Thursday, January 24, 2013

LE JASMEEN SPA

Assalamualaikum...

Memanjakan diri di Le Jasmeen Spa today. Last kunjungan daku ke sini bulan 5 tahun lepas. Mak oiii! Dah lama benar tu! So tadi, lebih kurang 4-5 jam jugak daku di sini. Mula-mula buat sauna (Sauna Herbs) dalam 20 minit. Then berlulur (Body Scrub). Guna serbuk Vanila & Beras. Kemudian berendam mandi susu (Body Milk Bath). Lepas membilas badan (badan segar juga rasa mengantuk, perut pun lapar berkeroncong), me menyusukan Honey pula. Dah meragam merengek sekejap-sekejap dia (dah siap bawa bekalan makanan dan minuman for my kids supaya mereka tidak lapar. Hubby ke bengkel membaiki kereta). Lepas Honey tidur, me buat facial plus eye treatment pula. Relax baring (sambil dikacau ganggu oleh my kids), menikmati belaian mesra manja di muka. Sudah buat facial, buat foot spa pulalah. Sudah menjalani semua rawatan ni,  kulit serasanya menjadi lembut dan gebu. Oh! Sangat best perasaan ini. Kalau boleh, nak ke Le Jasmeen Spa selalu. Baru boleh jadik cantik menawan nih! (botak hubby nanti) Hehehe...

Anna & Akma, tq layan Kak T tadi. Reena, tq bagi jars tu as a gift! So sweet. T memanglah suka kumpul jars ni semua. Comey, comey, comey!

Thank you so much Le Jasmeen Spa!

No comments: