Sunday, July 28, 2013

Berbuka puasa di Hotel De Palma, Ampang

Assalamualaikum...

26.7.2013

Sekitar 6.45 p.m, kami turun ke bawah untuk berbuka puasa. Meja kami tidak ditempatkan di dalam dewan besar mungkin kerana faktor kelewatan membuat tempahan. Mujur juga begitu kerana Honey tidaklah dapat "membuas" sesuka hatinya. Itu pun tidak dapat dikawal juga kerana dia telah melakukan lawatan meja ke meja di dalam dewan kecil itu bersama teman seangkatan, Didi. Anak staff Hubby. Kecoh aje mereka berdua ni!

Me tak makan nasi pun. Makan Kuey Tiow Goreng dan makanan-makanan yang boleh diterima dek anak tekak. Makan slow-slow saja coz sakit bengkak gusi masih bersisa. For me rasa makanannya biasa-biasa saja. Me cuma duduk di kerusi. Tak pergi ambil makanan pun. Malas bersesak dengan orang yang ramai. Minta tolong Adib dan Hubby saja ambilkan makanan for me.

Selesai berbuka, kami masuk berehat di dalam bilik masing-masing.

27.7.2013

Esoknya, kami bangun bersahur at 4.30 a.m di Rumbia Coffee House. Dan oh! Kali ni makan sangat berpuas hati. Sedap! Cuma tidak boleh makan berlamaan kerana memberi laluan buat orang lain untuk bersahur juga.

Jangan "jual ikan". Orang lain pun tahu nak makan juga. Hehe...

No comments: