Friday, April 12, 2013

The Legend Resort, Cherating ~ Day 1 ~

Assalamualaikum...

6.4.2013

Kami ada jemputan kenduri kahwin di Cheneh. On the way balik dari tempat kenduri, singgah tidur di sini. Pernah datang sekali ke sini pada tahun 2007 tetapi tidak menginap. Datang temankan my Kak Long jumpa staff nak offer beli bilik di sini. Oklah resort ni. Bilik kami di depan car park. Di tingkat bawah so tak perlu angkat beg yang berat-berat tu. Nak ke kolam dan pantai ikut pintu belakang. Nampak view kolam dan laut dari dalam bilik kami. Siap solat jamak Zohor dan Asar, kamu ke pantai around 4.00 p.m. Kemudian anak-anak dan suami mandi kolam pula. Cik mek kecik tu seronoklah sangat mandi kolam dengan her Abah. Maklumlah, pakai pelampung yang Abah baru beli! Me tak mandi. Duduk di tepi kolam saja. Ambil gambar dan video for Keek saja. Dalam pukul 6.00 p.m masuk ke bilik sebab hujan turun dengan lebatnya.
Masuk bilik, berehat, bersolat jamak Maghrib & Isyak, kami keluar dinner di Restoran Maa Sri Rampai yang terletak berdekatan hotel. Okeylah rasa makanan di sini. Sedap. Dah kenyang makan, kami pulang ke bilik. En. Suami dan Adib keluar semula kerana mahu menonton bola di kedai makan. Restoran tadi tak ada saluran Astro. Mana boleh tak tengok bola, The Red Warrior yang main malam tu.

Gomo Kelate Gomo!

No comments: