Friday, February 01, 2013

DARUL TOMYAM, TEMERLOH

Assalamualaikum...

Dinner di Darul Tomyam, Batu Satu, Temerloh semalam. Makan 4 beranak coz Nur pergi ke kelas tuisyen. Adib dah baik daripada demam tonsil. Tak pergi sekolah 3 hari. Today dah pergi sekolah dah. Alhamdulillah.

T order Tomyam Campur, Lala Pedas, Sotong Celup Tepung, Sayur Kailan & Kerabu Suun. Semua makan berasa & sedap for my tekak. Recommended to all. Ini kali ke dua kami makan di sini. Biasanya kami bungkus makanan & bawa balik ke rumah sahaja. Kenyang makan, Alhamdulillah, kami pulang ke rumah.

Kelihatan si cilik Honey yang berdiri di tepi kerusi. Ke hulu ke hilir "melawat kawasan". Pergi je menegur orang dari meja ke meja. Ada satu meja tu, ada dua baby duduk dalam baby chair. Boys. Ditegurnya budak tu. Salah seorang emaknya beri Honey Keropok. Hai budak mesra alam ni. Tak takut ke orang langsonglah!

1 comment:

Deena Yahya said...

Kat mana darul tom yam ni dear?sy org tloh tp x perasan plak kedainya