Thursday, July 18, 2013

Kami Telah Kehilangannya

Assalamualaikum...

Sekitar jam 1.00 pagi tadi, Biras saya, Shaiffu Bahari telah selamat  pulang ke Rahmatullah. Meninggalkan kami sekeluarga juga kawan-kawan yang tidak putus-putus melawat beliau sejak ditahan Sabtu lalu di ICU Hospital Selayang kerana serangan jantung dan darah tinggi.

Sekarang kami sekeluarga berkonvoi 5 buah kereta berserta van jenazah untuk urusan pengkebumian di kampung  isteri arwah yang terletak di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan.

Mengikut perancangan, kami semua akan sampai di kampung sekitar jam 12.00 @ 1.00 tengahari nanti. Insya Allah. Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Bukit Abal yang mana cuma terletak bersebelahan dengan rumah mertua arwah.

Doakan kami selamat tiba ke destinasi yang dituju (untuk pengetahuan, kami tidak tidur semenjak malam tadi). Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada saudara-mara dan sahabat handai yang datang berkunjung melawat arwah di hospital beberapa hari ini. Juga buat mereka yang sudi mendoakan arwah. Budi baik kalian hanya Allah sahaja yang boleh membalasnya.

Terima Kasih.

Suda dear,
Be strong adik! Da kena kuat demi Udin, Yaya & Syakir. Allah lebih sayangkan Sepul. Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. Redhalah di atas pemergiannya. Insya Allah, kami adik-beradik akan sentiasa di sisi Da. Di kala senang mahu pun susah. Family matter always comes first.

Kak T sayang Da.

1 comment:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sekali lagi sebak akak membaca entry Tie kali ni.. akak doakan moga perjalanan Tie bersama 4 buah kenderaan keluarga Tie yang lain selamat sampai ke destinasi... mudah2an dipermudahkan segala urusan pengkebumian arwah.. salam takziah dari akak buat Tie sekeluarga..