Tuesday, July 16, 2013

Mohon Yang Terbaik

Assalamualaikum

Beliau, Shaiffu Bahari merupakan Biras kepada saya. Suami kepada adik ipar saya, Norlida Ismail. Tidak sedarkan diri sejak petang 13.7.2013 kerana serangan jantung dan darah tinggi. Di samping itu, beliau mengidap penyakit Diabetes juga. Tiga serangkai yang digeruni ramai. Fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Untuk pengetahuan, beliau kini berada di ICU Hospital Selayang.

Mohon jasa baik kawan-kawan supaya mendoakan kesihatan beliau kembali seperti sediakala. Sihat walafiat. Kembali ceria berjenaka. Kembali seperti asalnya.

Sepul, bertabahlah. Be strong untuk Ida, isteri kamu (Actually Ida mengidap sakit jantung juga. Situasi ini sangat-sangatlah memberi tekanan hebat kepadanya. Kepada kami sekeluarga.) Anak-anak kamu, Salahuddin, Sofea dan Syakir. Kami sekeluarga sebaik mungkin menjaga mereka bagi pihak kamu kini. Namun please! Tolonglah bangkit semula. Pulih sebagaimana kamu yang dahulu. Lawan rasa sakit itu. Demi kami. Kita sekeluarga. Demi diri kamu sendiri terutamanya Sepul!

Jasa baik kalian yang mendoakan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang bisa membalas budi baik kalian itu.

Terima Kasih.

1 comment:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam tie..

slmt berpuasa..

akak tak boleh betul tgk lelaki yg terlantar tak sedarkan diri begini.. terus teringatkan arwah ayah..

akak doakan moga sepul akan segera sedarkan diri dan kembali sihat spt sedia kala demi isteri & anak2 yang masih memerlukan kasih sayang beliau.. amin..