Tuesday, April 02, 2013

Restoran Selera Ramai Ikan Singgang

Assalamualaikum...

25.3.2013

First time datang singgah makan di restoran ini, Restoran Selera Ramai Ikan Singgang yang terletak di Kota Damansara. Lepas exit tol Kota Damansara, jalan terus. Ada traffic light & U-turn. Kemudian belok ke kiri untuk ke kawasan restoran ini. Ianya sebaris dengan Restoran Vicchuda.

Oh! Rasa Ikan Singgangnya super duper yummy! Macam tengah dok makan di Kota Bharu nu! Hehe. Masa tengah makan nampak Hafiz adik Roslin player Badminton tu tengah ambil nasi di bahagian lauk-pauk. Tapi setakat tengok gitu ajelah. Tak perlu nak diajak bergambar pun.

Ok, yang kami order lauk macam ni + 5 pinggan Nasi Putih + 2 gelas Jus Tembikai + 1 gelas Jus Tembikai Laici + 3 gelas Ais Kosong cuma dicaj RM35.00. Agak murah harganyakan? Now your turn. Cubalah datang ke restoran ini. Yang penting jangan dilupa order si Ikan Singgang. Ah! Tengah dok menaip ni pun me dah terliur benar. Nampak gaya kena ajak En. Suami lagi datang ke mari.

Buleh ko abe? Ummi dapat makan gini pun dah kira heaven. Tak perlu Nando's, (Mc'D & KFC dah dekat 5 bulan tak jamah), KRR, Pizza Hut or etc, Ummi cuma mahu Ikan Singgang, Ulam & Budu only!

1 comment:

Anonymous said...

cheapest propecia generic propecia erfahrung - propecia coupon cvs