Tuesday, July 02, 2013

Makanan Membawa Riak?

For me, first thing yang I fikir bila I tengok kawan-kawan mengupload gambar makanan, me cakap "Oh sedapnya!". "Rajinnya dia masak!". "Pandainya dia masak!" Kalau food tu yang dia masaklah, kalau yang dibeli atau makan di restoran mahal pula, me cakap "ada duit, tak kisahlah nak makan di tempat mahal pun!")

Berbalik kepada persoalan "riak", for me kalau I upload gambar makanan it's just for fun. Saja nak share dengan kawan-kawan apa yang I makan that day. Gambar makanan aje pun. Tak adalah pulak niat nak menunjuk-nunjuk. Semua orang mampu makan kot apa yang I makan sebelum ini. Tak adalah makan makanan yang mewah-mewah sentiasa. Ada hari-harinya I cuma makan Maggi Mee. Ada harinya di mana I makan Nasi dan Budu only. Goreng Telur Mata pun dah cukup. Syukur Alhamdulillah. Ada duit lebih, bolehlah makan yang sedap-sedap sikit. Yang mahal-mahal sikit. Tak salah kot? Allah beri kita bahagian masing-masing. Rezeki masing-masing. Bukankah begitu?

Makanan ini sebahagiannya dibeli iye? Ada juga yang I masak. I tak pandai memasak sebenarnya. Sikit-sikit tu bolehlah. Resepi yang senang tu kira bolehlah kot. Resepi yang sukar I pulunlah baca resepi! Dengan melihat gambar-gambar makanan yang diupload oleh kawan-kawan yang lain, memberikan I inspirasi untuk terus memasak. Rajin memasak. Dan cekap untuk memasak. Insya Allah. Seronok tau kalau pandai memasak ni. Bila orang happy makan masakan kita, rasa penat lelah di dapur tu telah tertebus. Telah berbayar. Lagi bersemangat untuk terus memasak lagi. 

Selain daripada "riak", golongan mengambil gambar dan menguploadnya di alam maya dicop sebagai "mental".
You rasa?
Oh whatever!

Tak mau ah fikir-fikir begitu! Namun jika ada sesiapa yang terasa hati dengan gambar makanan yang I telah post selama ini, atau mana-mana entry yang membuat kamu angry, Wati menyusun sepuluh jari. Tidak berniat sama sekali mahu menyakiti. Khilaf itu tanpa Wati sedari. 

Mohon maaf sekali lagi.

No comments: