Thursday, February 21, 2013

Honey Demam

Assalamualaikum...

Dalam setahun umur Honey, dia dah sampai ke seluruh semenanjung Malaysia (kecuali Perlis), Vietnam dan Singapura. Honey demam dua kali sahaja dalam tempoh setahun ini. Nak dijadikan cerita, petang semalam Ummi dan Kak Ngah dok bermain badminton di hadapan rumah. Dan apabila ada dua orang budak perempuan ni yang jadi penonton kami, t offer mereka main sama. Bila dah Nur bermain dengan mereka, t layanlah Honey berjalan-jalan di sekitar rumah (sila lihat gambar). Seronoklah cek mek tu bukan kepalang bila orang dok lepas dia gitu. Selama ni kalau berjalan pun di dalam kawasan pagar (samada Abah atau Abang Adib yang mengawasi). Bila dah jatuh dua kali di atas jalan tar semalam, t bawalah Honey masuk ke dalam rumah. Menangislah dia nak lepas berjalan lagi. Adalah dekat sejam dia berjalan semalam (dari 6.00 - 6.50 petang). So, masa nak tidur malam tadi (dalam pukul 11.00 malam), t dah rasa badannya panas. Kemudian tidur selepas menyusu badan. Bangun berjaga pula pada pukul 3.00 - 5.00 pagi dok menangis dan merengek. Tak mahu menyusu pula dia. Me puas pujuk. Dia cuma mahu minum air masak dan makan Keropok sahaja.

Bila bangun pagi ni pun, badan dia still suam panas. Merengek dan menangis. Dekat 14 jam tak menyusu, baru tadi dia menyusu semula. Sekarang tengah lena tidur.

Alahai Honey. Janganlah buat Ummi risau begini!

1 comment:

wati said...

salam T...alahai sian kat honey