Tuesday, January 08, 2013

JULIE & JULIA

Assalamualaikum...
Tengah menonton movie Julie & Julia at channel 433 now. Cerita berkisar Julie Powell, wanita berumur 30-an yang tiada kerjaya yang boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain. Mencari-cari sesuatu yang boleh dia buat untuk dibanggakan. Julie orangnya pandai memasak. Mula menulis blog seperti yang disarankan oleh suaminya kerana memasak adalah merupakan kepakarannya. So, misi Julie memasak 534 resepi dalam masa 365 hari. Setiap hari Julie memasak dan kemudian menulis di dalam blognya. Julie menjadikan Julia Child, seorang penulis dan pakar masakan sebagai rujukannya. Memasak resepi-resepi yang terdapat di dalam buku Julia.

You gonna love this movie too! Cerita tentang masakan memang selalu mengujakanku. Biarpun daku tidak pandai memasak sebagaimana Julie & Julia, tetapi cara mereka memasak begitu menarik perhatian. Julie bukan pandai memasak sebenarnya, tetapi dia sangat rajin belajar tentang masakan. Itu yang membuatkan dia berjaya di dapur. Ada ketika masakannya menjadi, (terliur je dok tengok makanan dia!). Ada juga ketika dia tersilap teknik memasak, maka berbaringlah dia menangis di lantai dapur kerana stress! (mujur setakat hari ini, daku tidak berkelakuan begini!)

Me sudah agak lama tidak memasak. Asyik melayankan si kecil Honey, itu dan ini (alasan!). Beli saja makanan di luar. Tetapi yang paling memuaskan hati, masaklah sendiri. Sedap atau tidak itu belakang kiralah. Bila melihatkan suami dan anak-anak berselera makan, hilang penat dan lelah di dapur.

Blog daku tak lari daripada kerenah anak-anak, masakan, travelling ke sana-sini malahan membebel tentang diri sendiri. Daku suka berblog. Bukan niat mahu menunjuk-nunjuk. Bercerita itu dan ini tetapi itulah iye? Daku gemar bercerita. Sehari tidak berblog memang membuatkan dadaku sesak! Ketidakcukupan masa menghadkan daku untuk berblog. Maka Honey aku jadikan sebagai alasan. Melayannya seharian buat daku boleh mendapat migrain! Si kecil itu tersangatlah demandnya kebelakangan ini. Iye, bukan cerita hebat mana pun. Daku tidak bekerja jadi apalah sangat cerita seorang suri rumah seperti daku. Tiada apa yang boleh dibanggakan pun. Family kebanggaan daku. Jadi merekalah yang menjadi subjek utama ketika daku berblog.

Kadang-kadang daku terfikir,
Ada tidak sesiapa yang "membaca" blogku.
Anybody?

Somebody maybe...

1 comment:

Anonymous said...

Patut yesterday pagi nampak beli breakfast kat taman temerloh jaya, dah lama tak masak rupanya, hehehe.... saya peminat setia blog u walaupun kita tak kenal...