Tuesday, July 23, 2013

Ini Saya

Saya tidak suka disindir-sindir
Disuruh buat benda yang sama, berulang kali
Jika saya mahu buat, saya akan buat
Jika tidak, kamu paksalah bagaimanapun
Saya tetap tidak akan buat.

Saya hormatkan orang, jadi please!
Tolong hormatkan saya juga
Sekali saya berasa hati
Akan saya ingat sampai ke mati.

Sila jangan cari gaduh
Sila jangan cari pasal
Dengan saya
Ini sekadar kenyataan
Bukan ugutan sebarang
Tidak suka saya tidak mengapa
Kerana saya tidak rugi apa-apa.

Berurusan dengan saya senang sahaja
Janganlah main cakap belakang
Tak suka kamu boleh saja berdepan
Kerana saya tahu mentafsir orang.

Saya tahu,
Saya boleh tahu
Saya dapat tahu dengan sekali pandang sahaja.

Saya kecewa lagi
Sungguh sakit rasa di hati
Buat kesekian kali
Namun tidak mengapa
Kerana cukup hanya Allah untuk saya.

Cukuplah DIA untuk saya!

No comments: