Tuesday, February 19, 2013

Catatan Perjalanan Ke Singapura (Part 3)

Assalamualaikum...

10.02.2013

Tersedar at 6.00 pagi. Get ready for today. USS kami datang!

Setelah siap mandi, bersolat dan bersiap, kami turun ke lobi untuk bersarapan. Ketika bersarapan, ada seorang perempuan menegur Honey. Borak punya berborak, dia mentionlah pasal satu cerita ni. "You tengok tak malam tadi drama Tomok & Yana Samsudin? Me jawab tengok. "Husband I lah yang buat drama tu" . Me pun "Oh iye ke?" Hehe... Dia pun nak bercuti ke USS juga. Sama seperti kami.

Sekitar jam 8.00, driver kami datang menjemput. Kalau semalam kami menaiki van, today kami naik Hyundai Starex. So today kami tak perlu keluar dari van untuk mengecop pasport bagai. Oh what a relief! Dah jimat masa di situ. So lain kali bolehlah kami contact driver ni lagi kalau nak masuk Singapore. Orangnya pun baik dan peramah. Borak punya borak rupanya dia orang Terengganu dan kampungnya di Jengka saja. Oh!

Ok. Kami sampai di Universal Studios Singapore sekitar 9.30 pagi. Ini merupakan kunjungan kali ke dua kami. Kali pertama adalah pada 1.5.2011. Perasaan masih teruja tapi dah boleh control sikit. Hehe... Siapalah yang tak seronok dapat pergi ke USS iye? Semua orang mesti merasai keterujaannya. Tempat wajib bergambar pula tentunyalah di hadapan bumi biru itu!

Macam biasalah, bila dah masuk ke sini, semua tempat kita nak stop untuk bergambar. Semua tempat kita nak stop main game yang disediakan. Kami pun tidak terkecuali. Mana-mana game yang tak sempat kami main dulu, kami main ini kalilah! Syok ooo. Yang paling best tentulah Transformers The Ride The Ultimate 3D Battle, Revenge Of The Mummy, Water World, Shrek 4D dan lain-lain. Menjerit tak hingat dok main game ni semua! So happening! Kali ni me tak naik roller coaster Battlestar Galactica Human di atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab yang tak dapat dielakkan itu, maka me rasa sangat frust juga coz tidak melakukannya ini kali. Ah so frustrated!!!!!

Walau cuaca tidak begitu baik, sekejap hujan dan mendung, namun kami semua berseronok di sini. Hujan bukanlah satu halangan buat kami untuk terus bergembira di USS. So bila berjalan tak rasa panas langsung. Mendung dingin dari pagi hingga ke petang. Masa stuck di satu tempat ni, me ternampak Rozita Che Wan, Zain, Ayu Raudhah, Zakuan serta ibu dan anak RCW. Me tengok mereka saja. Tidak terlintas di fikiran mahu ajak bergambar bagai.

Dulu kami lunch di sini juga, at Marty's Casa Del Wild di zon Madagascar. Kali ini pun lunch di sini juga. Rasa Nasi yang sungguh sedap w Ayam Panggang yang so superb! Makan waktu hujan sedang melebat, cuaca yang sejuk dingin, makan beramai-ramai, lepak santai, berbual bergurau-senda amatlah me suka sekali. Sesudah makan, rehat sekejap dan kemudian sambung main game pula.

Ok. Sekitar jam 6.00 petang kami pun pulang. Membawa semua memori manis bersama. Ada peluang dan waktu, aku datang bertemumu lagi nanti USS!

Balik hotel, semua orang pengsan! Ala, kata nak g Pasar Karat! Haish!

No comments: