Tuesday, February 26, 2013

Duhai Hati

Bersabarlah duhai hati
Lusa si dia bakal kembali
Hampir seminggu dia pergi
Berkembara untuk mengenali
Tempat orang nun jauh sekali

Saatnya kini dia pulang ke sisi
Sudah tidak sabar rasanya ini!

Telefon bagaikan teman yang sejati
Sentiasa sahaja digenggami
Terima call, sms dan berwhatsapp sudah semesti
Tiada berhenti
Hingga ke penghujung hari

Ku nanti
Ku pasti
Dan yakin sekali
Abang selamat pulang ke pangkuan isteri

Anak-anak apatah lagi
Si kecil demam kerana merindui
Kami di sini gembira menanti
Buah hati yang kami sanjungi

Selamat malam si cinta hati!

No comments: