Wednesday, September 26, 2012

HONEY : 8 BULAN

Assalamualaikum...
Diari Honey Ummi teruskan di usia menjengah 8 bulan ini. Honey berusia 242 hari today.
* (26812) Bangun menyusukan Honey at 3.30 am.
* Honey sudah yakin DUDUK sendiri.
* Hobey ikut Hubby keluar beli breakfast. Seronoklah sangat!
* Honey menangis kalau nampak Abahnya keluar rumah. Mahu ikut sama letew! Lepas bf, terus dia tidur.
* Beli Bubur Nasi di Marrybrown. Suap untuk Honey juga. Hari ni Honey kuat makan. Nestum juga Bubur Nasi.
* (27812) Bangun bf at 2.30 am. Merengek juga menangis.
* Honey melasak satu rumah. Tarik kain langsir, tarik wayar, panjat kerusi, cari Ummi sampai ke bilik air. Tapi tak menangis pun. Muka senyum saja.
* Honey sudah boleh MERANGKAK!
* Honey menangis tak mahu tidur di bilik atas.
* (28812) Bangun bf at 2.30 am.
* Honey melasak memanjat kerusi bagai. Cari Ummi di dapur.
* Honey susah nak tidur. Kena berulit segala.
* (29812) Bangun bf at 2.30 am.
* Masak Bubur Nasi sambil mendukung Cik Honey. Meragam dan merengek.
* Sebelah malam Honey nak Ummi berbaring di sebelahnya saja. Dok panjat-panjat badan Ummi. Meragam betul budak kecik nie!
* Aunty Aimi datang ke rumah menghantar Sotong. Honey merangkak keluar rumah. Terkejut Aunty Aimi dibuatnya. Bila T ambik dukung Honey, suruh kiss Abang Faiq, anak Aimi, terus dia kiss Faiq di pipi. Hehe... Tergamam Abang Faiq ye dibuat Honey?
* (30812) Bangun bf at 3.30 am.
* Honey bangun dari tidur terus berdiri di sebelah tilam. Tersenyum-senyum memandang Ummi.
* Kelakar tengok Honey tunggu Ummi keluar toilet. Bersandar tepi tilam. Bila Ummi keluar, terus dia menerkam ke arah Ummi. Tergelak galak sekali. Agaknya dia pikir apalah Ummi dok buat dalam toilet tu ye? 
* Masak Bubur Nasi for Honey.
* Honey meragam Ya Rabbi! Menangis kuat! Lepas pasang zikir-zikir dan bf, baru dia tidur.
* Suap Bubur Nasi pada Honey. Nak Abang Adib duduk di hadapannya. Habis semangkuk kecil dan bersendawa kuat. Alhamdulillah.
* Honey susah nak tidur. Akhirnya tertidur selepas Kak Ngah ulitkannya.
* (31812) Bangun bf at 3.30 am.
* Honey dok berdukung dengan Abahnya sepanjang dok shopping barang dapur di TF Temerloh.
* Kepala Honey terhantuk di kerusi meja makan. Adoi! Sakitnya my sayang! Lasak sangatlah pun!
* Honey melasak nak dengan Ummi saja.
* Masak Bubur Nasi for Honey.
* (1912) Bangun bf at 3.30 am dan 4.30 am.
* Lepas mandi, makan Nestum jatuh pula kepalanya di atas lantai. Dari dok berpegang di kerusi. Lasaknya budak ni! Dahlah today 2 kali Honey dok buang air besar!
* Menangis lagi. Kali ni terjatuh ketika berpegang di jeriji pintu. Adush!
* Masak Bubur Nasi for Honey.
* Honey meragam. Mengamok menangis kuat! Adoi, tak larat!
* Bawa Honey keluar naik car g beli makanan for dinner. Naik car baru senyap tak menangis dah.
* (2912) Bangun bf at 2.30 am.
* Kira duit raya Honey. Dapat RM300.00. Alhamdulillah.
* Honey mengamok today! Pas bf teros tidur. Lama pulak tu dia tidur, dari 5.30 pm hingga 7.30pm. Honey Honey. Kuat sangat mengamok apasal? Apa saja yang tak kena. Nak Ummi dok baring saja dengan dia tanpa berbuat apa-apa. Dok baring dan main-main dengan dia saja.
* (3912) Bangun bf Honey at 2.30 am.
* Honey jatuh 3 kali today. Melasak tak hingat budak kecik ni tau!
* Honey tak mahu makan Bubur Nasi dia. Nak makan makanan yang kami semua makan. Haip!
* Semakin laju merangkak.
* Honey gelak kuat bila tengok me dok gelak. Cute sangat!
* Banyak nyamuk gigit Honey! Hish! Geramnye aku!!!!
* Masak Bubur Nasi sambil main dengan Honey. Tak boleh Ummi hilang daripada pandangan matanya. Dia akan menangis bila tak nampak bayang Ummi. Oh parok!
* (4912) Bangun bf at 2.00 am & 4.00 am.
* Honey tolong Ummi berkemas rumah. Tak diam sekali. Siap 'berkemas' terus tertidur sendiri. Penatlah tu! :-P
* Honey tertidur selepas menangis tengok Abang Adib dan Kak Ngahnya dok makan. Dia pun nak join makan jugek! Adoila!
* 2 kali Cik Honey memberak today. Too boosuk! Ayo!
* (5912) Bangun bf at 2.30 am & 3.30 am.
* Honey makan Nasi Arab yang Abahnya belikan di Restoran Hadramawt. Dia suka sangat!
* (6912) Honey bangun bf at 2.30 am & 6.00 am.
* Honey nak bertepek duduk w me saja.
* Honey makan Puding Mangga dan Nestum sambil duduk. Makan w Abah dan Kak Ngahnya.
* Family mertua sampai dari Kelantan. Honey menangis mula-mula tengok diaorang. Lama sikit baru ok! Apalah anak Ummi ni! Takut tak tentu pasal aish!
* (7912) Bangun bf at 2.30 am & 3.30 am.
* Honey tak mahu duduk di dalam car seat sambil berbaring. Dia duduk saja. Tersengih-sengih dapat naik car!
* Honey nak makan apa saja yang kami makan. Me bagi je dia rasa semua makanan.
* (8912) Bawa Honey makan di Restoran SZ Rahmah. Mak Ngah cakap Honey putih  :-)
* Honey duduk diam di kerusi makan sambil kami dok makan.
* (9912) Honey bangun bf at 3.30 am & 5.00 am.
* Beli groceries di Star Mall, Mentakab. Honey berdukung dengan Abahnya.
* Lunch di Kenny Rogers Roasters. Ummi suapkan Bubur Nasi yang dibelikan di Mc Donald. Tsk sesabar nak makan Bubur Nasi budak ni! Siap tampar-tampar kerusi minta Ummi cepat-cepat suapkan makanan!
* Purata sehari penggunaan diaper Honey ialah 4-5 keping. Me guna brand Drypers.
* Honey teruja bila dok tengok makanan yang terhidang di depan matanya. Mulutnya akan berbunyi "emmmmmmmm" bila tengok makanan! Hehehe kamu ni Honey! Yoyo ooo saje. Selera kuat benor!
* Honey still melasak walau lampu sudah ditutup.
* (10912) Bangun bf at 3.00 am & 4.00 am.
* Honey bangun berjaga juga bila Ummi dok bangun for bersahur.
* Honey tertidur semula at 7.30 am. Tertidur sendiri.
* Ambik Adib di sekolah. Nur cuti sempena UPSR. Cakap dekat Honey "Honey dok rumah ye? Tinggal dengan Kak Ngah". Teros menangis dan merajuk berpaling muka pada Ummi. Hamboi-hamboi dia! Bila Ummi bawak naek car, muka tu manis tersenyum.
* Honey diam je bila Ummi dok tunjuk video-video dia via my Blackberry Torch.
* Baring-baring w Honey Madu.
* Dua kali kebocoran air kencingnya today. Honey Honey...
* (11912) Bangun bf at 3.00 am.
* Honey menangis nak ikut Abah g office.
* Honey menyembur Nestum yang Ummi suapkan.
* Abah balik ambik kids di sekolah. Honey menangis lagi bila Abah nak pergi kerja. Aduh duh!
* (12912) Bangun bf at 3.00 am.
* Layan Honey makan Nestum. Menyembur-nyembur dia!
* Honey merengek menangis nak tidur. Lepas pasang kid's video baru dia tidur. Tidur selama 2 jam. Bangun dari tidur terus merangkak ke pintu. Pantang tengok pintu terbuka. Kalau pintu tu terbuka, maksudnya nak keluar g berjalan. Ah Honey!  :-P
* Abang Adib ajar baca buku Sains. Galak dok ketawa dan menyembur-nyembur air liur.
* (13912) Honey memberak sangatlah busuk. Tulah Honey. Awak dah makan macam-macam. Hehe..
* (14912) Plan nak g Penang tapi our car rosak di R&R Rawang. Bermalam di Hotel 77 di Bukit Beruntung. Poor Honey. Penat dia dok ikut kami berjalan.
* (15912) Honey bangun bf at 3.30 am.
* Kami ke Selayang (rumah my BIL) dan tidur di rumah my SIL di Symphony Heights. Adik-beradik Hubby, anak-anak sedara ramai dok main dan layan Honey.
* (16912) Honey bangun bf at 3.30 am.
* Masak Bubur Nasi for Honey.
* Honey pertama kali g berenang today. Berenang di rumah my SIL. Diam je dia dalam kolam renang. Hehe so comel!
* Honey makan Bubur Nasi Mc Donald for lunch.
* Bawa Honey ke Rawang berjumpa my lil brother.
* Bawa Honey berjalan di I-City, Shah Alam. Ralit dia dok tengok lampu warna-warni.
* (17912) Hobey tak bangun bf langsung! Penat barangkali. Haha...
* Bawa Honey ke Bangsar, lunch di Selayang dan pulang ke rumah. Naik Unser my BIL. Kereta kami masih di bengkel di Rawang.
* (18912) Honey bangun bf at 3.30 am.
* Honey dah tak mau sangat makan Bubur Nasi.
* (19912) Bangun bf at 3.30 am.
* Honey makan Nestum sikit sahaja.
* Honey cerdik sangat. Dok main sorang-sorang dengan mainannya.
* (20912) Honey bangun bf at 3.30 am dan 6.30 am.
* Honey dah mula meniti di kabinet tv tempat dia berdiri.
* Honey makan Bubur Nasi Marrybrown.
* Honey naek tangga. Sudah separuh tangga yang dia naiki. Abah tunggu siap sedia di belakangnya.
* (21912) Honey bangun menyusu at 3.30 am dan 6.00 am.
* Mandikan Honey. Suapkan Nestum seperti biasa. Tengahari dan malam suapkan dia Bubur Nasi.
* Honey tidur lepas bf. Perut kenyang baru boleh tidur okey?
* Setiap kali tukar diaper, mandikan dia teros. Biar anak Ummi wangi sentiasa.
* Honey amat galak bila lihat Abahnya pulang dari kerja. Dan yang paling penting, Abah kena buka baju coz Honey akan merengek nak ajak Abah g berjalan-jalan. Huh! Over tau! Bosan dok rumah ye sayang?
* Suka meniti dan berpegang di kabinet tv.
* Kuat menjerit today. Sampai terbatuk-batuk dibuatnya!
* Kalau ada orang ambik dan dukungnya, dia akan cuba pegang mulut dan mata orang tersebut. Berhati-hatilah iye kepada sesiapa nak mendukung Honey!
* Honey dok cuba pegang mulut sepupunya, Naufal, anak my lil brother, Nizam. Menangis Naufal dibuatnya. Bila Naufal dah diam, dia tolak Honey pula. Haish budak-budak ni! Balas-membalas pulak mereka iye?
* (22912) Honey bangun bf at 3.30 am.
* Bawa Honey ke sekolah Adib. Ada taklimat tentang kemasukan ke asrama penuh. Cikgu-cikgu & my friends geram nak mendukung Honey.
* Lunch di rumah my Kak Long.
* Balik dari rumah Kak Long, Family Ayah Saudara datang bertandang ke rumah. My Abah pun ada sekali. Baru keluar dari hospital. Honey ok je ada ramai orang datang ke rumah.
* Lepas tetamu pulang, suap Honey makan Bubur Nasi Mc Donald, mandikan, bf dan Honey terus tidur. Me pun dapat berehat. Oh best!
* Suap Honey makan Roti Gardenia cicah Air Milo. Makan banyak juga. Sampai dia sendawa.
* (23912) Honey bangun bf at 3.30 am.
* Suap Honey Roti Gardenia cicah Air Milo.
* Sebelah petang keluar dinner di Mentakab. Tokey kedai bagi diskaun kami dok makan. Dari RM85.00 ke RM80.00 dan beri Honey RM5.00. Thank you. Thank you. Thank you!  :-)  Dan ke The Store. Beli barang dapur sikit juga Bubur Nasi for Honey.
* (24912) Bangun bf at 3.30 am.
* Honey tak mahu makan Nestum dah. Menyembur-nyembur dia.
* Keluar dinner di Restoran Tomyam Timur di Batu 1. Sebelum itu beli Bubur Nasi Marrybrown for Honey. Lepas makan singgah beli barang dapur di Tunas Manja.
* Honey faham bila Abahnya tepuk-tepuk bantal dan cakap "baring tidur sini"! Honey terus baring di atas bantal tersebut.
Hehehe pandhainyer dia!
Published with Blogger-droid v2.0.9

WW: JAMU RATU MALAYA

Baru tengok iklannya di Wanita Hari Ini. Macam best. Nak trylah nanti! Ngeeeeee

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 19, 2012

CUTI TAK JADI

Assalamualaikum...

140912
Bekalan yang dibawa. Spaghetti Bolognese, Fettuccine Carbonara, Sandwich Sardin, Kopi 'O' dan Air Masak.


Di Hentian R & R Rawang. Masa ni our car dah rosak.


Hotel 77 Bukit Beruntung

Bilik Kak Long dan anak-anaknya


Bilik kami yang terletak bersebelahan cuma







Dinner yang my Kak Long beli di Pasar Malam Bukit Beruntung


150912
Sarapan di Restoran Sukho Thai yang terletak di belakang hotel. Sedap rasa semua makanannya.




Honey w her aunt, my biras, Shikin


Kami di NSK, Selayang


Masak-masak di rumah my SIL, Ida at Symphony Heights. Terima kasih tuan rumah!


Ayam Goreng Sedap!


Sepupu-sepupu yang join Honey makan Bubur Nasi.


Cempedak Goreng w Milo 'O' Ais. Yummeh!

160912
Sarapan. Mee Goreng, Nasi Goreng dan Nescafe 'O'. Alhmdulillah.

Me w tudung Pearl Haya kesukaan...

Budak ini diam saja di dalam kolam renang! Hehehe... Sukalah tu!




Anak-anak saudara Hubby yang sedang bermandi-manda...


Lunch di rumah my BIL, Abang Long dan Kak Long di Selayang. Terima Kasih tuan rumah!


Hubby. Masa ni menunggukan my brother pulang dari kerja di Perodua Rawang.

W my lil brother, Nizam. Terima kasih menolong kami.


Balik ke rumah my SIL di Symphony Heights, makan dan berehat. My biras goreng Keoy Teow.


Kami di I-City, Shah Alam. 2 tahun tidak ke sini. Banyak yang dah berubah. Akan datang lagi nanti.









Rombongan Cik Kiah. 3 buah kereta.



Hubby's open table. Satay Ali. Our late dinner.

170912
Biskut dan air kotak untuk Amar, Amer dan Umar. 3 kanak-kanak yang handsome bangat!


Domino's Bangsar



Restoran Mahbub, Bangsar. Restoran MZ Darul Naim, Kg. Baru. Tapau foods for lunch.


Selepas lunch dan solat Zohor di Selayang, kami pun pulang ke rumah.


Dinner yang dibeli di Pasar Malam. Terima Kasih my BIL, Abang Long dan Kak Long yang sudi menghantar kami pulang ke rumah. Jasa kalian sekeluarga tidak terbalas. Terima Kasih juga buat my BIL, Abang Zaid dan biras, Shikin. My SIL, Ida dan Shaiffu. My SIL, Eryn and my lil brother, Nizam. Tq so much!
Sayang korang semua! Terima Kasih!
Walau cuti yang kami rancang untuk ke Penang tak menjadi, biarlah pun. I had a great time w my family in law. Masa inilah nak menumpang susah sesama kami. Biasanya dok syok huhahuha saja. Peristiwa ini akan ku kenang sampai bila-bila. Sayang korang. Tak ada rungutan. Tidak berkira mahu membantu. Daku cukup terharu. Bertuahnya aku dikurniakan ahli keluarga seperti kamu, kamu dan kamu!