Sunday, August 11, 2013

Sahabat Untuk Selamanya

Assalamualaikum...

Mereka kawan-kawan daku semasa kecil. Kawan-kawan sepermainan bermain galah panjang, kahwin-kahwin, masak-masak, main sorok-sorok, nenek si bongkok tiga, batu seremban, tuju tin, memanjat pokok, mandi sungai, geng beraya dari satu rumah ke satu rumah yang lain, sebagai teman untuk pergi ke surau, kedai, pekan sehari juga ke pasar malam. Setiap petang kami pasti akan bertemu untuk bermain pelbagai jenis mainan yang dirancang bersama-sama. Tanpa ada sekelumit pun rasa takut untuk ke sana ke mari tatkala itu. Keadaan sungguh selamat tanpa kami perlu berasa curiga. Kami membesar bersama-sama. Emak-emak kami pun berkawan baik. Hubungan mula terputus tatkala mereka mula berpindah rumah. Namun kami berjumpa kembali semasa cuti sekolah. Cumanya ini merupakan pertemuan kami semula dalam tempoh sekitar lapan tahun ini (gambar pertama : daku bersama Kak Jemah, Imah dan Mak Cik Ani). Manakala hubungan di antara kami terputus terus (gambar kedua : daku bersama Arah). Berkat bulan Syawal yang mulia juga kerana mereka mahu melawat kami sekeluarga kerana kematian my Abah, kami bertemu kembali.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah di atas pertemuan ini! Semoga ikatan persahabatan ini tidak akan terputus lagi. Insya Allah.

Sayang kamu ketat-ketat Kak Jemah, Imah dan Arah. Sahabat Untuk Selamanya! 

No comments: