Tuesday, August 13, 2013

Siapa Aku Di Hatimu?

Jangan dihiraukan
Usah difikirkan lagi
Kerana aku bukan sesiapa
Untuk kamu ambil peduli

Tidak  perlu aku merayu
Untuk sekelumit rasa simpatimu
Simpan saja buat diri kamu sendiri nanti

Tiada daya dan
Tiada upaya jua
Menanggung peritnya derita di jiwa

Andai aku masih ada
Di sudut hati kecilmu
Ingatlah
Aku tidak ke mana-mana
Ada saja di pinggir sini
Setia menantikan kehadiranmu di sisi

Jangan dilupakan aku
Jangan pernah sesekali
Kerana tanpa kamu
Hidup ini tidak punya erti

No comments: