Wednesday, May 08, 2013

Diam Itu Lebih Baik

Diam itu lebih baik
Tersalah cakap kamu terus dibidas
Bukan sekali
Akan tetapi
Bertubi-tubi
Dikeji dan dimaki
Sesuka hati
Disamakan taraf diri
Seperti tahi
Punyalah dangkal si empunya diri
Tidak boleh dicuit barang seinci
Katanya kawan sejalan sehati
Tu dia aihh dah nampak segala isi

Dulu dah pernah terjadi
Pertengkaran hebat seumpama ini
Kerana daku selalu mengambil gambar tag price selepas bershopping
Dia menegur kerana itu
Daku tersentap diam sejenak
Ego yang tinggi kami kemudiannya bermain api
Namun akhirnya daku beralah
Tunduk memohon maaf
Kerana nasihat dari seorang kawan
Seorang kakak yang ku hormati
Tuan punya peribadi yang tulus suci

Ini kali kedua
Kerana fahaman politik
Tahu-tahu sajalah apakan jadi
Marahnya bukan main berapi
Panas menggelegak tidak terperi

Namun tidaklah bererti
Sumpah seranah yang diberi
Buat daku berpaling pergi
Kepada parti yang satu lagi
Kerana semenjak azali
PAS merupakan pilihan hati
Pakatan Rakyat tersemat di sanubari

Status facebook daku isi
Kerana si dia dok post hal politik tak berhenti
Isu racist disebut sekali
Tak payah dok Melayu sangatlah saudari
Bencinya kepada orang cina tidak bertepi
Kafir lahanat jolokan diberi
Itulah penyebab daku tak puas hati

Tegur pun tidak menyebut namanya
Cik Kak kata ganti nama ku beri
Melalui seorang kawan yang lain dia ketahui
Teguran daku itu untuk dirinya sendiri

Kepada yang si penyampai cerita pula
Daku tak mahu banyak bicara
Tak puas hati luahkanlah segala
Kamu nak pendam pun buat apa?
(sila unfriend daku sebelum daku tahu siapa kamu)

Entry kali ini
Bukannya mahu meminta simpati
Cuma mahu kamu kenali
Siapa sebenar kawan sejati
Masihkah wujud kelompok ini
Daku tertanya-tanya sendiri

Iye,
Berdiam diri itu lebih baik
Senyum dan tak perlu berkata apa-apa lagi
Jika dia masih mahu berbunyi
Terpulanglah ikut hati
Daku tak luak
Daku tak rugi
Kerana mereka yang jadi penghuni hati ini
Daripada golongan yang baik budi

Terserah kamu mahu mentafsir
Seorang aku bernama wati

No comments: