Friday, March 29, 2013

Seronoknya berblogging!

Cubaan untuk memblog
Menulis dan berblog
Tidak berjaya
Tidak berdaya
Kerana keterbatasan masa
Menjadi alasan lagi
Sebab yang hakiki
Malas yang mengatasi
Kepada yang perlu ditunding jari
Si kecil si cilik Honey!

Lately ini sangatlah busy
Ada kerja itu dan ini
Cuti sekolah pun hanya menyepi
Duduk di rumah namun tidak bergoyang kaki
Mengemas, memunggah, membersih itu dan ini
Tidak berkesudahan hingga ke malam hari.

Si cilik semakin membuas
Pelbagai aksi dan gaya berjaya digubah
Rengek itu dan ini tidaklah mudah
Berlari laju memanjat tangga tak sudah-sudah
Ke sana ke mari tanpa penat lelah
Ummi menjaga tidaklah payah
Kerana abang dan kakak ada di sebelah
Sibuk mengusik dan mengagah
Si tuan puteri yang banyak perintah
Ah ummi berleter pulakah?
Ummi kenalah sentiasa bertabah
Anak-anakkan anugerah dari Allah?

Ummi sangat rindu untuk berblog
Tidak terkata perasaannya itu
Namun masa membatasi
Ummi tak berdaya lagi
Ada masa terluang hal rumah perlu diutama
Kerja yang takkan selesai sampai bila-bila.

Ada masa Ummi melayan
Facebook, Twitter, Instagram dilupa jangan
Namun blogging tetap di carta teratas
Walau tak diupdate namun dekat di hati
Tiada cerita panas untuk dikongsi
Balik-balik cerita anak-anak dan suami
Tetapi Ummi happy sekali
Dapat meluahkan isi hati
Segala apa yang dirasai
Segala apa yang diingini
Segala apa yang dihajati.

Rasanya lain
Puasnya lain
Tak sama jika berfacebook
Atau ketika bertweet
Apatah lagi tatkala berinstagram
Blogging lebih memberi
Kepuasan sejati
Apa yang kamu kehendaki
Apa yang kamu selami
Tentang sesuatu situasi
Yang biasa atau sensasi
Di atas muka bumi duniawi
Blogging tetap menjadi
Pilihan teratas sekali.

Asyiknya berblog ini
Kerana menulis dari hati
Sebagai pengganti diri
Pemikiran tersendiri
Luahan emosi
Jati diri
Apa yang diyakini
Itu menjadi inti pati
Pada setiap entry.

Seronoknya berblog
Kamu berkongsi rasa
Pada yang tidak mengenali
Namun kamu memberi ruang saling mempercayai
Tidak perlu curiga untuk menulis
Segala apa yang dirasai
Namun mestilah juga berhati-hati
Kerana musuh tidak kita ketahui
Tak kurang akan ada yang membenci
Elakkan mereka berperangai begini
Jangan kita terheret sekali
Bersikap mementingkan diri
Setelah memberi komen mencaci dan memaki!

Lega blog sudah berupdate kini
Moga-moga ada next entry
Si puteri sedang lena diulit mimpi
Sebab itu Ummi membebel bagaikan tak mahu berhenti!

Sudah cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Membebel sudah panjang berjela
Ummi stop letak nokhtah di sini secara tanpa rela...





No comments: