Sunday, August 04, 2013

Deluxe Home Centre

Assalamualaikum...

Tengah renovate rumah sikit. So kami cari mozek di sini, Deluxe Home Centre Sdn. Bhd. di Taman Industri, Mentakab. Sebelum ini pun masa nak buat garaj rumah iaitu pada 5 tahun lepas, kami cari mozek di sini juga. Harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang dijual di sekitar bandar Temerloh.

Tu ada gambar Honey tengah merajuk. Dia sebok dok naik tangga turun tangga. Juga dok main pemadam api di belakangnya tu. Ha! Kan Abah dah marah Honey! Hehehe...

Mode : Bimbang. Risau rumah tak siap. Raya makin dekat. Daku kalut bila dok teringat!

No comments: