Thursday, August 29, 2013

Madu Ummi

Honey, menginjak ke usia satu tahun tujuh bulan.

* pandai sebut "abah", "abang", "kak" atau kadang-kadang "ngah" but me dia panggil "mama" or "mek", not "ummi". Oh my!

* juga boleh sebut "dah", "nak", "nak air", "bye", "bis for habis" atau apa saja perkataan yang kita sebut, honey dapat sebut sebutan yang dihujungnya seperti "tam" for "hitam". mulut kuat membebel macam mak nenek kau!

* biasanya kalau tengah bercakap dengan orang, dia cakap "bye" sambil melambai tangan. kalau orang dah nak balik dari rumah atau cerita ditonton sudah tamat, dia cakap "bis" sambil menggerakkan kedua belah tangannya. baru-baru ni pergi klinik masa nak tunggu ubat her Kak Ngah yang demam, bila me dah bayar harga ubat, dia terus say "bye" kat staff yang bertugas.

* kalau jumpa baby secara live atau tengok di dalam majalah, honey sebut "baby, baby" sambil nak kiss pipi atau dahi baby tersebut.

* bila dengar orang mengaji atau menyanyi, mulutnya mengikut sama. mengikut rentak dan irama. Tapi dalam bahasanyalah. kita memang tak faham apa! contoh yang boleh difahami so far rentak nyanyian di saluran ceria astro. honey boleh sebut "ceriaaaaaa"!

* boleh disuruh buat apa saja. pasti dia lakukan. meniru setiap aksi kami.

* kadang-kadang dia buat aksi lawak seperti melakukan pergerakan badan atau cara berjalan, kami tergelak besar. dia pun ikut gelak sama. siap memegang perutnya dan ketawa berdekah-dekah!

* kalau minta kami berhenti daripada berbuat apa-apa dia cakap "stop!" siap tunjuk guna jari telunjuknya lagi kepada kita. contoh dia tengok kak ngah ralit dok main handphone. dia terus sound her kakak "stop!" "stop!" sambil jari telunjuk menunjuk ke arah handphone!

* kalau orang lain call, sebok je dia nak bercakap juga. terutama jika abahnya yang membuat panggilan.

* pegang handphone dengan sebelah tangan jew. sebelah tangan dok cekak pinggang (jika sedang berdiri) ibu jarinya saja dok touch screen.

* bila kak ngah datang peluk ummi, dia datang jugak nak peluk ummi.

* suka tengok "pororo" & "upin & ipin". kalau tengok video di you tube, cerita dah habis honey cakap "back, back"!

* setiap kali dengar azan or tengok orang bersolat, honey cakap "bak"! : Allahuakhbar!

* suka sangat nak follow abah naik car. tak kira samada abah nak pergi kerja atau ke kedai. so sebelum abah pergi office, abah bawa honey pergi beli makanan dulu. balik rumah dan baru abah boleh pergi kerja. time nak melambai abah mesti dia suruh me dukung dia. coz tinggi sikit kedudukannya. sebelum itu berdrama lagi coz tengok me cium tangan dan pipi abah. marah ok! she's jealous on me! merajuk sekejap. so bila turn dia salam dan abah cium pipinya, baru dia okey dan cakap "bye" to abah. tersangatlah jealous terhadap kami. kami tak boleh duduk berdekatan pun! tidak dibenarkan sama sekali olehnya!

* dua, tiga hari ni ada perangai baru. time mandi or menyusu mesti nak bawa sama segala mak nenek toys yang ada. sambil mandi atau menyusu haruslah dia pegang atau peluk toys berkenaan. Grrrrrr!

* paling tak tahan, dia sebok jugak di dapur time me nak memasak. siap main tutup api gas lagi tak bagi me memasak. Dia nak ajak me baring dengannya saja di ruang tamu. dari dulu lagi dia pandai tutup api gas. sejak pandai berjalan dan tangannya dok menggagau di atas meja. salah satu punca me malas memasak sebab inilah. sambil memasak, kena dukung dia juga. aduhai!

* pandai memujuk kalau dia buat salah. guna senyuman yang manis dan body language yang nak memujuk kita. datang peluk kita dan sebagainya sambil nak kiss. tau takut buat salah. pandai pulak nak mintak maaf!

* very friendly dan sangat lasak orangnya. kalau bawa bermain di taman permainan, dia sampai tak mahu pulang! acaner? siap duduk sambil menangis tak nak balik rumah. ah sudah! payah!

* walau apa pun, honey kesayangan kami. meski perangai semakin menjadi-jadi. sesudah dimarahi, honey pasti kami gomol dan cium tak berhenti! hehe dia anti dengan abang adib. abang kuat sangat menyakat adik. tapi bila abang offer "jom makan air batu" or abang bukak tv ada cerita pororo or upin & ipin, automatically,  honey boleh click dengan abang.

honey, si madu ummi!


No comments: