Tuesday, July 02, 2013

Honey : Satu Tahun Lima Bulan

Apa yang Honey boleh buat pada usianya kini?

* sudah boleh disuruh-suruh seperti mengambil barang. (kita tunjuk nak barang apa, dia akan ambilkan);
* boleh disuruh untuk menggaru @ mengurut anggota badan kami;
* apa sahaja yang dia mahu dia akan cakap, "nak,  nak, nak @ nok, nok, nok";
* mahu makan bersuap sendiri. Kalau kami nak suap dia rela tidak mahu makan;
* minum pun mahu pegang cawannya sendiri;
* kalau nak "poo-poo" mesti duduk jauh dari kami;
* very friendly. Mudah sangat nak berkawan dengan orang;
* cukup lasak. Kerjanya berlari sahaja even di dalam rumah;
* suka memanjat kerusi & tangga;
* kuat merajuk jika "tersalah angin";
* kalau kami action seperti sedang menangis, dia datang peluk merangkul leher sambil membuat bunyi memujuk seperti sedang menyanyi;
* kuat main bergurau;
* tak boleh tengok padang permainan, sure diajaknya kita pergi bermain;
* kalau nak menyusu, dia terus ambilkan kain napkin sambil cakap "nak, nak, nak";
* kadang-kadang still menangis time tengok abahnya nak pergi kerja;
* suka tengok haiwan. Boleh sebut "meow-meow" kalau nampak kucing. Kalau nampak dog, panggil dengan suara yang keras sikit. Sambil memanggil-manggil dengan menggunakan tangannya;
* lately, suka gambarnya diambil dengan menggunakan camera dslr. Get ready je nak posing;
* faham samada kita tengah puji atau marahkan dia;
* pantang ada orang call. Dia yang pegang hand phone mahu berbual juga;
* pandai tendang bola. Lasak macam lelaki. Boyish!

No comments: