Sunday, July 28, 2013

Hotel De Palma, Ampang

Assalamualaikum...

26.7.2013

Dari Maju Junction kami terus bergerak ke Hotel De Palma di Ampang. Last year dah try berbuka puasa di Hotel De Palma di Shah Alam. Mr. Hubby sudah tempah 4 buah bilik bersama pakej berbuka puasa di sini. Untuk kami sekeluarga dan juga staff-staffnya.

Beberapa keping gambar disertakan. Aksi anak-anak di dalam bilik hotel. Bilik kami berhadapan kolam renang. Tak turun mandi pun. Duduk berehat di dalam bilik sahaja sementara menantikan waktu untuk berbuka.

Mujur by 6.30 p.m, sakit kepala sudah berkurangan. Syukur.

No comments: