Tuesday, February 19, 2013

Catatan Perjalanan Ke Singapura (Part 1)

Assalamualaikum...

08.02.2013

Kami bertolak dari rumah pada pukul 5.00 petang. Menunggukan suami salah seorang staff Hubby keluar dari officenya. Sementelah pula Hubby demam. Singgah seketika untuk bersolat Asar di Masjid Tasik Chini sekitar 6.30 petang. Usai bersolat, kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. Tiba di Segamat pula sekitar jam 9.00 malam. Berhenti for dinner di Restoran Azmi Masakan Panas Pantai Timur. Masa ni sudah terasa lapar so terus berhenti makan. Padahal banyak lagi kedai makan di bandar Segamat. Sudah makan, kami beredar keluar. Cuak aje rasa di sepanjang perjalanan coz Hubby tak sihat. Tiba-tiba pula sakit kepala dan demam. Cari ubat di farmasi sahaja tengah hari tadi dan balik rumah tidur berehat sebelum gerak ke Johor Bahru. Mujurlah Hubby ok. Me sangat-sangatlah bimbang sepanjang perjalanan. Iyelah, Hubby tak sihat. Perjalanan masih jauh. Malam semakin melarut. Takut memikirkan kemungkinan yang bakal tiba. Kemudian, Hubby berhenti sekejap di R&R Machap. Dia bilang mahu basuh muka dan cari makanan serta minuman. Hubby dukung Honey keluar sama. Me & the kids duduk dalam car saja. Depa dok tidur di belakang. Tak sedar apa dah. Dari situ, kami terus meneruskan perjalanan ke destinasi. Kalau dinner tadi me order Mee Goreng Basah dan Milo Panas, kali ini perut terisi dengan Ice Cream Baskin Robins, Pau Kacang Merah juga Teh Tarik. Mata dan badan kembali segar dibuatnya. Kami selamat sampai akhirnya di Hotel Amansari, Johor Bahru jam 1.00 pagi (Kali terakhir kami ke JB adalah 2 tahun lepas, stay di Tune Hotel. Masa tu tujuannya adalah untuk ke USS). Hampir 8 jam perjalanan Temerloh ke Johor Bahru. Oh my! Memang sangat penat dan letih yang teramat tetapi tidak dapat tidur awal juga kerana cek mek Honey tak mahu tidur lagi. Dia dah tidur lama di dalam kereta tadi. Sekitar 2.30 pagi baru me tertidur selepas berjaya menidurkannya.

Catatan Perjalanan Ke Singapura (Part 2) bakal menyusul.

No comments: