Saturday, May 04, 2013

INI KALILAH!

Esok
Tarikh keramat
05.05.2013
Hari untuk kita semua
Rakyat Malaysia keluar mengundi
Janganlah abaikan ianya wahai saudara dan saudari
Hak kita yang satu ini
Samada masih menyokong parti memerintah sebelumnya
Atau mengundi calon-calon pakatan rakyat
Buatlah pilihan dengan bijak
Sepenuh hati dan yakin sekali
Kita yang memilih mereka
Bagi pihak rakyat semua
Untuk menerajui negara tercinta
Memang berat tanggungjawab yang mereka pikul
Namun amanah yang diberi
Insya Allah mereka akan hadapi
Setulus hati
Mereka harapan rakyat
Wakil kita untuk bersuara
Untuk merealisasi apa jua yang sudah dijanji

Ini kali
Jangan tunggu lain kali!

Hidup rakyat!

Negara Malaysia milik kita
Bukan Bangla, Nepal, Indon, Myanmar, Sulu segala
Cubalah jujur dalam perjuangan
Menang biarlah bermaruah tuan puan
Penuh berhemah dan berkarisma
Bukan wang dan kuasa menjadi taruhan
Keadilan ditegakkan
Ikhlas berjuang Insya Allah
Kejayaan bakal dicapai jua

Masih ada masa untuk mengubah
Untuk menukar
Pemimpin yang korup
Kita pilih mereka yang boleh diharap
Ikhlas mentadbir negara
Baik di dunia yang fana
Sehinggalah ke akhirat
Kerana dunia hanya sementara
Tujuan hidup kita adalah untuk
Berada di sana!

Saya tegaskan di sini
Jangan tunggu lagi
Jangan tunggu lain kali
Tapi ini kali!

Hiduplah rakyat!

Hak kita untuk memilih mereka
Menjadi pemimpin kita
Biarlah yang telus berwibawa
Bukan kaut untung untuk kroninya sahaja

Jika betul pemimpin yang kita pilih
Yang hidupnya berlandaskan syariat Islam
Membawa kita ke jalan yang lurus
Maka bertuahlah kita
Berada di bawah kepimpinan ini
Barulah kita rakyat
Terasa hidup di dalam erti kata yang sebenar

Hidup Rakyat!

Keluarlah mengundi pada esok hari
Insya Allah
Kemenangan bakal kita kecapi

Mereka bilang lain kalilah!
Kita suarakan, Ini Kalilah!

No comments: