Saturday, March 30, 2013

Berhenti Berharap

Tampak dengan nyata
Jelas di hadapan mata
Tidak perlu lagi kata-kata
Mahu pun suara
Untuk berbicara

Daku,
Sudah buntu
Bak peribahasa mati kutu
Fikiran berselirat berliku
Tepu mengeras seperti batu
Tak tahu arah untuk dituju

Tidak nampak kebarangkalian itu
Untuk seperti dahulu
Bagaikan ratu

Sedih
Pedih
Terseksa jiwa dan raga
Hanya kerana itu
Daku duduk membisu
Tak perlu suara merdu
Untuk berlagu sendu

Terima saja apa yang terjadi
Jika itu suratan Ilahi
Putus asa itulah erti
Tidak mahu berharap lagi

Biarkan saja daku begini
Berseorangan meratapi
Bersendirian menangisi
Hakikat yang hakiki

Redha terima kekurangan diri
Dengan rasa malu yang tidak bertepi...

1 comment:

Anonymous said...

Sedihnya... kenapa ni? macam di duakan jer...