Wednesday, January 09, 2013

HONEY: 11 BULAN

Assalamualaikum...

Ini merupakan entry yang ke 1000 di dalam blog ini. Hmmmm... Teruja!

Menjengah ke usia 11 bulan. My darling Honey...

251112:

* Honey tidur sekitar jam 1.30 pagi. Layan Running Man juga w me.
* Bf at 3.30 pagi. 6.00 pagi.
* Breakfast Ummi suapkan Honey Nasi Lemak.
* Lunch di Restoran Ali, Mentakab. Suap Honey makan Nasi Beriani. Tak duduk diam. Badan berpusing-pusing.
* Ke Starmall. Abah dukung Honey dan Ummi cari barang-barang dapur.
*Galak dok dalam car dok teleng2 kepala bergurau dengan Abang Adib, Kak Ngah dan sepupunya, Kak Jah.
Honey dok hisap ibu jari kaki. Apakah?

261112:

* Honey tidur at 1.30 pagi. Bangun menyusu at 3.30a.m & 6.30a.m.
* Suap Honey makan Laksam.
* Honey melasak. Dok sebut "Am, Am".
* Masa tengok drama Adam & Hawa dok sebut "Am, Am". Penangan Adam Mukhrizlah ni!

271112:

* Honey bangun menyusu at 3.30 a.m & 6.00 a.m.
* Suap Honey Scramble Eggs.
* Basuh dan jemur kain. Honey "tolong" sama.
* Honey makan Bubur Nasi sikit saja coz too sleepy. Bangun dari tido, sambung makan lagi.
* Malam makan Bubur Nasi.
* Buat perangai. Melasak dan menangis nak dengan Abah saja.

281112:

* Honey tidur at 1.30a.m.
* Ke KL. Singgah makan di Restoran Nasi Ayam Tat di Prima Sri Gombak. Honey tak mau duduk dengan Ummi. Nak duduk dengan Abah. Sakit badan Ummi dia tak duduk diam. Berpusing badan ke kanan ke kiri.
* Singgah ke Pejabat Tanah Petaling. Mulutnya too "bising" so Ummi tunggu Abah buat kerja di luar saja.
* Ke Carrefour Wangsa Maju. Lepak minum dan suap Honey makan di Dunkin Donuts.
* Ke Bangi. Singgah dinner di Restoran Sup Urat Ketin bersama-sama staff Hubby. Kami mahu bercuti ke Vietnam esok.
* Menangis tak mahu makan Nasi Goreng Cina. Makan sikit aje. Nak berdukung dengan Abahnya.
* Ambil bilik di Hotel Aeton, Nilai. Honey melasak di dalam bilik.

291112:

* Honey bangun menyusu 4-5 kali. Last sekali menyusu at 5.30a.m.
* Bangun tidur sambil tersenyum-senyum.
* Abang dan Kak Ngah bising, dia pun sama nak join.
* Honey menangis. Bosanlah tu.
* Ke LCCT, Sepang. Check-in bagai.
* Breakfast. Suap Honey Nasi Lemak w Telur Rebus.
* Fly to Vietnam. Honey duduk beriba dengan Ummi. Menangis masa Abahnya datang menjenguk kami. Semasa kapal terbang bergegar tatkala merempuh awan pula, dia boleh menggelekek suka! Selepas bf, Honey tidur sampailah ke Ho Chi Minh City, Vietnam.
* Naik taxi ke Hotel Thanh Thu, Honey duduk beriba dengan Abah.
* Berehat di dalam bilik. Honey tak meragam. Cuma melasak sahaja. Belah malam baru keluar berjalan kaki ke restoran dan Ben Thanh Night Market. Honey berdukung dengan Abah. Honey berat. Ummi malas nak dukung dia! Hehe. Sakit pinggang tau dukung ini budak. Nampak je badannya kecil tetapi beratlah sangat!
* Sebelum pulang dari Pasar Malam, pekena minum Air Kelapa Muda. Honey minum juga.

301112:

* Honey bangun menyusu at 3.30 a.m & 6.00a.m.
* Breakfast at Restoran Melayu. Suap Honey makan Nasi Lemak.
* Honey galak dok main bergurau w anak staff yang berumur setahun setengah.
Dok peluk & kiss anak bujang staff Hubby tu, si DD. Amboi kamu Honey! Tak behave ye anak dara ni?
* Sementara Ummi shopping dalam Pasar Ben Thanh, Honey dok berdukung dengan Abah.
* Siap shopping kain cotton, kami masuk ke bilik. Menyusukan Honey dan tidur berehat. Anak Ummi penat tu.
* Sebelah petang, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar hotel. Singgah lepak di taman. Mujur Honey ok tak beragam walau berjalan jauh. Berhenti sekejap di sebuah supermarket yang ada kipas besau. Tumpang kipas supermarket tu sekejap sebelum meneruskan perjalanan pulang ke hotel.
* Lepak makan dan minum di Kedai Makan Hjh. Basiroh. Ummi suap Honey makan Nasi Goreng. Beli di Restoran Melayu yang terletak bersebelahan.
* Masuk ke dalam bilik sekejap. Honey dah meragam. Merengek dan tak duduk diam. Lepas tukar lampin, kami keluar ke Pasar Malam lagi.
* Seperti malam tadi, malam ini selepas shopping kami pekena Air Kelapa Muda lagi. Sejuk dan manis. Honey dok teguk sama. Cute je tangannya dok pegang buah kelapa dan meneguknya berulang kali.
* Beli Kuih Donut dengan seorang kakak ni. Beli di hadapan hotel. Dia berniaga dengan menaiki sebuah motosikal. Donutnya gebu dan sedap. Honey makan sebiji.
* Honey merengek menangis ajak Ummi tidur. Selepas menyusu, dia pun lena.

11212:

* Bangun menyusu at 3.30a.m & 6.00 a.m.
* Breakfast Nasi Lemak w Honey.
* Kami ikut Tour Mekong. 2 jam perjalanan menaiki bas dari hotel kamu menginap. Honey lena je dalam perjalanan pergi dan pulang. Sambil tu ada ketika dok panjat-panjat badan Ummi sengih-sengih kepada orang-orang di belakang. Ada sessi menaki bot panjang, minum Air Madu, makan buah-buahan, menaiki sampan, ke tempat membuat gula-gula Kelapa, menaiki kereta kuda dan pulang semula ke darat menaiki bot panjang tadi. Semuanya dilakukan bersama si kecil Honey. Mujur dia tidak meragam bagai coz cuaca panas terik. Sangat! Alhamdulillah! Aktiviti menarik ini kami lakukan bersama-sama.
* Balik ke hotel tetapi sebelum itu mengakhiri tour ini kami menjamu selera dahulu di Restoran Champa milik Hj. Halim. Suap Honey makan Nasi Putih w Telur Dadar.
* Balik berehat di dalam bilik. Dalam pukul 9.30 malam, kami berjalan ke Pasar Malam Ben Thanh untuk kali terakhir.
* Beli Donut lagi untuk Honey. Kami makan Koey Teow Sup w Kopi Ais ini malam.

21212:

* Breakfast di Kedai Makan Hjh. Basiroh dan ke Pasar Ben Thanh lagi. Dalam dok memusing nak cari barang Honey dah mula mengamuk-ngamuk. So Ummi dan Abang Adib balik ke bilik. Abah & Nur sambung bershopping. Layan dia menyusu dan kemudiannya tidur. Ummi pun baring tidur sekali.
* Check out bilik dan tiba masa kami pulang ke Malaysia. Ummi jaga Honey sementara Abah settle semua bagasi. Honey punya meraung dan menangis masa check dengan pihak Imigresen Vietnam. Hadoilah anak! Pegawai yang bertugas meletakkan jari di mulutnya pada Honey. Tanda suruh diam. Tak adanya diam, lagi dia meraung! Lepas menyusu, Honey pun tidur. Naik ke dalam flight dia tersedarlah pula coz bunyi enjin yang bising. Ha ko! Sekali lagi dia baik punya meraung! Say sorry kepada penumpang dari Australia yang duduk di sebelah T. Dia cakap tak apa dia faham coz dia seorang cikgu. Selepas menyusu, Honey tidur lena sampailah je Malaysia. Mujur!
* Sampai di LCCT Sepang at 7.00p.m. Alhamdulillah. Honey tak mau berdukung dengan Ummi masa check ngan pegawai Imigresen. Nak berdukung dengan staff Hubby. Puas Ummi pujuk nak dukung. Tak mahu dia. Mengada tau!
* Dalam perjalanan pulang, sebelum singgah makan di Restoran Taqwa di Sri Gombak, sekali lagi Honey menangis meraung. Oh tensi!
* Suap Honey makan Nasi Putih w Ayam Goreng.

31212:

* Sampai di rumah sekitar jam 12.30a.m.
* Honey tidur dari dalam car lagi. Mujurlah!
* Bangun menyusu at 3.30a.m.
* Me tak buat kerja rumah pun today. Honey menangis-nangis tak mahu berenggang.
* Sebelah malam ke Secret Recipe. Sambut birthday anak saudara Hubby. Sebelum masuk ke SR, suapkan Honey Nasi Lemak w Ayam Goreng dulu di dalam kereta. Bagi anak Ummi ni makan kenyang-kenyang.

41212:

* Bangun menyusu at 3.30a.m & 6.00a.m.
* Suap Honey makan Nasi Putih w Ayam Percik.
* Oleh sebab pagar di tangga tidak ditutup, maka anak dara Ummi naik tangga secara senyap-senyap. Dah sampai je tangga atas dah pun. Mujur sahaja tidak jatuh ok? Ha! Lasaknya dia!
* Tapau Nasi Lemak w Satey. Suap pada anak kecil kesayangan ni!

51212:

* Bangun bf at 3.30, 4.40 & 6.00a.m.
* Honey duduk diam dengan Kak Ngah dalam car. Manja je terlentok. Abang Adib keluar beli foods for lunch.
* Suap Honey Bubur Nasi.
* Honey menangis. Bagi susu dan tidur.
* Dinner pun Bubur Nasi for Honey.

61212:

* Bangun menyusu at 3.30 a.m & 6.00a.m.
* Ke Putrajaya. Honey main slide di Pejabat Tanah dan Galian. Galak dia dok menegur staff di ofis tu. Bila orang datang dekat dan menegurnya, mulalah dia malu-malu nak lari.
* Ke Wangsa Walk. Tukar diaper Honey di dalam toilet.
* Masa dinner di Restoran Mak Jah Mee Udang, Wangsa Maju, me riba Honey. Dia tidur pula. Letih berjalan jauh agaknya today.
* Tapau Nasi Goreng. Suap Honey di dalam car sebelum pulang ke rumah.

71212:

* Bangun bf at 3.30a.m & 6.00a.m.
* Honey boleh berdiri dan berpegang dengan tangan Kak Ngah pada sebelah petang. Sebelah malamnya pula, Honey berdiri dan melangkah 2 tapak all by herself! Ummi teruja amat! Happy tidak terperi!  Apalagi, postlah gambarnya ke Facebook sekali!
* Hubby balik dari Kuantan dan beli Ikan Siakap Tiga Rasa di sini for dinner. Suapkan Honey coz ikan diasingkan dengan kuahnya.

81212:

* Bangun bf at 3.30a.m & 6.00a.m.
* Ke Wangsa Maju. Ajak family mertua makan di Restoran Al-Edrus. Nasi Arab sedap di sini. Suap untuk Honey dahulu. Dah sudah, baru me makan pula.
* Ke Giant Batu Caves pula selepas makan. Cari bahan-bahan untuk me masak Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak. Sebelum datang KL tadi ada belikan Ikan Patin dan Ikan Talapia.
* Ke rumah my Sil di Symphony Heights, Batu Caves. Tidur di sini tonite.
* Honey galak duduk main bersama sepupu-sepupunya. Semua rajin melayankan kerenahnya yang berbagai tu.

91212:

* Honey bangun menyusu at 4.00a.m & 6.00a.m.
* Suap Honey makan Nasi Putih, Kicap Manis dan Ikan Talapia Goreng. Me settle masak Gulai Ikan Patin Tempoyak w Sambal Tempoyak also.
* Ke Rawang. My lil bro buat Majlis Aqiqah his son. Jumpa my siblings di sana. Honey manja w her Pak Lang. My Bil.
* Dari Rawang kami je Aeon 1 Utama. Jalan-jalan cari penat ;-)
* Dari Aeon 1 Utama, kami je Selayang pula. Rumah my Bil. Pak Long. Tidur di sini tonite without Adib & Nur. Mereka tidur di Symphony Heights. Hubby dah penat nak drive balik ke rumah my Sil. Honey makan Nasi Ayam. Kemudian bila perut dah kenyang, sangat suka hati lalu bermain tak sedar diri sampailah terhantuk dahi ke dinding tempat me bersandar. Aduyai!

101212:

* Honey bangun menyusu banyak kali juga. Menangis dan merengek pulaknya.
* Ke Putrajaya. Hubby ada kerja di PTG.
* Tunggu Hubby settle kerja dalam car. Honey tidur pada mulanya. Bila tersedar menangis-nangislah pula. Bila Ummi cakap, "Ummi letak tepi longkang tu nak?" Lagi kuat dia meraung ko! Faham jer kita cakap apa.
* Lepas Hubby settle kerja, kami ke Hotel Marriot. Ambik my Sil nak lunch di Alamanda. Sampai di Alamanda, sampai lagi seorang my Sil dan 3 orang anak-anak saudara Hubby. Lunch di Rasa. Me share Nasi Ayam w Honey. Jalan-jalan di Alamanda dan sebelum pulang, susu dan tukarkan diaper Honey. Dok menangis tak selesa dan lapar ini budak.
* Balik tidur di rumah my Sil di Symphony Heights.

111212:

* Bangun menyusu at 3.30a.m & 6.00a.m.
* Honey berjalan makan angin sampai ke Port Dickson today. Bermalam di Institut Latihan Fama. My Bil ambil 2 Apartment yang setiap satunya mempunyai 2 bilik.
* Honey mandi di kolam renang w my Biras. Masuk ke bilik, mandikan dia. Menyusu dan terus tidur sampai ke pagi.

121212:

* Walau Honey tidur tetapi kerap bangun menyusu. Tetapi tak bangun berjagalah. Bangun untuk menyusu sahaja.
* Cari foods di luar selepas memasak nasi. Naik car my Bil. Honey, my Biras riba di depan. Bila dengar suara me di belakang, ligat dia mencari! Tetapi Ummi menyorok di belakang. Bila dia merengek, my Biras tepuk-tepuknya sehingga dia tertidur. Selepas breakfast, kami pun check out bilik.
* Singgah di The Mines. Ada pameran buku, Big Bad Wolf. Sementara Ummi memilih buku-buku, Hubby bawa his daughters main game di tingkat atas. Dah settle bayar harga buku-buku, kami ke mallnya pula. Masuk ke dalam car dan menyusukan Honey dahulu. Lunch me suap Honey Nasi Ayam. Itu ajelah yang mudahnya. Ambik makanan yang boleh disuap kepada Honey too.
* Order Durian Crepe dengan kawan Hubby. Suap kepada Honey juga. Dia makan apa sahaja kecuali yang pedas tu tidaklah. Pernah suap Nasi Goreng di SR, me rasa tak pedas. Tetapi bila dia dah rasa, air mata terus bergenang ko! Kesian anak Ummi!
* Balik ke rumah my Sil di Symphony Heights. Dinner my Biras suapkan Honey nasi. Ibu Shikin rasuah Honey suruh geleng-geleng kepala baru disuapkan Honey nasi. Anaknya Mamat, dok nyanyikan lagu Oppa Gangnam so Honey mulalah menari geleng-geleng kepala. Ikut ajelah kawan tu permintaan Ibu Saudaranya. Hehe...
* Pulang ke Temerloh. Sebelum keluar dari rumah my Sil, Honey kiss pipi semua orang. Oh so sweet! Honey tak mau berbaring tidur di belakang. Nak beriba dengan Ummi saja.

131212:

* Honey bangun menyusu at 3.30a.m & 6.00a.m.
* Breakfast suap Honey makan Laksam.
* Today sangat manja dengan Ummi. Lentok-lentok kepala dekat lengan Ummi sambil tersengih-sengih kenyit hidung coz nak suruh basuh berak dia. Amboi! Pandai!
* Bagi Honey makan Ice Cream Goreng dan Buah Lai. Dia suka!
* Honey cerdik je dok manja-manja dengan Ummi. Kiss-kiss mulut Ummi.
* Sudah tumbuh gigi bawah di bahagian tengah.

141212:

* Bangun menyusu at 3.30a.m & 6.00a.m.
* Suap Honey Bubur Nasi. Ke KL. Tunggu Hubby settle kerja dalam car. Honey main sorang-sorang je. Berdiri tak mahu orang pegang.
* Ke Plaza Low Yat then lunch di Kopi Club. Dari situ kamu terus ke Aroma Ikan Bakar di Jeram, Selangor. Dinner w adik-beradik Hubby. Suap Honey makan Nasi Putih w Udang Mentega. Dan kemudian bermalam di rumah my Sil di Symphony Heights. Honey happy je dapat mainan Magic Ball. Her cousin yang belikan. Galak bermain sampai je ruang dapur. Di bawah meja makan pun jadi!

151212:

* Honey bangun menyusu at 3.30a.m & 6.00a.m.
* Honey makan angin ke Sungkai, Perak today. Tidur je dalam car. Cuaca pulak mendung so tidur adalah sangat-sangat best!
* Breakfast Nasi Lemak. Kami tinggal di Homestay Klah yang dah Hubby tempah awal. Sebelah petang, kami je Hot Springs Sg. Klah. Bawa Honey main air. Mandi-manda. Happy tengok Honey happy dapat main air.
* Balik ke homestay awal dari yang lain coz Honey dah merengek-rengek. Mandikan dia, menyusu dan terus tertidur dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Bila bangun, me suapkan dia makan Nasi Putih w Ayam Goreng.
* Bila nak tidur semula, dia tarik plastik yang ada di kepala katil. Bila me cakap no dan tepuk tangannya, dua tepuk-tepuk tilam pula. Amboi melawan! Lama-lama dia tertidur sendiri.

161212:

* Bangun menyusu at 3.30a.m & 6.00a.m.
* Breakfast suap Honey Nasi Goreng. Check-out dari Homestay Klah.
* Singgah di R & R Behrang. Honey memberak. Busuk ooooo! Then me suap Honey makan Nasi Putih w Ikan Kembung Goreng berkuah Sayur Pucuk Manis Lemak Putih.
* Kami terus ke Mid Valley. Cari baju-baju sekolah Kak Ngah. Menangis pulak si kecil ni so masuk ke toilet menyusukan dia. Kemudian kami ke Dominos. Honey merengek dan menangis time makan. Nak berjalan-jalan. Tak mahu duduk makan. Alahai! Yo yo ooo aje tau!
* Ke rumah my Sil di Symphony Heights. Pukul 8.30 p.m gerak balik ke Temerloh. Abang Adib dan Kak Ngah follow my Bil ke Sg. Rambai, Melaka.
* Seperti biasa, Honey tak mahu berbaring di belakang atas tilam. Nak Ummi yang ribakan dia.

171212:

* Bangun menyusu at 3.30a.m & 5.30a.m.
* Pergi kedai beli breakfast dengan her Abah. Suap Honey makan Laksam.
* Baring tidur saja w her. Tak bagi Ummi buat kerja rumah. Tak boleh berenggang dengan Ummi langsong!
* Abah bawa balik hamper untuk Honey. Ada orang berikan kepada Hubby.
* Keluar ke Pasar Malam dalam kawasan perumahan ni. Cute je kedua belah tangan dia dok pegang payung. Ummi tunggu dalam car saja. Honey Hubby dukung ke Pasar Malam. Me malas keluar bersesak-sesak.
* Suap Honey Bubur Nasi for dinner.

181212:

* Bangun menyusukan Honey at 1.30a.m.
* Me tersedar coz bunyi yang dibuat Honey at 4.15a.m. Letak dia di atas bantal then tersedar lagi coz bunyi dia macam tercekik. Bila me angkat, Honey terus muntah! Ya Allah, cemas betul! Kesian tengok mukanya macam lemah saja. Bagi dia minum Air Masak. Baring bergolek-golek dan kemudian muntah lagi. Semua ni berlaku dalam masa satu jam. Risaunya Ummi kalau tengok anak-anak Ummi macam ni. Sakit tak bermaya. Ummi sedih. Ummi takut!
* Honey ikut Abah g beli breakfast. Suap Honey makan Laksam. Bye-bye pada Abah sebelum Abah g kerja. Dah boleh ikut arahan bila kami suruh dia geleng-geleng kepala, bye-bye, buat flying kiss sambil mulut berbunyi "muaaaahh", kenyit-jenyit hidung bila cakap "busuknya"!, tepuk amai-amai, main ciku-cak dan bila orang tepuk bantal suruh dia tidur, dia pun tepuk sama bantal tu. Suka ikut perlakuan orang. Me tepuk perut, dia pun tepuk jugak perut Ummi dia.
* Lunch makan Bubur Nasi.
* Berak sampai terkena seluar dan toto. Yek!
* Tidur lama tengah hari tadi.
* Nampak Abahnya pakai baju, dia bergegas terus ke pintu. Nak g berjalanlah tu. That's why Abah tak berbaju ketika berada di rumah. Nanti dia fikir Abahnya nak pergi keluar berjalan!
* Honey muntah lagi masa Maghrib tadi.

191212:

* Bangun menyusu at 4.00a.m & 6.00a.m.
* Suap Honey Sup Cendawan. Dia tak mahu. Suap pula Biskut w Hot Milo. Kemudian berak cair.
* Abah hantar toto-toto yang kotor ke kedai dobi. 4 kesemuanya. Me memang stand by je hamparkan toto di ruang tamu coz senang nak berbaring golek-golek w Honey nanti.
* Honey berak cair masa tidur. Terkena toto lagi. Hantar toto ke dobi pula.
* Galak je bila Abah balik dari Kuantan. Hubby ajak g Kuantan juga today tapi me tak mahu. Mujur tak ngikut coz Honey berak-berak.
* Masa orang solat, dia pun solat. Sujud cium sejadah jugak.
* Dinner di Tawan. Kami duduk bersila di meja rendah so Honey bebas merangkak ke sana sini. Habis dikacaunya orang-orang di sekitar meja. Selamba aje pegang bahu, peha orang. Sengih-sengih gatal, kenyit-kenyit hidung dan menari- nari sambil berdiri. Semua orang dok pandang ke dia.

201212:

* Menyusu at 1.30a.m, 3.30a.m & bangun berjaga at 6.00a.m. Layan dia sekejap dan tidur semula.
* Honey bangun kejutkan Ummi sambil merengek-rengek.
* Suap Honey Roti Bakar w Hot Milo.
* Meragam saja today. Menangis saja. Cari Abang Adib & Kak Ngah kot.
* On the way je KL, singgah di Petronas. Menangis dalam kedai masa orang nak tengok harga barang. Benda yang ada di tangan dia jangan berani ambik. Meraunglah dia nanti. Kalau dia rampas barang orang tak apalah pulak!
* Honey tidur lepas me suap biskut. Kami tidur di budget hotel coz masuk bilik dah pukul 11.30p.m. Tidur di Hotel Smart di Prima Sri Gombak.
* Mujur tak meragam bila masuk bilik. Senang nak tidur.

211212:

* Bangun menyusu at 3.30a.m & 6.00a.m.
* Breakfast at Old Town White Coffee. Suap Honey Nasi Lemak w Telur Rebus.
* Masuk rehat di dalam bilik. Honey memberaklah pula. Then kami check out bilik.
* Tunggu Hubby buat kerja sebelum kami ke Festival City Mall. Honey tak meragam apa. Dok berdukung dengan Abah. Happy sangat dapat naik car yang letak coins 50 sen 2 keping tu! Tak takut pun dia!
* Ke Bukit Bintang Plaza. Shopping my blouse. Honey dah pegang sehelai baju so bila nak bayar tahu-tahu ajelah. Menangislah diakan. Haish!
* Abah pujuk dia dengan belikan anak patung Minnie Mouse. Terus dia dakap pelok tak mahu lepas!
* Selepas tunggu Abah beli kasut dan Ummi beli sandal, kami lunch di Kopi Club di Plaza Low Yat. Galak je dia menegur orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mata tu tajam merenung dan memandang orang. Bila orang agah dia, tahu malu-malulah pulak!
* Bermalam di Silka Hotel, May Tower dekat Jakel Jalan Masjid India.
* Suap Honey makan Tuna Croissant yang dibeli di Delifrance tadi.
* Melasak di dalam bilik.
* Bergurau main gigit-gigit jari Ummi. Ketawa gelekek bila Ummi cakap "sakit, sakit, sakit"!
* Menangis dan merengek sebelum tidur. Penatlah tu!

221212:

* Bangun menyusu at 3.30a.m, 5.00a.m & 6.00a.m.
* Masa breakfast di kafe hotel, Honey tak mahu makan sangat. Ralitlah dok memandang kepada orang di sekelilingnya. Tegur orang tak mudah. Bila orang tegur dia balik, tersengih-sengih dok senyum. Orang tu nak balik, siap dia bye-bye pulak. Hish! Sabo ajelah melayan kamu ni Honey. Mesra alamlah sangat!
* Check out bilik. Dan kami terus ke Melaka. Nak ambik Abang dan Kak Ngah. Kereta banyak. Jem teruk. Honey pun tak selesa. Dok merengek saja dia.
* Singah lunch di Damsyik, Senawang. Makan Nasi Arab. Then sempat jumpa my bff, Emy Omar. Honey ok je nak berdukung w her. Anak-anak Emy, Erfan dan Mia rajin melayan Honey main "ciku-cak". Ah, so sweetlah you guys!
* Kami sampai di Sg. Rambai, Melaka pada jam 5.00 petang. Alhamdulillah. Happy dapat jumpa my kids, Adib & Nur. Honey pun sama. Galak bergurau dengan Abang dan Kak Ngahnya.
* Honey galak dok bergurau dengan Ayoh Aid dan Ibu Shikin. Manjalah sangat dengan mereka!
* Honey senang lena tonite. Bagos!

231212

* Bangun menyusu at 3.30a.m & 6.00a.m.
* Suap Honey makan Nasi Putih dan Ayam Goreng masa brunch. Suap Kuih Seri Muka juga.
* Ke Mydin, MITC. Cari barang- barang sekolah Abang Adib dan Kak Ngah. Honey duduk bersama Ayoh Aid dan Ibu Shikinnya. Kemudian kami ke Aeon Bandaraya. Tukar diaper Honey di dalam toilet dan sambung shopping lagi. Kemudian kami ke Secret Recipe untuk menyambut birthday Abang Adib dan Kak Ngah Honey. Kak Ngah lahir pada 19.12.2002 manakala Abang Adib lahir pada 20.12.2000. Honey tak duduk diam. Bising ngat mulutnya dok "membebel-bebel"! Bosanlah tu coz dia nak berjalan-jalan. Keluar dari SR, kami sambung shopping lagi. Masa Kak Ngah try kasut sekolah di BATA, dia sebok dok main bergurau dengan pekerja di situ. Last sekali sebelum balik, apa lagi? Naik car yang letak coins tulah!
* Singgah beli lauk di kedai makan Asam Pedas Hjh. Mona. Kemudian kami balik ke rumah my Bil.
* Walau letih berjalan-jalan, cek mek ni tetap galak bergurau. Melasak sana dan sini. Tak penat ke Honey?

241212:

* Bangun menyusu at 2.30a.m, 3.30a.m & 6.30a.m.
* Suap Honey makan Nasi Putih w Sup Tulang & Telur Dadar. Honey makan banyak!
* Pulang je KL. Honey baik. Tidur saja dalam car. Cuaca mendung je sepanjang. (hari Kuantan dilanda bah) Singgah di Bangsar Village. Lunch di Restoran Mahbub, Bangsar. Suap pada Honey Nasi Bukhara. Pedas. Tak boleh makan. Sorry ye sayang!
* Hubby ambil bilik di Hotel Midah. Honey melasak di dalam bilik. Kami semua dok cara main gajet masing-masing. Pandai-pandailah dia membawa diri. Kemudian marah je semua orang tak layan. Mulalah dia bising "membebel"! Hehe...
* Keluar dinner di Restoran Rebung milik Chef Ismail. Chef mendukung Honey semasa mengambil gambar bersama kami.
* Selepas makan, kami pulang ke bilik. Suap Honey makan Roti w Susu Chocolate Dutch Lady.

No comments: