Sunday, March 31, 2013

Semakin Payah Dan Susah...

Mengapa terlalu sukar?
Sangat payah dan tegar
Bebanan terus berakar
Di kanvas duka terlukis terlakar

Rasanya sungguh perit
Menjadi semakin rumit
Sesak di dada semakin terhimpit
Hati bagai gila mahu menjerit!

Cabaran yang terlalu susah
Daku merasa payah
Seperti saja mahu mengaku kalah
Memikir hal yang tidak sudah

Seakan tidak tertanggung
Derita yang tidak terhitung
Fikiran seakan kosong
Lemah tidak berpenghujung
Hanya kepada yang Terulung
Daku sembah daku sanjung
Tempat daku meminta tolong

Sampai bila perlu begini
Malu meratapi nasib diri...

2 comments:

Emy Omar said...

Cheer up my dear friend...remember there's always a sunshine after the heavy rain..hug & kisses

Anonymous said...

Tak best lah sedih2... seronok baca ur website sebelum ni, penuh keceriaan, makan2 dan jalan2... panduan kepada pembaca blog. ni tiba2 sedih, ada masalah family ker? Lelaki memang susah nak dipercayai? inikah balasan kesetiaan? eh sori... terover plak...