Tuesday, April 02, 2013

Restoran Sambal Hijau

Assalamualaikum....

Sudah lama daku mengetahui
Akan kewujudan restoran ini
Terdetik juga rasa di hati
Mahu ke sini & merasainya sendiri

Ok daku sudah merasa
Kala lewat ke Sg. Penchala
Mencari tempat makan tersohor ternama
Restoran Sambal Hijau itulah dia

Orang ramai datang berkunjung
Daku memilih meja yang di hujung

For me rasa makanan ok-ok saja
Bolehlah boleh
Kepada kami yang tengah lapar kebulur
Pedasnya Sambal Hijaunya itu
Sehingga kini masih ku rasai
Berasap pedas berapi
Tidak seperti Sambal Hijau yang pernah aku rasai

Nak mengulang pergi lagi
Dalam masa terdekat ini
Mungkin tidak sesekali
Tunggulah beberapa masa nanti
Kami ke sini kembali

No comments: