Friday, July 19, 2013

Pergi Tak Kembali

Alhamdulillah. Selesai sudah urusan pengkebumian biras saya, arwah Shaiffu Bahari. Konvoi 5 buah kereta kami sampai di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan menginjak jam 1.00 tengah hari tadi.
Sebelum jenazah dibawa ke Masjid Bukit Abal untuk disolat sekali lagi (kali pertama jenazah telah disolatkan di Hospital Selayang), kain kafan jenazah telah dibuka sebentar untuk dilihat oleh kami sekeluarga buat kali terakhir. Pada ketika dan saat ini, anak sulung arwah, Salahudin menangis setelah diberitahu hal yang sebenarnya. Mengenai hakikat bahawa papanya sudah tiada. Bahawa papanya sudah meninggal dunia. Sebak rasa di dada. Air mata mengalir laju. Melihat si kecil berumur 5 tahun itu menangis sayu. Tersedu sehingga termuntah. Barangkali sukar menerima kenyataan ini. Poor my Udin! Setelah dipujuk oleh kami, nampak gaya dia seakan memahami. Apa sebenarnya yang telah terjadi. Sekitar jam 3.00 petang, jenazah telah selamat dikebumikan. Terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang terlibat secara langsung mahu pun tidak di dalam urusan pengkebumian arwah. Jasa baik kalian tidak mampu untuk kami membalasnya.
Kami mengadakan majlis tahlil sekaligus berbuka puasa bersama jemaah di masjid. Alhamdulillah. Semuanya telah berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah!
Sepul, semoga kamu tenang di sana. Ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Insya Allah.

2 comments:

mountdweller said...

Innalillahi wainna ilaihirajiuun
Alfatihah...semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dilimpahi rahmat Allah. Amiin

Ti,
Akibat kemalangan ker apa?

Anonymous said...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah... saya jiran arwah di Symphony Heights. Kami di sini ucapkn takziah kepada keluarga arwah, semoga semua tabah menghadapi ujian dan dugaan Allah ini..

Sepanjang perkenalan, arwah amat baik orangnya dan amat disenangi oleh jiran2 yang lain... al fatihah...