Tuesday, January 15, 2013

SELAMAT MALAM

Tahu dah lewat malam. Tapi me tetap nak update jugak. Hampir seminggu  blog tak ada entry terbaru ni. Ada cerita best ke? Tak ada mananya cerita best pun. Yang gitu-gitu ajelah. Cuma alasan paling klise, busy aka tidak cukup masa nak update setiap hari. Hati memanggil-manggil nak mengupdate jugak tu, tapi sedar-sedar dah tengah malam. So, apa lagi. Tidurlah aktiviti yang paling best sekali setelah penat "bekerja" sepanjang hari.

Honey baru tidur ni. Susah pulak dia nak lena tadi. Nak main ulit tepuk-tepuklah pulak. Padahal seharian tu dok melasak. Dalam dua hari ni aktif "berjalan" dah. Dah tak rasa takut-takut macam sebelum ni. Agak-agaknya menjelang umur setahun dalam seminggu dua ni, dapatlah dia berjalan kot.

Demandnya pula teramatlah sangat! Pening je me dok layan. Abang dan Kakaknya lagi. Kerenah mereka itu dan ini. Come on kids, please give me a break! Ni baru anak 3. Juga tak bekerja. So me memang "salute" kepada isteri aka ibu yang bekerja di luar sana. Tabik ah sama korang! Boleh manage kerjaya juga keluarga. For me, mana-mana kerja rumah yang tak sempat disiapkan dalam sehari tu, me biarkan saja. Kerja rumah tak pernahnya habis. Buat stress saja dok mikir kerja rumah yang tak berkesudahan.

Dahlah bebel. Nak masuk tido tak boleh stress. Kena "cool & chill". Baru boleh dapat mimpi-mimpi yang best dan manis. Hehe...

Sambil tersenyum manis ni, me ucapkan selamat malam iye?

Selamat Malam!

1 comment:

Cho Zila said...

selamat malam tie.. alamak dah siangler sekarangni...
honey.. honey bikin mama letih yerk.. budak2kan tie..