Thursday, August 29, 2013

Tetamu Datang Bertandang

Assalamualaikum...

Lebaran kali ini membawa seribu makna. Ya benar daku telah kehilangan Abah tetapi di sebaliknya pula dapat bertemu dengan mereka-mereka yang sudah lama tidak bersua muka, bertentangan mata. Baik ketika daku berada di kampung mahu pun setelah kembali ke rumah sendiri. Maka benarlah, lebaran itu menjalinkan ikatan. Bertahun-tahun lamanya tidak bersama. Kali ini dengan izin-Nya, Masya Allah kami disatukan semula. Syukur Alhamdulillah. Dalam gundah melayan perasaan kerana pemergian Abah, daku telah menerima sejumlah kedatangan tetamu. Tetamu kehormat bagi diriku. Mereka terdiri daripada adik-beradik kami suami dan isteri, bapa dan ibu saudara juga sahabat handai berserta keluarga mereka masing-masing.

Di kesempatan ini daku memohon maaf jika ada sebarang terkurang layanan. Makanan dan minuman yang disedia tidak semengah mana. Terkasar bahasa atau pun budi bicara. Harap sudi dimaafkan dan mohon jangan serik untuk kembali lagi.

Tetamu itu datangnya membawa rezeki dan berkat. Pulangnya mencuci dosa si tuan rumah. Perumpamaan yang sering daku dengari. Apakah benar kenyataan ini?

Sudi-sudikan. Jemputlah datang ke rumah!

1 comment:

Cho Zila said...

ituler kelebihan Syawalkan.. kalau bulan lain tu malu2 gak nak singgah rumah orang kan.. kalau syawal tanpa tujuanpun boleh terjah rumah orang... bulan rayakan..
T.. selamat hari raya (lambat dah !!!)