temerloh. Tetapi T dan Honey duduk di dalam kereta saja. Malas nak bersesak dengan orang ramai.
Alhamdulillah. Rezeki kami hari ni.
Terima Kasih Ya Allah!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 27, 2012

HONEY: 6 BULAN

Assalamualaikum...
Honey berusia 6 bulan aka 181 days today. Alhamdulillah. Honey sihat walafiat. Diari Honey menjengah ke usia sekarang;-
* (26612) adik bongsu t datang membawa suaminya ke rumah. Honey galak menggelekek ketawa bila mana Pak Su dok geletek perut dia  :-)
* emak t pun datang ke rumah. Honey yang berada di ribaan neneknya sebok dok menari-narik kain tudung dan baju neneknya.
* Honey menonggek-nonggek semasa bergolek. Macam nak bangun merangkak.
* (27612) keluar dinner di Chatin, Mentakab. Makan Stimboat di House of Stimboat with my sisters. Honey duduk diam di atas ribaan Mak Long dan Mak Ngahnya.
* (28612) Honey tak bangun breast feeding pun malam ni.
* (29612) Honey bangun berjaga untuk breast feeding 3 kali malam ini. Lepas bf, senyap je dok ralit tengok lampu merah yang Ummi dia beli di IKEA.
* Abah bawa Honey g sekolah masa nak menghantar Abang Adib dan Kak Ngah. Suka benar dia dapat naik car!
* me ke sekolah my kids. Ambik report card mereka. Nak ke kelas Adib, kena naik tangga di tingkat 4 manakala untuk ke kelas Nur kena ke blok lain di tingkat 2. Adoiyai! Sengkak napas Ummi dibueknyo eh! Kelek cik mek molek ni lagi. Masa di dalam kelas my kids, Honey menjadi rebutan kawan-kawan mereka untuk didukung. Tersengih-sengih my kids bila mereka puji adik mereka comel  :-)
* balik dari sekolah, t bawa mereka brunch di KFC. Then balik ke rumah dok baring berguling dengan Honey. Honey galak dok "berborak" dengan Abang Adib dan Kak Ngah.
* (30612) setiap kali tukar diaper Honey, mesti mandikan dia coz badan melekit-lekit. Dia lasak, suka melompat-lompat bagai dan cuaca sekarang pulak too hot.
* breakfast di kedai makan Mok Nab, Honey duduk diam di atas ribaan.
* shopping di TF Value Mart di Temerloh Mall. Honey duduk di dalam troli sambil dijaga oleh abang dan kakak.
* ke rumah kawan. Kenduri Aqiqah anaknya yang lahir seminggu awal daripada Honey. Honey duduk dijaga oleh emak kawan tatkala me sedang makan. Mujur Honey tak meragam.
* rezeki Honey. Honey dapat angpow yang diberikan oleh kakak kawan t. Tq Aunty Julia!
* bila nak balik bergambar dengan baby kawan T, Honey dok cekau muka member tu. Haha! Pucat muka daddy Jareez dibuatnye! Honey tak behave y? Tak sabar nak berkawan dengan Jareez ye?
* (1712) breakfast di MC'D Genting Sempah, singgah sebentar di Ampang Point dan terus ke Floria Putrajaya 2012. Mujur Honey tak meragam cuma sukar nak mencari toilet untuk menukar diapernya. Settle tukar diaper, kami naik boat menyusuri tasik pula. Honey diam tak buat perangai. Bagos Honey! Senang kami nak bawak awak g jalan mana-mana pun lepas ni!  :-)  Dari Putrajaya, kami singgah sebentar di Jaya Jusco Alpha Angle di Wangsa Maju. Kemudian terus pulang ke rumah.
* setiap kali menghala balik ke Temerloh, Honey akan merengek tak duduk diam. Lebih-lebih lagi ketika di area Lanchang, samada dalam hati ada taman mau berjalan-jalan lagi tak mau pulang ke rumah atau apakah???
* (2712) Honey tak bangun menyusu. Penat agaknya "berjalan-jalan" di Putrajaya semalam  :-)
* keluar bersama Honey ke Bank Rakyat sebab nak ambik my mom. Kemudian kami g melepak di rumah Kak Long. Tinggalkan Honey bersama Kak Long ketika me keluar mencari lauk for lunch. Balik-balik Honey dok menangis. Honey nak buli Mak Long eh?  :-P
* malam dinner di Restoran Rizki Tomyam di Mentakab. Honey busy nak menggapai lauk bagai sambil dok menjilat-jilat bibir  :-)
* (3712) staff Mr. Hubby datang ke rumah. Honey memang manja dengan Mama Anis.
* (4712) Honey galak dok "bergurau" dengan abang dan kakaknya. Sweet sangat situasinya   :-)
* Honey ralit dok menonton "Open Season 3"
* (5712) Honey ikut Abah hantar abang dan kakak pergi sekolah.
* Honey dah mula minum air guna cup. Sebelum ni bagi air masak guna botol susu kecil.
* Honey merengek payah nak tidur. Abahnya tak ada, pergi KL. Ada kes di sana.
* (6712) Honey menangis at 2.30am. "berjalan" nak sampai ke dapur dah. Cari Abah dia letew! Lepas menyusu terus dia tidur.
* Honey galak dok main "ciku cak" with me tatkala me tengah menjemur kain di belakang rumah. Hehe sangat suwit sekali!
* (7712) keluar breakfast di Pasar Temerloh. Kesian Honey dok menjilat bibir tengok kami dok makan! Kemudian kami je TF Value Mart untuk membeli nestum Honey. Honey mula makan pada usia 161 hari. "pemakan" jugak me dok tengok budak kecik ni  :-)
* Honey jawab "dah" bila Abang Adib tanya, "Honey dah baca doa makan ke belom?" haha! Sungguh kami semua terkejut dibuatnya!
* (8712) lunch bersama Kak Long di Restoran Old Town. Ada seorang kawan Kak Long ni datang tegur dan dukung Honey. Rela dan pasrah saja dia. Terlentok di bahu kakak tu. Manjalah sangat iye Honey?  :-)
* Honey susah nak tidur kalau belum ditutup lampu. Silau iye sayang?
* (9712) Honey suka tengok video-video Alif Ba Ta, ABC dalam my tab. Tapi tak boleh amal selalu. Boleh rosak mata budak. Nak-nak baby sebesar Honey.
* Honey payoh nak buleh ko tidur maley ni
* (10712) Honey tidur sekejap-sekejap. Menangis merengek. Bila Ummi "marah", dia gelak-gelak pada Ummi pulak. Biasa ye dia ni?
* Kak Ling ajak dinner di kedai makannya sempena birthday anaknya yang merupakan my niece, Adilla. Kak Long masak Ikan Siakap Tiga Rasa, Ketam Rebus Cili, Kerang Rebus, Tomyam Campur dan Tauhu Sumbat. Mak Long dok riba Honey dulu dan suruh me makan. Tq Kak Long & Co.  :-*
* me tak sihat. Demam selsema. Honey lak merengek tak mahu tidur. Oh! Mencabar sungguh rasanya.
* (11712) Honey tak mau makan sangat today. Tapi dia banyak kali dok menyusu.
* SECARA RASMINYA HONEY DAH BOLEH BERADA DALAM POSISI MERANGKAK TODAY! 165 DAYS. Tak ada gambar sebagai bukti coz masa tu dah tutup lampu. *frust*
* (12712) main baring golek-golek with Honey. Puas dok kutip dia. Meniarap ke segenap pelusuk ruang tamuku ini. Lasak sungguhlah! Haip!
* Honey dok dalam posisi merangkak sambil gerakkan bontotnyer ke depan ke belakang! Haish! Tapi cute ditambah pulak dia senyum sengih gatai masa tu! Hehehe.
* Honey payah nak lelap. Abahnya g KL. Ada kes di sana esok hari.
* (13712) Honey dah start demam. Berjangkit daripada Ummilah ni! Poor my little girl  :-[  akan tetapi tatkala Abahnya pulang dari KL, Honey terus melompat dengan galak sekali plus mulutnya bising tak henti sambil memandang Abahnya. Eh! Baru 10 minit tadi dia diam lemah tak bermaya duduk di atas riba Ummi? Apakah???
* Honey ikut Ummi balik kampung jumpa Atok dan Nenek.
* (14712) Nenek mandikan Honey. Nenek cakap Honey tak dok diam. Tapi sejak lahir sampai sekarang time Ummi mandikan, Honey dok diam saje  :-)
* Honey demam tapi dia masih galak melompat-lompat  ;-)
* Honey muntah pas makan ubat demam, coz dia baru pas makan nestum. Adoiyai, my bad! Sorry sayang! Ummi minta maaf buat Honey sakit  :-[
* (15712) lunch di Restoran Old Town. Dan ke Temerloh Mall. Cari barang sikit. Honey ok saja, naik car g berjalan Honey memang tak buat perangai  :-)
* Honey meragam tak mahu tidur petang padahal mata tu dah mengantuk sangat. Ummi sabir ajelah
* Abang Ipar datang ke rumah. Honey galak dok main dengan Pak Long, Mak Long dan sepupunya, Kak Jah. Mereka datang dari KL. Singgah di rumah. Dinner di rumah kami.
* (16712) Honey ikot Abah g hantar abang dan kakak je school lagi pagi ni.
* badan Honey masih suam. Sikit je Honey makan Bubur Nasi tadi :'(
* (17712) adik t, Eidi datang ke rumah. Honey galak dok main dengan Pak Udanya.
* (18712) g KL. Me tak sihat, Kak Ngah dan Honey pun demam so Mr. Hubby angkut kami semua sekali
* (19612) beli stationeries di Pustaka Rakyat. Honey tertidur di atas bahu Abang Adib.
* masa me tengah temankan Mr.Hubby nak lunch, tokey kedai Afiqah Biryani Best di Prima Sri Gombak ambik nak dukung Honey. Mulut pok pek pok pek dok berborak ngan pak cik tu  :-)
* ikut Mr. Hubby je SSM di KL Sentral, kemudian singgah makan di Restoran Ani sup Utara di Prima Sri Gombak. Suap juga Nestum untuk Honey di sini. Time Honey nak makan tu, datang pekerja perempuan dok agah-agah Honey. Jadinya kawan ni galaklah dok "berbual-bual" dulu dengan pekerja tu. Ish ish ish. Ikut sapa friendly sangat kamu ni Honey?   :-)
* (20712) Honey cerdik je pas bf teros tido. Malam tadi pun tido awal. Bagus! Boleh Ummi berehat sama.
* badan Honey suam panas. Hidungnya pun berhingus.
* Abah belikan Honey patung " Hello Kitty". Honey suka main dengannya  :-)
* Honey ikut Abah g school ambik abang dan kakak. Me dok melepek je berbaring. Demam dan flu on off. Sakit kaki juga nak berjalan. Allah duga sakit sikit pun daku dah rasa hazab. Masya Allah!
* (21712) baring dan tidur with Honey. Tak buat kerja rumah satu hapa pun  :'(  mujur jugak Honey tak buat perangai meragam bagai. Honey dah sihat. Alhamdulillah.
* kami ke Selayang. Pergi pun dah petang coz Mr. Hubby nak siapkan hujah kesnya. Berbuka puasa di rumah my BIL. Juga berbuka bersama adik-beradik Mr. Hubby yang lain. Tq tuan rumah. Kenyang kami makan bermacam-macam aneka makanan. Mujur kaki me dah tak sakit coz malam tadi g jumpa doktor mintak ubat. Demam dan flu still on off *lemas & rimas*
* tumpang tido di rumah my SIL di Symphony Heights. Tq Su Da! Honey sukar nak tidur tonite. Satu katil dia dok ukur. Berpusing-pusing!
* (22712) kami ke Pavilion, Hotel JW Marriott dan I-Setan di Lot 10. Jalan-jalan cari penat dan lelah. Tak padan dengan tak sihat ko! Asal bab berjalan, yang sakit jadi sihat terus! Ngeeee.
* singgah beli juadah berbuka di Restoran MZ Darul Naim di Kg. Baru. Kemudian terus pulang ke rumah selepas singgah di Shell Gombak untuk membeli MC'D dan Popia Basah. Yums! Suap Nestum untuk Honey di sini. Nampak macam dia lapar sangat. Dah siap makan apalagi, melompat-lompatlah dia dan dalam perjalanan balik ke rumah, Honey ketiduran. Semua pun tidur kecuali Mr. Hubby. Drive sensorang  :-P  Sorry bang! Ummi letig sangat ukur jalan di Bukit Bintang tadi. Hew hew hew!
* (23712) baring lepak tidur with Honey. Penat semalam masih tersisa...
* tengok program Ketuk-Ketuk Ramadan. Honey galak dok melompat dengar lagu Dairy Champ, Dairy Champ, Dairy Champ sambil gelak tersengih-sengih  :-)
* kepala Honey jatuh atas lantai masa bergolek-golek atas bantal tadi. Anak Ummi nanges! Sorry sayang! Ummi tak sempat nak selamatkan Honey tadi  :'(
* (24712) Honey tidur so Ummi dok busy mengemas di bilik-bilik atas.
* t g ke pos laju nak pos barang untuk kawan, Honey nak pegang semua benda yang ada berdekatan dengannya.
* kepala Honey terhantuk di kerusi jati betawi. Ouch! Tapi Honey tak nangis. Terhantuk sikit aje. Tak benjol pun.  *mujur*
* Honey merengek-rengek je today. Abah call dan dengar dia dok merengek. Abah Honey g KL today. Rindu kat Abah letew!
* (25712) Honey bangun bersahur juga even me tak kejutkan. Pas Subuh dia tido, selepas menyusu.
* cucuk Honey 6 bulan di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Honey menangis sikit je pas nurse tarik jarum suntikan. Abah terus dukung Honey dan terus diam tak menangis.
* sebelum Abah g kerja, Abah berdirikan Honey. Biasanya Honey melompat tapi Honey angkat sebelah kaki yang dicucuk. Tak jejak lantai. Sakit kena cucuk tadi letew! Sian anak Ummi.
* Honey tidur lama. 10 am to 12 pm. And then, 2.30 pm to 5.30 pm.
* keluar g Pasar Ramadhan di tepi Sg. Pahang dan juga di kawasan perumahan T. T & Honey duduk dalam car aje. Malas nak keluar tapi bila di Pasar Ramadan dalam kawasan perumahan T, Hubby bawa Honey keluar sekali. Me tunggu dalam car saja. Malas nak bersesak bagai.
* Honey tidur lagi at 7.30 pm to 9.30 pm. Bangun berjaga dan kemudian tidur dekat 12 am.
* (26712) Honey bangun nak bersahur juga. Tidur semula selepas Subuh.
* kemudian bangun at 7.45 am. Menangis tengok Ummi tak ada di sebelahnya. Ummi busy dok basuh car dan kawasan garaj. Abah pulak g ke KL today. Ada kes di sana.
* pergi sekolah ambik Kak Ngah. Demam semula. Naik ke office di tingkat 2. Cikgu-cikgu geramkan Honey. Bergilir-gilir nak mendukungnya. Pengetua dok tengok me tersenyum-senyum coz Nur wakil sekolah hingga ke peringkat kebangsaan Action Song for last year.
* Honey menangis dan merengek. Gara-gara Abah g KL. Masa tu dia tidor so dia ingat Abah tak kiss dia dulu sebelum g kerja. Aduh kamu! Pujuk-pujuk, menyusu dan dia pun tidur. Bangun dari tidur tengok-tengok Abah dah ada di sebelah. Suka sangatlah dia tidak terkira!
* Kak Long ajak berbuka di kedainya. Kak Long masak Gulai Lemak Kuning Cili Api Siput Sedut, Ikan Goreng, Paru Berlada, Sambal Lala, Kangkung Goreng Belacan. Ada Ayam KFC. Air Mango Sunquick. Mr. Hubby belikan Murtabak, Air Kelapa dan Air Katira. Syukur Alhamdulillah. Me makan dulu. Kak Long dok riba Honey  :-)
* (27712) Honey bangun menangis pukul 1.30 am. Pas Abah dukung pujuk, baru nak baring menyusu dengan Ummi. Boleh dikatakan hari ni Honey banyak menangis merengek nak perhatian. Oh rupanya dia nak beralih bulan. Bak kata orang tua-tua. Sebab tu dia buat perangai!

Published with Blogger-droid v2.0.6

7 RAMADAN

Assalamualaikum...
Bersahur dan berbuka puasa hari ini.
Alhamdulillah. Syukur.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

GERAI KAK LONG

Assalamualaikum...

Hari ni my Kak Long ajak berbuka di gerainya. Di hadapan kedai SAKAN di Temerloh. Kak Long masak Gulai Lemak Cili Api Siput Sedut, Sambal Lala, Ikan Goreng, Sambal Paru dan Kangkung Belacan. Ada Ayam KFC juga Air Oren Sunquick. Mr. Hubby pula belikan Murtabak, Air Kelapa dan Air Katira di Pasar Ramadan.

Alhamdulillah! Terima Kasih Kak Long & Co.

Published with Blogger-droid v2.0.6

6 RAMADAN

Assalamualaikum...
Gambar pertama : ketika bersahur pagi tadi (me cuma masak nasi dan buat Sambal Sardin)
Gambar kedua : Mr. Hubby beli di Pasar Ramadan Greenwood

Alhamdulillah!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 25, 2012

WW: 5 RAMADAN

Alhamdulillah

Published with Blogger-droid v2.0.6

WW: CUCUK HONEY

Assalamualaikum...
25712
Hari ni Ummi dan Abah bawa Honey g cucuk 6 bulan di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Honey menangis sikit tatkala nurse melepaskan jarum suntikan dan terus senyap bilamana Abah mengambilnya daripada ribaan Ummi. Ok done. G klinik nak timbang berat pula pada 311012 nanti. Cukup setahun baru Honey kena cucuk lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.6

WW: ANAK SOLEHAH

Insya Allah  :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

WW: 4 RAMADAN

Assalamualaikum...
24712
Aktiviti hari ini. Masak Ayam Masak Kicap dan Telur Dadar untuk bersahur. Baca *saya tipu* belek-belek majalah bulan Julai dan majalah RASA. Mr. Hubby belikan lauk berbuka di Greenwood coz dia ke KL today.
Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.6