Tuesday, January 08, 2013

PERLUKAH BERBLOG?

Assalamualaikum...

Ku tanya diri berulang kali. Sejak lama dulu. Perlukah berblog? Untuk apa? Untuk siapa? Demi kepuasan dirikah? Mahu menunjuk-nunjuk dengan segala apa yang adakah? Sebagai hobi barangkali kerana sudah jatuh cinta dengan dunia blogging. Aku pilih jawapan yang terakhir itu. Sekali berblog, selamanya akan terus setia. Biar tiada pembaca. Biar seorang diri berkata-kata. Setiap detik, memori yang terjadi, ku rakam, ku simpan rapi di dalam blog ini. Tak perlu menilai aku dari sudut penulisanku. Aku yang seperti inilah. Apa yang aku tulis, itulah aku. Lain di mulut lain di hati? Tidak sama sekali. Kenali aku melalui tulisanku. Apa yang daku luahkan, itulah sebenar diri. Tiada niat mahu membanding atau pun membangga diri. Apa yang ada sudah menjadi rezeki. Terpulang kamu untuk mengadili.
Semakin hari, semakin ku jatuh hati. Bercerita di alam maya begini, berblogginglah apa lagi. Hati berkecamuk jika tiada entry terkini. Menjadi luahan diri, bercerita itu dan ini.
Ah! Malam semakin melarut. Sebelum menjadi lebih kalut, kata-kata berakhir di sini sudah. Esok hari yang panjang bakal ditempohi. Jika Allah mengizinkan, aku ketemui kamu lagi.
Selamat malam kesayanganku.

2 comments:

Batrisya Qistina said...

blog adalah catatan utk kita kemudian hari kak..
terpulang ler pada pembaca nak menilai macam mana..

teruskan berblog kak tie..
jgn give up k

Nadia Farehah Mohamad said...

saya sokong....manelah tau kita dah tader nnt bolehlah anak cucu baca blog kita untuk kenal siapa kita.....