Thursday, April 25, 2013

Honey Darling

Assalamualaikum...

Usianya bakal mencecah satu tahun tiga bulan pada 28 April ini. Lately tersangatlah aktifnya. Tak duduk diam langsung! Ada saja kelakunya berbuat itu ini. Apa saja yang kami lakukan, pasti dia meniru sejurus itu. Pantas sekali dia beraksi. Kami dok gelak ketawa, dia sama "berhohoho", me petik-petik jari dia pulas-pulas jari. Orang sudah duduk, dia duduk. Orang suruh bangun, dia bangun. Ajak g toilet nak mandikan, terus dia bangun berjalan menuju ke toilet. Bila nak makan, me suruh dia duduk, dia duduk. Suruh kiss, suruh salam, minta ambilkan barang, semua dia buat. Bila me panggil dia buat tak tau, me pura-pura menangis. Dia terus datang dan pelok. Berbaring bersama. Dan peluk kiss berulang kali. Bila ajak naik car, terus menari-nari menuju ke pintu. Kalau pintu sedang dikunci, dia ketuk-ketuk pintu minta dibuka.

Honey peneman Ummi tatkala hubby pergi kerja, Abang dan Kak Ngah pergi school. Penghibur hati Ummi.

Semalam ke klinik. Check-up. Honey seberat 8.8kg sudah. Becok mulut dok tegur orang & nurse di klinik. Mulut ringan menyebut kembali apa yang kita cakap kepadanya. Tadi me cakap, "sedapnya nasi yang Kak Ngah beli ni". Honey jawab, "sedap!"

Time dia senyap masa tidur ajelah. Kalau tidak, puaslah kami dok melayan. Paling baru, menangis time Abah dok tengok handphone, dia punyalah nak perhatian. Rampas handphone Abah. Suruh Abah bukak You Tube. Cari video lagu for kids. So Abah boleh layan dia sorang. Anak Abahlah sangat! Kalau Ummi berzikir atau menyanyi lagu kanak-kanak, dari dia terbaring terus bangun nak cari tab atau handphone. Nak suruh bukak You Tube. Time menyusu dan nak tidur, tahu pulak cari Ummi ye?

Ummi sayang Honey.

No comments: