Saturday, July 27, 2013

Maju Junction

Assalamualaikum...

Semalam datang Kuala Lumpur. Bawa Mr. Hubby's staffs berbuka puasa di sini. Kami parking kereta di Maju Junction. Jalan-jalan cuci mata sehingga ke Bangunan Mara. Hajat hati nak beli tudung Pearl Haya sebab dapat mesej kata ada sale. Bila ditengok, diperhati dan ditelek me tak membeli pun. Terus kami balik semula ke Maju Junction. Singgah di kiosk Adijuma. Beli dua helai tudung bawal for Nur. RM3.00 each. Itu aje yang dia pilih. Lalu pula di kiosk berdekatan, D'Haja. Belek-belek tudungnya. Hah! Naik buntang biji mata me menengokkan harganya. RM499.00 sehelai okey? Design tak cantik mana sangat. Labuh menutup dada pun bukan rasanya. Sales girl yang jaga di situ offer price for me, "saya bagi akak RM350.00". Me jawab "okey" tapi dalam hati me berkata "tidaklah kot dik. Mahal benor tu. Idoklah teman ingin membelinya!" Hehe... So far tudung yang paling mahal me beli berharga sekitar RM550.00++. Tudung jenama Pearl Haya sebanyak 12 helai. Beli masa sale puasa tahun lepas di butiknya di Shah Alam. Masih elok keadaannya sehingga ke hari ini. Tak jemu-jemu me memakainya.

Dari situ, me terus je Guardian. Beli Panadol Actifast satu papan. Sakit kepala seperti mahu pecah dibuatnya sejak tiba di Kuala Lumpur. Dengan sakit gusi yang masih tersisa lagi. Sangatlah tidak selesa dibuatnya!

Sebelum bertolak keluar dari Maju Junction,  me boleh pulak terserempak dengan my cyber friend, Zuera @ Jasfyra. Me cam mukanya dan dia pula menegur, "macam kenal je"! Apa lagi, terus bersalam pelok cium di situ juga. Happy dapat jumpa you dear walau sekejap cuma. Hilang rasa headache dan sakit bengkak gusi Kak T bila jumpa kamu dik!

No comments: