Sunday, August 04, 2013

Pasar Ramadhan

Assalamualaikum...

Me tidak berkesempatan untuk memasak sepanjang bulan Ramadhan ini. Cuma me masak Nasi Goreng Sardin pada hari pertama berpuasa. Itu pun dalam sejam lagi tinggal waktu untuk berbuka. Hari-hari seterusnya Mr. Hubby beli sahaja di Pasar Ramadhan. Mujur dia tidak kisah langsung akan itu. Malah dia yang berkata tidak perlu memasak kerana faham situasi isteri yang busy melayan si kecil Honey. Me ok saja. Tak payah masak so i'm ok with that. Terlalu banyak pilihan makanan and luckily semua makanan yang dibeli sedap belaka! Terutamanya lauk-pauk yang dibeli di Pasar Ramadhan Greenwood, Gombak. Lauk-pauk yang dimasak oleh orang Kelantan. Serasanya sedang makan di Kota Bharu sana!

Memang super duper sedap!

No comments: