Tuesday, July 30, 2013

Cucuk Honey 18 Bulan

Assalamualaikum...

Semalam bawa Honey cucuk for 18 months di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Mula-mula masuk bilik berjumpa Nurse, dia galak sungguh. Lepas kena cucuk, dia menangis sekejap. Masa keluar dari bilik tu Honey dah senyap. Masuk dalam car, balik rumah dan tunggu Kak Ngah bersiap nak  ke kelas tuisyen. Balik dari menghantar Kak Ngah, Honey tertidur di dalam car! Penat + sakit cucuk agaknya.

Honey sudah 1 tahun 6 bulan! Anak Ummi makin besar. Pelbagai ragam dan tingkah laku seiring usianya kini. Ummi kena "kuat" nak menghadap budak kecik sorang ni. Macam-macam yang Honey buat. Menguji kesabaran daku selaku seorang ibu. Tapi tak apa, so far boleh handle lagi. Ada masa-masanya sahaja dia buat perangai. Ummi ada "kawan" bila Abah, Adib dan Nur tiada di rumah. Buat teman "berbual" juga. Nak bagi Honey senyap, buka aje cerita Pororo. Confirm Ummi tidak diganggu lagi!

Mujur, setakat entry ini ditaip, Honey tidak demam. Kuat anti bodinya. Berkat susu Ummi!

No comments: