Tuesday, February 19, 2013

Catatan Perjalanan Ke Singapura (Part 2)

Assalamualaikum...

09.02.2013

Me bangun tidur pada jam 6.00 pagi. Mandi, bersolat Subuh, bersiap-siap & turun ke lobi. Bersarapan bersama dan sekitar jam 9.00 pagi, kami menaiki van yang disewa untuk membawa kami ke Kota Singa, Singapura. Settle urusan pasport, kami terus dibawa ke Pulau Sentosa.  Kami tiba di sini jam 11.00 pagi. Tempat yang dituju, Underwater World. Tiketnya driver kami sudah beli awal-awal so kami terus berjalan masuk ke dalam tempat ini. Seronok melihat ikan-ikan yang pelbagai rupa tetapi malangnya kami terlepas peluang untuk menyaksikan show Ikan Dolphin. Kami menghabiskan 2 jam di sekitar Pulau Sentosa ini dan pada pukul 1.00 tengahari, driver datang menjemput kami.

Memandangkan sudah tiba waktu lunch, kami minta dibawa ke Restoran M.A. Deen Biasa di Arab Street. Ke mana mahu pergi, kami bilang sama driver. Dia mengikut saja tanpa banyak soal. Hehe suka! Mahu makan Sup Tulang Merah di restoran ni tau! Mula-mula order 2 pinggan saja Sup Tulang Merah ni, kemudian tambah lagi sepinggan. Sedap sungguh rasanya i tell you! Sedap dicicah bersama Roti atau enak dimakan begitu sahaja. Nasi Beriani Ayam dan Kambing pun sedap. Nasi Goreng Ikan Bilis pun sedap. Airnya pulak diletakkan di dalam gelas bersaiz besar so memang puas hati makan di sini. Sedikit pun tidak berasa rugi. Chewah! Dah orang belanja, memanglah tak rasa rugikan? Hehe tq big boss! Bawa kami berjalan dan makan di tempat sedap!

Me sampai ke hari ini, masih terkenang-kenang keenakkan Sup Tulang Merah di restoran ini. Bilalah pula mahu ke sini lagi?

Selepas makan, (perut kenyang yang amat), kami minta dibawa ke Singapore Flyer. Seronok seh naik flyer ni. Of course lagik best dari Eye On Malaysia tue. Hehehe... Pengalaman baru ni. Kami semua enjoy dan teruja sepanjang masa menaikinya. Ambik gambar memanglah dah wajib ketika di dalam flyer. Wah! Seronok tak reti kawan nak kabor! Ngeeeee...

Seterusnya kami ke Merlion Park. Tengah hujan renyai, so kami berhenti mahu ambil gambar barang sebentar. Sempatlah bergambar bersama ikon Kota Singa. Tak lama di sini, dalam 40 minit dan kemudian kami ke Mustafa Centre di India Street. Sebelum sampai di sini, kami melalui Orchard Road. Ya Allah! Memang syurga untuk bershopping di sini! Tunggu sediakan wangnya sahaja! Sabar ajelah dok tengok mall yang super mewah bagai. Lagi besar daripada Pavillion di Bukit Bintang tu cik kak oiiii! Melalui mallnya sahaja me sudah terasa malu. Apatah lagi nak menjejak masuk ke dalamnya. Idoklah teman. Bukan level teman mall di sekitar Orchard Road ni wei! Sedangkan baru sekali masuk Pavillion me sudah terasa malu, apatah lagi dengan mall di sini. For me, cuma orang kaya yang layak masuk ke sini dan bershopping. Alahai!

Ok. Kami masuk ke dalam Mustafa Centre. Oh! begini keadaan kedainya. Banyak barang sungguh! Orang pun ramai jugak. Adalah me beli barang sikit. Beli iye bukan shopping! Kemudian, kami ke Masjid berdekatan untuk bersolat jamak Zohor dan Asar. Alhamdulillah.

Sebelum pulang, driver bawa kami ke Restoran Zam-Zam yang terletak di Arab Street. Kami pekena Murtabak Special di sini ok? Murtabak yang paling sedap pernah me rasa setakat hari ini.

Sehingga kini dok terkenang-kenang...

Ok.

Kami sampai di Hotel Amansari Johor Bahru sekitar jam 9.30 malam. Simpan tenaga mahu ke Universal Studios Singapore tomorrow. Cukuplah untuk hari ini.

Catatan Perjalanan Ke Singapura (Part 3) bakal menyusul nanti. Insya Allah.

No comments: