Tuesday, July 30, 2013

Komuter KTM

Assalamualaikum...

28.7.2013

Jalan-jalan cuci mata serta cari penat segala. Naik Komuter di Stesen Batu Caves jam 12.21 tengah hari dan terus menuju ke KL Sentral. Dari situ ke Stesen Masjid Jamek pula. Berjalan-jalan di sekitar Jalan Masjid India. Juga melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Dari Sogo kami kembali ke Stesen Batu Caves. Tiba jam 5.11 petang di sana. Singgah sebentar membeli juadah berbuka puasa pula di Bazaar Ramadan di Greenwood. Kami tiba di rumah sebaik saja azan Maghrib berkumandang. Alhamdulillah!

Penatnya mental juga fizikal usahlah diceritakan lagi. Hanya aku dan keluarga aku sahaja yang tahu.

To Mr. Hubby terima kasih. Berhabis banyak untuk isterimu ini. Me tidak bekerja. So Hubby tanggung support segala.

Raya tahun ini for me, paling bermakna sekali. Alhamdulillah. Dengan rezeki yang Allah beri.

Syukur. Alhamdulillah.  Terima Kasih.

No comments: